Call on the government to engage the best minds in Malaysia to work in unity and solidarity, under the motto of “Act Fast and Do Whatever It Takes”, to save Malaysia and Malaysians from the Covid-19 Pandemic


Seruan supaya kerajaan untuk melibatkan pakar-pakar terkemuka negara untuk bekerjasama dengan solidariti, di bawah moto “Bertindak pantas dan lakukan apa sahaja” untuk menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada wabak Covid-19

Tiga minggu yang lepas, saya telah menyeru Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera menerapkan moto baharu untuk kerajaan; “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa sahaja” untuk menyelamatkan nyawa, pekerjaan dan kehidupan rakyat dalam peperangan melawan wabak Covid-19 yang berlaku pada skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Saya telah meminta kerajaan untuk menunjukkan kesungguhan, kecekapan dan kesegeraan dalam menangani bencana ekonomi akibat wabak Covid-19 ini dan juga menyarankan agar kerajaan memberi keutamaan untuk memastikan bantuan kepada sektor kesihatan dan perubatan diberikan tanpa had, tetapi apa yang dapat dilihat adalah petugas kesihatan kerajaan menggunakan beg sampah sebagai pakaian pelindungan kerana kekurangan bekalan alat pelindung diri (PPE).

Namun, pengumuman untuk semua anggota Parlimen kerajaan diberikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak bertepatan dengan semangat “Bertindak Cepat dan Lakukan Apa sahaja” tetapi bertentangan dengan amanah rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dari wabak Covid-19.

Perkara ini adalah lawan kepada semangat “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa sahaja” untuk menyelamatkan nyawa, pekerjaan dan mata pencarian rakyat, tetapi lebih selari dengan semangat “Memberikan Jawatan kepada Kawan” yang jelas sekali satu tindakan yang tidak bermaruah dan tidak jujur, terutamanya ketika negara menghadapi wabak Covid-19.

Rakyat Malaysia sedang membuat pengorbanan besar dalam aktiviti ekonomi selama sekurang-kurangnya enam minggu di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) tetapi ahli parlimen kerajaan nampaknya hanya berminat dengan jawatan dalam GLC!

Atas sebab ini, saya menyokong penuh kritikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menganggap perkara ini sebagai satu jenayah, untuk penyokong Perikatan Nasional, tanpa mengira merit atau kelayakan, untuk diberi jaminan kedudukan dan jawatan dalam GLC pada ketika ramai rakyat bergelut dengan isu kewangan kerana Covid-19.

Kita membayar harga yang sangat berat dengan kedatangan gelombang kedua wabak Covid-19 di Malaysia, yang telah meragut 82 nyawa dan mencatatkan kira-kira 5,000 kes yang disahkan, bermula dengan 22 kes pada pertengahan Februari. Ditambah pula dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac yang membekukan kegiatan ekonomi dan sosial di negara ini untuk memutuskan rangkaian penularan virus ini.

Inilah waktunya untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah atau politik, untuk “Bertindak Cepat dan Lakukan Apa sahaja” untuk menyelamatkan nyawa, pekerjaan dan kehidupan rakyat Malaysia, dan bukannya “Bertindak Cepat dan Lakukan Apa sahaja” untuk kepentingan diri sendiri dengan mengabaikan kepentingan negara.

Paling mengejutkan apabila empat minggu selepas PKP, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah membuat rayuan supaya kesinambungan bekalan peralatan pelindung diri (PPE) untuk petugas kesihatan dijamin tanpa perlu bergantung kepada import, beliau juga memberikan perincian jumlah PPE yang masih ada dan berapa lamakah stok terkini mencukupi.

Ini tidak mencerminkan “kesungguhan, kecekapan dan kesegeraan” kerajaan dalam menangani krisis Covid-19 yang belum pernah kita hadapi sebelum ini, kerana masalah seteruk ini seharusnya sudah diatasi memandangkan yang kita sudah berada dalam minggu kedua belas sejak kes Covid-19 pertama di Malaysia direkodkan pada 24 Januari!

Tidakkah ada seseorang yang boleh memastikan isu kesinambungan bekalan PPE ini ditangani dan diselesaikan?

Banyak kejadian mengelirukan baru-baru ini dalam kalangan pentadbiran tinggi semasa krisis Covid-19 seperti; membenarkan kedai gunting rambut dan salon gaya rambut beroperasi dan pembatalan keputusan ini kemudiannya; penggunaan angka lapuk untuk zon berwarna jangkitan Covid-19 dalam negara; ataupun kegagalan fungsi laman web MITI, menunjukkan bahawa pemikiran terbaik di negara ini tidak terlibat dalam perang melawan Covid-19 ini — semua ini belum mengambil kira isu “air suam”, Menteri Doraemon, tik-tok dan “penderaan suri rumah”.

Malaysia berada di kawasan yang baharu kerana senario pasca-Covid-19 adalah medan yang tidak pernah dilalui oleh umat manusia, tetapi Malaysia dan dunia sekarang harus menghadapi cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Apakah kita di Malaysia sudah bersedia dengan strategi keluar daripada wabak Covid-19?

