Archive for April, 2020

Call on the government to engage the best minds in Malaysia to work in unity and solidarity, under the motto of “Act Fast and Do Whatever It Takes”, to save Malaysia and Malaysians from the Covid-19 Pandemic

Seruan supaya kerajaan untuk melibatkan pakar-pakar terkemuka negara untuk bekerjasama dengan solidariti, di bawah moto “Bertindak pantas dan lakukan apa sahaja” untuk menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada wabak Covid-19

Tiga minggu yang lepas, saya telah menyeru Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera menerapkan moto baharu untuk kerajaan; “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa sahaja” untuk menyelamatkan nyawa, pekerjaan dan kehidupan rakyat dalam peperangan melawan wabak Covid-19 yang berlaku pada skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Saya telah meminta kerajaan untuk menunjukkan kesungguhan, kecekapan dan kesegeraan dalam menangani bencana ekonomi akibat wabak Covid-19 ini dan juga menyarankan agar kerajaan memberi keutamaan untuk memastikan bantuan kepada sektor kesihatan dan perubatan diberikan tanpa had, tetapi apa yang dapat dilihat adalah petugas kesihatan kerajaan menggunakan beg sampah sebagai pakaian pelindungan kerana kekurangan bekalan alat pelindung diri (PPE).

Namun, pengumuman untuk semua anggota Parlimen kerajaan diberikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak bertepatan dengan semangat “Bertindak Cepat dan Lakukan Apa sahaja” tetapi bertentangan dengan amanah rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dari wabak Covid-19. Read the rest of this entry »

No Comments

The most important lesson of MCO is that Malaysians must learn to live with Covid-19 virus for the next 12 to 18 months or more until an effective vaccine is developed and widely available – and social distancing is the most important new normal in the post-pandemic era

Pengajaran terbesar daripada PKP ialah; rakyat Malaysia harus belajar untuk hidup bersama dengan Covid-19 untuk tempoh 12 ke 18 bulan yang akan datang, sehinggalah vaksin dibangunkan dan diberikan secara meluas — dan juga hakikat bahawa pembatasan sosial adalah perkara terpenting dalam norma kehidupan baharu pasca-wabak

Hari ini menandakan pengakhiran 4 minggu pertama perintah kawalan pergerakan (PKP) dan permulaan lanjutan kedua KP sehingga 28 April.

Pengajaran terbesar daripada PKP ialah; rakyat Malaysia harus belajar untuk hidup bersama dengan Covid-19 untuk tempoh 12 ke 18 bulan yang akan datang, sehinggalah vaksin dibangunkan dan diberikan secara meluas — dan juga hakikat bahawa pembatasan sosial adalah perkara terpenting dalam norma kehidupan baharu pasca-wabak, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia, sama ada dalam ekonomi, politik, mahupun kehidupan sosial.

Kehidupan di negara kita, mahupun seluruh dunia, tidak boleh kembali kepada norma pra-wabak Covid-19, walaupun selepas PKP dilonggarkan. Read the rest of this entry »

2 Comments

When will the National Security Council revise outdated listing of Covid-19 “coloured zones” to take into account the 45% of the 4,683 Covid-19 cases which have recovered from the novel coronavirus infections?

Bilakah Majlis Keselamatan Negara akan menyemak semula senarai “zon berwarna” jangkitan Covid-19 yang sudah lapuk bagi mengambil kira 45% daripada 4,683 kes dalam negara yang telah pulih daripada jangkitan ini?

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan semalam yang hanya kedai gunting rambut di “zon hijau” sahaja (yang bebas daripada sebarang jangkitan koronavirus) yang akan dibenarkan untuk beroperasi semula, satu lagi pusingan-U dalam dasar kerajaan.

Di Semenanjung Malaysia, hanya terdapat empat zon hijau, iaitu Kampar di Perak, Yan di Kedah, Machang di Kelantan, dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Berapa banyakkah kedai gunting rambut di Kampar, Yan, Machang, dan Hulu Terengganu? Read the rest of this entry »

2 Comments

Parliament should not be quarantined as it must spearhead a campaign of trust, solidarity and unity to mobilise national support transcending race, religion or politics to win the invisible war against Covid-19 virus

Parlimen tidak boleh dikuarantin kerana ia diperlukan untuk sebuah kempen untuk kepercayaan, solidariti, dan perpaduan untuk menggerakkan usaha nasional yang melangkaui kaum, agama, ataupun politik untuk memenangi peperangan melawan Covid-19

Parlimen tidak boleh dikuarantin kerana ia diperlukan untuk sebuah kempen untuk kepercayaan, solidariti, dan perpaduan untuk menggerakkan usaha nasional yang melangkaui kaum, agama, ataupun politik untuk memenangi peperangan melawan Covid-19.

Kerana inilah saya meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertimbangkan dan memanggil satu persidangan khas Parlimen sebagai sebahagian daripada strategi penting untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19.
Read the rest of this entry »

No Comments

Reiterate call for emergency Parliament next week to ensure a creative and flexible implementation of twice-extended MCO to strengthen Malaysia’s public health infrastructure to protect frontliners, ramp up Covid-19 testing capability, to look after vulnerable groups and sectors and prepare for an exit strategy

Mengulangi semula seruan untuk diadakan sidang Parlimen khas minggu depan untuk memastikan pelaksanaan PKP yang kreatif dan fleksibel bagi mengukuhkan infrastruktur kesihatan awam Malaysia untuk melindungi petugas barisan hadapan, meningkatkan kebolehan ujian saringan negara, melindungi golongan dan sektor terpinggir, dan untuk menyediakan satu strategi keluar untuk negara

Berikut adalah peristiwa-peristiwa suram yang direkodkan di seluruh dunia dalam peperangan melawan Covid-19:

Pertama, Amerika Syarikat kini telah melepasi paras setengah juta kes Covid-19 yang disahkan, dengan jumlah kes positif keseluruhan sebanyak 502,876 kes dan 18,747 kematian.

Kedua, selepas melepasi paras seratus hari, tiga kawasan, Amerika Utara, Eropah, dan Timur Tengah telah mempunyai jumlah kes disahkan melebihi daripada keseluruhan Asia, dengan Amerika Utara melebihi setengah juta kes dan Eropah menghampiri paras setengah juta kes. Read the rest of this entry »

1 Comment

As Malaysia appears to have turned a corner in the second wave of Covid-19 outbreak, we must work on a phased lifting of MCO while prepared for a resurgence of the novel coronavirus

Malaysia has reported the lowest number of daily increase of Covid-19 cases in 16 days – a daily increase of 109 cases yesterday, which was the sixth consecutive day that the daily increase has kept below the 200-mark.

I am cautiously optimistic that we have turned a corner in the second wave of the Covid-19 outbreak and look forward to a two-digit daily increase of Covid-19 cases after 26 days of three-digit increases before it tapers off.

As Malaysia appears to have turned a corner in the second wave of Covid-19 outbreak, we must work on a phased lifting of MCO while prepared for a resurgence of the novel coronavirus

Yesterday, the Academy of Medicine of Malaysia urged the government to extend the movement control order (MCO) beyond Hari Raya Aidilfitri celebrations. Read the rest of this entry »

2 Comments

Data terkini wabak Covid-19 adalah satu sebab untuk pelonggaran PKP secara bersyarat bagi menangani sebarang kenaikan semula kadar jangkitan

Data terkini wabak Covid-19 adalah satu sebab untuk pelonggaran PKP secara bersyarat bagi menangani sebarang kenaikan semula kadar jangkitan

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah semalam mengumumkan yang kes Covid-19 telah mencapai 4,119 kes dengan peningkatan sebanyak 156 kes baharu.

Terdapat juga dua kematian baharu, membawa jumlah kematian kepada 65.