Kita tidak mampu untuk menutup negara kita selama 18 bulan — yang merupakan jangka masa yang diperlukan sebelum vaksin yang berkesan terhadap Covid-19 boleh dibangunkan dan diberikan secara meluas.

Kita harus mencapai keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan menyelamatkan ekonomi, kerana kehilangan nyawa akan menyusuli kerosakan kepada ekonomi yang tidak dapat diperbaiki – kerana inilah kita harus belajar untuk hidup bersama Covid-19 untuk sekurang-kurangnya 18 bulan.

Bolehkah kerajaan memimpin rakyat Malaysia untuk menerima norma-norma baru dalam era pasca-Covid-19, di mana pembatasan sosial adalah suatu keperluan untuk semua kegiatan ekonomi, politik dan sosial?

Adakah kita berada dalam keadaan yang sama seperti yang terjadi di negara-negara lain di dunia, sama ada China, Korea Selatan, Singapura, Iran, Turki, Arab Saudi, Itali, Sepanyol, Perancis, UK dan Amerika Syarikat dan belajar dari kejayaan dan kegagalan mereka?

Inilah sebabnya perlu untuk ada perdebatan yang kukuh dan berterusan mengenai strategi keluar untuk Malaysia dan mengapa Pakatan Harapan menyeru untuk sidang khas Parlimen mengenai wabak Covid-19 diadakan.

Sepanyol dan Austria hari ini telah mengizinkan sebahagian daripada rakyat mereka untuk kembali bekerja. Britain, Perancis dan India melanjutkan tempoh berkurung untuk mengekang jangkitan baharu. Sementara itu, Amerika Syarikat, di mana jumlah kematian telah melebihi 25,000, membahaskan bagaimana mereka boleh membuka semula ekonominya.

Sepanyol berada di belakang Amerika Syarikat sebagai negara kedua di dunia dengan jumlah kes Covid-19 yang paling banyak disahkan — 172,541 kes — dengan 18,056 kematian, negara ketiga dengan jumlah kematian tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Itali. Dalam 24 jam yang lepas, terdapat peningkatan 3,961 kes yang disahkan dan 499 kematian di negara tersebut.

Austria pula dengan 14,226 kes dan 384 kematian adalah negara ke-17 teratas di dunia dengan jumlah kes disahkan dan negara ke-16 teratas di dunia dari jumlah kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa sekatan harus dilonggarkan secara berperingkat untuk mengelakkan gelombang baharu virus ini.

Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan langkah-langkah yang sewajarnya harus dilaksanakan sebelum sekatan pergerakan dilonggarkan, termasuk memastikan kapasiti “signifikan” dalam pengesanan jangkitan dan kontak rapat.

Malaysia perlu dipuji kerana berjaya menurunkan kedudukannya dalam carta antarabangsa, dari negara ke-17 terbanyak kes yang disahkan dan negara ke-33 teratas dengan kematian Covid-19 ketika PKP dilaksanakan pada 18 Mac ke negara ke-36 teratas dengan jumlah kes disahkan dan negara ke-41 teratas dari jumlah kematian Covid-19, hanya empat minggu selepas PKP dilaksanakan — bukti kejayaan dan keberkesanan PKP.

Dalam menghadapi wabak Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang telah menjangkiti dua juta orang di lebih dari 210 negara dan wilayah, dan membunuh lebih dari 120,000 orang, mengancam untuk merebahkan banyak negara, inilah masanya bagi Malaysia untuk melibatkan melibatkan pakar-pakar terkemuka negara, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, politik atau kepentingan peribadi, untuk “Bertindak Cepat dan Lakukan Apa sahaja” untuk menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya melalui bekerjasama kesatuan dan solidariti untuk memenangi beberapa peperangan serentak — baik dari segi kesihatan awam, ekonomi, mahupun maklumat — dari wabak Covid-19.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Rabu 15 April 2020)

==============================

Three weeks ago, I called on the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin to immediately adopt a new government motto “Act Fast and Do Whatever It Takes” to save people’s lives, jobs and livelihoods in the unprecedented invisible war against the Covid-19 outbreak.

I asked the government to show seriousness, competence and urgency to deal with the economic catastrophe of the Covid-19 pandemic and also suggested that the government give top priority to ensure that any form of aid to the health and medical sectors must be made without limits instead of seeing government health workers turning garbage bags into protective suits because of shortage of supplies of personal protective equipment (PPE).

However, the announcement that all government MPs will be given posts in government-linked companies (GLCs) is not in the spirit of “Act Fast and Do Whatever It Takes” but a betrayal of the public trust to save Malaysians from the Covid-19 pandemic.

It is very opposite of “Act Fast and Do Whatever It Takes” spirit to save people’s lives, jobs and livelihoods as it is a dishonourable and even dishonest example of the “Give Jobs to the Boys” motto during the Covid-19 Pandemic.