Buat kali kedua, jumlah pesakit yang pulih telah melebihi jumlah peningkatan jumlah kes positif — dengan peningkatan harian 166 orang pesakit yang disahkan pulih daripada jangkitan ini, membawa jumlah keseluruhan pesakit pulih kepada 1,487 kes ataupun hampir 36.1% jumlah keseluruhan kes.

Bagi mereka yang sedang menjalani rawatan pula, 76 pesakit kini berada di unit rawatan rapi, jumlah ini berkurang daripada 92 orang pada hari sebelumnya.

Daripada mereka yang berada di ICU pula, 45 memerlukan alat bantuan pernafasan, penurunan daripada 50 orang pada hari sebelum ini.

Dr Noor Hisham telah membuat satu penyataan yang agak menarik apabila beliau berkata: “Walaupun kita belum memenangi peperangan ini, kita juga belum kalah.”
Read the rest of this entry »

No Comments

The latest data on Covid-19 pandemic is a case for lifting of MOC although with conditions to deal with any resurgence of the virus infection

The latest data on Covid-19 pandemic is a case for lifting of the movement control order (MCO) although with conditions to deal with any resurgence of the virus infection.

Health Director-General, Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah yesterday announced that the total number of Covid-19 cases in Malaysia had reached 4,119 with an increase of 156 new cases.

There were two new deaths, bringing the death toll to 65.

The number of recoveries has for the second time exceeded the number of new cases – with a daily increase of 166 people. bringing the total recoveries to 1,487 cases or 36.1 percent of total infections.

For those under treatment, 76 people are in the intensive care unit, down from 92 the previous day.

Of those in ICU, 45 are on ventilators, down from 50 the previous day.

But Noor Hisham made quite a cryptic remark when he said: “Although we have not won the war yet, neither have we lost the war.”
Read the rest of this entry »

No Comments

The division of the country into four coloured zones for Covid-19 infections can be used as a basis for an exit strategy for controlled easing of restrictions, but the four-colour zones should be updated daily so as not to overstate the seriousness of Covid-19 infection in the various parts of the country

Pembahagian kawasan kepada empat zon berwarna mengikut kadar jangkitan Covid-19 boleh digunakan sebagai asas kepada strategi pelonggaran perintah kawalan pergerakan, tetapi zon empat warna ini haruslah dikemaskini setiap hari untuk tidak melebih nyata keseriusan jangkitan Covid-19 di pelbagai kawasan dalam negara

Hari ini adalah hari yang istimewa sepanjang penularan wabak Covid-19 yang sedang merebak pantas di seluruh dunia dengan 1.4 juta kes yang disahkan dan 81,695 kematian.

Wabak ini bermula di Wuhan, China pada awal Disember lepas dan diumumkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 11 Mac 2020.

Ia telah menjangkiti 209 negara dan kawasan, dan dalam tiga bulan yang lepas telah melepasi satu demi satu rekod yang buruk dalam peperangannya melawan umat manusia.

Sebagai contoh, virus ini mengambil 67 hari untuk mencapai 100,000 kes yang pertama, 11 hari untuk mencapai 100,000 kes kedua, empat hari untuk mencapai 100,000 kes ketiga, tiga hari untuk mencapai 100,000 kes keempat, dua hari untuk mencapai 100,000 kes kelima, sehari untuk mencapai 100,000 kes keenam, dua hari untuk mencapai 100,000 kes ketujuh, dan sehari untuk mencapai setiap 100,000 kes kelapan dan kesembilan (sejumlah sejuta kes). Virus ini kemudiannya mengambil masa dua hari untuk mencapai 100,000 kes kesepuluh dan sehari untuk mencapai setiap 100,000 kes ke-sebelas, kedua belas, dan ketiga belas. Jumlah keseluruhan kes yang disahkan di peringkat dunia adalah 1,421,665 kes! Read the rest of this entry »

1 Comment

PM Muhyiddin should initiate extensive consultations with different Malaysian stakeholders on the exit strategy Malaysia should adopt as this is uncharted territory not only for Malaysia but for the world

Muhyiddin perlu memulakan rundingan dengan pihak berkepentingan berhubung strategi jalan keluar yang perlu diambil oleh negara, kerana ini merupakan situasi yang amat luar biasa bukan sahaja buat Malaysia, malah seluruh dunia

Ketika pandemik Covid-19 masih terus tersebar dengan meluas di seluruh dunia, merekodkan 1,339,214 kes dan mencatatkan 74,371 kematian dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom menjadi pusat pandemik baharu terburuk, muncul sinar harapan buat Malaysia yang kini sudah melepasi puncak gelombang kedua penularan Covid-19 dan justeru itu sudah tiba masanya untuk kita sama-sama memikirkan strategi jalan keluar untuk perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sebenarnya, di Eropah misalnya, negara-negara seperti Itali, Sepanyol dan Perancis yang dilihat paling terjejas teruk akibat virus tersebut kini mula menampakkan tanda-tanda semakin pulih.

Angka kematian di Sepanyol semakin menurun untuk hari keempat berturut-turut, Itali pula mencatatkan angka kematian terendah dalam tempoh dua minggu sementara Perancis mencatatkan penurunan jumlah kes positif Covid-19 — berita-berita baik ini memberikan sinar harapan kepada seluruh warga Eropah tentang keberkesanan penguatkuasaan perintah berkurung.

Sejak tengah hari semalam, terdapat 3,793 kes Covid-19 dicatatkan di Malaysia, dengan 131 kes baharu dan 62 kematian direkodkan. Read the rest of this entry »

No Comments

Why the government so slow and tardy in presenting a comprehensive package to rescue SMEs in the Covid-19 pandemic economics when compared to other countries like United Kingdom, Germany, France, Denmark, Australia and Singapore?

Kenapa kerajaan begitu lembab dan lambat mengumumkan pakej komprehensif bagi menyelamatkan PKS ketika krisis pandemik Covid-19, berbanding negara-negara lain seperti United Kingdom, Jerman, Perancis, Denmark, Australia dan Singapura?

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu kenyataan semalam menggesa Putrajaya supaya menjadikan kepentingan untuk memelihara kebajikan pekerja sebagai salah satu daripada syarat wajib untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapatkan bantuan daripada kerajaan.

Kenyataan itu turut membangkitkan persoalan; mengapa kerajaan begitu lembab dan lambat untuk mengumumkan pakej komprehensif bagi menyelamatkan PKS yang terkesan dari segi ekonomi ekoran pandemik Covid-19, berbanding negara-negara lain seperti United Kingdom, Jerman, Perancis, Denmark, Australia dan Singapura?

Dalam keadaan ekonomi mengalami kelembapan ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP), kegagalan kerajaan untuk bertindak pantas dalam menangani masalah ekonomi dan perubatan akan dilihat sebagai suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta cuai. Read the rest of this entry »

No Comments

Support for Prisons Director-General’s proposal that MCO violators should not be jailed because of Covid-19 pandemic

Sokongan kepada cadangan Ketua Pengarah Penjara supaya pesalah PKP tidak dipenjarakan kerana wabak Covid-19 — dan supaya para banduan diberikan pelepasan awal untuk mengurangkan kesesakan di penjara dan mengelakkan penularan wabak Covid-19 dalam penjara

Peningkatan kes positif Covid-19 pada kadar lebih daripada 100,000 dalam tempoh 24 jam yang lepas merupakan satu peringatan bahawa ekonomi negara tidak boleh berkembang dalam era pasca-Covid-19 jika negara lain juga tidak berkembang.

Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 kini berada di paras 1,200,372, meningkat daripada 1,091,215 kes semalam.

Amerika Syarikat mendahului dalam penularan wabak ini, dengan dua rekod baharu setakat semalam; peningkatan lebih daripada 30,000 kes sehari (32,125 kes) yang membawa jumlah keseluruhan di negara tersebut kepada 310,266 kes dan merekodkan lebih daripada seribu kematian (1,037 kematian) yang membawa kepada 8,441 kematian sejak permulaan penularan wabak ini.