Malaysians are making great sacrifices in the national lockdown of their economic pursuits for at least six weeks under the movement control order (MCO) but government MPs seem only interested in posts and positions in GLCs!

For this reason, I fully endorse the criticism of the PKR President, Datuk Seri Anwar Ibrahim yesterday deeming it criminal for Perikatan Nasional backbenchers, regardless of merit or qualification, to be assured positions in GLCs at a time when many are struggling financially due to the Covid-19 pandemic.

We are paying a very heavy price in the second wave of the Covid-19 outbreak in Malaysia, which has claimed 82 lives and recorded some 5,000 Covid-19 confirmed cases from 22 cases in mid-February, as well as the catastrophic movement control order (MCO) from March 18 which froze economic and social activities in the country to break the chain of transmission of Covid-19 virus.

This is the time for all Malaysians, regardless of race, religion, region or politics, to “Act Fast and Do Whatever It Takes” to save Malaysian lives, jobs and livelihoods, and not to “Act Fast and Do Whatever It Takes” to feather one’s nest in disregard of the national interest.

It is most shocking that four weeks after the MCO, the Health Director General, Dr. Noor Hisham Abdullah is making a public appeal for the sustainable supply of personal protective equipment (PPE) for healthcare workers instead of being reduced to reliance on imports and providing a breakdown of when the various personal protective equipment (PPE) items would run out.

This is not a reflection of a government’s “seriousness, competence and urgency” to tackle the unprecedented Covid-19 crisis, for such a grave problem should already have been addressed as we are in the twelfth week since the first Covid-19 case in Malaysia on January 24!

Isn’t there a commander-in-chief to ensure that such a grave problem as the sustainable supply of PPE is addressed and resolved?

Numerous recent instances of confusion galore in the higher reaches of government during the Covid-19 crisis such as allowing barber shops and hairstyling salons to operate and its U-turn, the continued use of outdated figures on the red, orange, yellow and green zones on Covid-19 infections in the country or even the crash of the MITI website, show that the best minds in the country are not being engaged in the invisible war against Covid-19 – not to the mention the farces over “warm water”, Menteri, Doraemon, tik-tok and “abused housewife” incidents.

Malaysia is in unchartered territory for the post-Covid-19 scenario is a terrain which humanity had never traversed, but Malaysia and the world must now grapple with these unprecedented challenges.

Are we in Malaysia ready for an exit strategy from the Covid-19 pandemic?

We cannot impose a lockdown of the country for 18 months – which is the time-span when an effective vaccine against Covid-19 is developed and widely available.

We have to strike a balance between saving lives and saving the economy, for many lives will be lost when the economy is devastated beyond repair – which is why we have to live with the Covid-19 virus at least for 18 months.

Can the Malaysian government lead Malaysians to accept the new norms in a post-Covid-19 era, where social distancing is a must for all economic, political and social activities?

Are we in a position to follow what is happening in other countries in the world, whether China, South Korea, Singapore, Iran, Turkey, Saudi Arabia, Italy, Spain, France, UK and the United States and learn from their success and failures?

This is why there must be robust and ongoing debate on the exit strategy for Malaysia and why Pakatan Harapan is calling for a special session of Parliament specifically on the Covid-19 pandemic.

Spain and Austria have today allowed partial returns to work but Britain, France and India extended lockdowns to rein in the new coronavirus while the United States, where the death toll exceeded 25,000, debated how to reopen its economy.

Spain is after the United States, the second country in the world with the most number of confirmed Covid-19 cases – 172,541 cases – and with 18,056 Covid-19 deaths, the third country with the most number of Covid-19 deaths after United States and Italy. In the last 24 hours, there was an increase of 3,961 Covid-19 confirmed cases and 499 deaths.

Austria, with 14,226 cases and 384 deaths is the top 17th country in the world with the most number of Covid-19 confirmed cases and the top 16th country in the world with the most number of Covid-19 deaths.

The World Health Organisation has warned that restrictions should be lifted slowly to avoid a resurgence of the virus.

WHO director-general Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus said appropriate measures should be in place before lockdowns are lifted, including “significant” capacity for tracking infections and contacts of those infected.

Malaysia must be commended for sliding in both its international rankings, from the top 17th nation for Covid-19 confirmed cases and the top 33rd country for Covid-19 deaths when the MCO was imposed on 18th March to the top 36th country for Covid-19 cases and top 41st country for Covid-19 deaths four weeks after the MCO – a measure of the success and effectiveness of the MCO.

In the face of an unprecedented Covid-19 pandemic, which has infected two million people in over 210 countries and territories, and killed over 120,000 people, threatening to bring many countries to their knees, this is the time for Malaysia to engage the best minds in the country, regardless of race, religion, region, politics or personal interest, to “Act Fast and Do Whatever It Takes” to save Malaysia and Malaysians by working in unity and solidarity to win the multiple wars – public health, economic, information – of the Covid-19 pandemic.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Wednesday, 15th April 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.