Amerika Syarikat berada di tempat ketiga di peringkat global dari segi jumlah kematian, ia kini berada di belakang Itali dan Sepanyol yang masing-masing mempunyai 15,362 dan 11,947 kematian. Jumlah kematian daripada tiga negara ini sahaja mencapai paras 35,750 kematian — hampir sebelas kali ganda kematian yang dilaporkan di negara China.
Read the rest of this entry »

3 Comments

Ministers should drop their insouciant and indifferent attitude and adopt the “Act Fast and Do Whatever It Takes” motto to deal with the Covid-19 pandemic

Jemaah Menteri perlu berhenti bersikap acuh tak acuh dan tidak endah, sekali gus mengguna pakai moto “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi menangani wabak Covid-19

Lebih seminggu yang lalu, saya telah mencadangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengguna pakai cogan kata atau moto “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi menangani pandemik Covid-19.

Atas semangat “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi mengatasi cabaran-cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini pada waktu yang luar biasa ekoran wabak Covid-19, saya telah mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk membuat siaran langsung setiap hari bagi memaklumkan kepada rakyat berhubung perkembangan usaha melawan Covid-19 selain menyarankan Kabinet untuk bermesyuarat setiap hari sehingga peperangan melawan Covid-19 dimenangi.

Oleh itu, saya terkejut apabila membaca laporan berita oleh Bernama yang memetik kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan sedang dalam fasa memperhalusi sebuah pakej rangsangan khas bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meringankan kesukaran yang dialami oleh industri tersebut. Beliau turut memaklumkan bahawa perkara itu akan dibawa ke peringkat Kabinet pada minggu hadapan.

Sikap acuh tak acuh dan tidak endah yang ditunjukkan Menteri Kabinet dalam hal ini sangat bertentangan dengan semangat “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi menangani cabaran yang terjadi ekoran pandemik Covid-19 — mereka bertindak seolah-olah negara tidak berdepan sebarang krisis! Read the rest of this entry »

No Comments

Call on government to ramp up Covid-19 testing in Malaysia to introduce mass testing freely and widely available to all Malaysians as a vital post-MCO strategy to revive the Malaysian economic engine

Seruan kepada Kerajaan untuk meningkatkan jumlah ujian Covid-19 di Malaysia dengan menyediakan ujian besar-besaran secara percuma dan meluas kepada semua rakyat Malaysia sebagai sebahagian daripada strategi pasca-PKP untuk melonjakkan semula ekonomi negara

Malaysia perlu mempelajari amalan terbaik daripada negara lain seperti Korea Selatan, Singapura, dan China dalam usaha memerangi wabak Covid-19 untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini yang sedang melanda negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat daripada berlaku di negara kita.

Terdapat banyak perjuangan yang perlu dimenangi dalam usaha melawan wabak ini. Pertama sekali, peperangan maklumat — untuk memastikan rakyat Malaysia memahami mengapa perlunya ekonomi dan kehidupan negara dihentikan sementara untuk mengekang penyebaran wabak ini dengan memutuskan rantaian penyebaran.

Penting untuk disedari yang Nepal menguat kuasakan perintah berkurung pada 24 Mac, apabila mereka merekodkan kes kedua Covid-19 mereka. Sebelas hari kemudian, setakat 3 April, Nepal mempunyai enam kes dengan kosong kematian. Read the rest of this entry »

No Comments

Government should explore the possibility of holding an emergency “virtual” Parliament as it is imperative that Malaysia adopts a “whatever it takes” strategy not only to win the Covid 19 war but to survive the post-coronavirus pandemic economics

Kerajaan patut mempertimbangkan untuk mengadakan persidangan khas Parlimen “secara maya” kerana Malaysia perlu menggunakan strategi “melakukan apa sahaja” untuk memenangi peperangan Covid-19 dan mengharungi era ekonomi pasca-Covid-19

Parlimen Malaysia harus mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan persidangan khas Parlimen “secara maya kerana Malaysia perlu menggunakan strategi “melakukan apa sahaja” untuk memenangi peperangan melawan Covid-19 dan mengharungi era ekonomi pasca-Covid-19.

Dalam tempoh 24 jam yang lepas, sekurang-kurangnya sembilan peristiwa baharu telah direkodkan dalam peperangan global melawan wabak Covid-19, menunjukkan yang perjalanan ini masih lagi panjang. Sembilan peristiwa ini adalah:

1. 2. Di peringkat dunia kita telah melepasi paras sejuta kes Covid-19 yang disahkan. Penularan virus ini mengambil 67 hari daripada kes pertama ke 100,000 kes yang pertama, 11 ke 100,000 kes kedua, empat hari ke 100,000 kes ketiga, tiga hari ke 100,000 kes ke empat dua hari ke 100,000 kes kelima, sehari untuk 100,000 kes keenam, dua hari untuk 100,000 kes ketujuh, dan satu hari untuk kes 100,000 kes kelapan dan satu hari juga untuk 100,000 kes kesembilan. Jumlah keseluruhan kes global kini berada di paras 1,007,625 kes.

Jumlah korban nyawa global telah melepasi paras 50,000 kematian, kini mengorbankan 52,607 nyawa. Read the rest of this entry »

1 Comment

Muhyiddin should not delay in announcing an economic rescue package for SMEs as top priority must also be given to ensure that Malaysia can win the war to restart the economic engine without suffering an economic catastrophe after winning the war against the resurgence of Covid-19 outbreak

Muhyiddin tidak boleh berlengah dalam mengumumkan satu pakej penyelamatan ekonomi untuk PKS memandangkan keutamaan harus diberikan kepada usaha melonjakkan ekonomi negara selepas kemenangan melawan wabak Covid-19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh berlengah lagi dan perlu mengumumkan satu pakej penyelamatan ekonomi untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana memandangkan mereka kini menghadapi kesukaran dengan aliran tunai dan menjangkakan gangguan aliran tunai untuk sekurang-kurangnya tiga bulan yang akan datang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pakej penyelamatan ekonomi untuk PKS adalah teramat penting sekarang kerana kerajaan harus memberikan keutamaan kepada keberterusan dan keselamatan pekerjaan — yang merupakan punca pendapatan utama sebahagian besar rakyat Malaysia — dan juga dalam menghadapi cabaran besar untuk melonjakkan semula ekonomi negara pasca-PKP.

Keberterusan perniagaan adalah penting untuk daya tahan ekonomi dan kelestarian pekerjaan, sebab inilah kerajaan perlu memastikan perniagaan yang merupakan enjin kepada ekonomi negara boleh mengharungi wabak Covid-19 ini dengan selamat.
Read the rest of this entry »

No Comments

Muhyiddin should announce an economic rescue package for SMEs and others missed out in the economic package last Friday as well as give top priority to public health

Muhyiddin perlu mengumumkan pakej penyelamatan kepada PKS dan golongan-golongan lain yang tidak dibantu melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Jumaat lepas dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kesihatan awam

Hari ini bermulanya pelanjutan dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April.

Walaupun penghujungnya masih tidak diketahui, statistik Covid-19 semasa PKP memberikan harapan memberansangkan bahawa jangkaan 6,300 kes seperti yang diramalkan oleh JP Morgan mungkin tidak akan tercapai.

Selain daripada 23 dan 26 Mac di mana jumlah kes disahkan merekodkan peningkatan harian 212 dan 235 kes, kebanyakan jumlah peningkatan harian kekal berada di bawah paras 200 kes sehari.

Kita juga mempunyai kadar penyembuhan yang agak baik, dengan 58 lagi pesakit Covid-19 dibenarkan pulang dari hospital dalam 24 jam yang lepas, membawa jumlah pemulihan kepada 537. Read the rest of this entry »

No Comments