Archive for April 4th, 2020

Ministers should drop their insouciant and indifferent attitude and adopt the “Act Fast and Do Whatever It Takes” motto to deal with the Covid-19 pandemic

Jemaah Menteri perlu berhenti bersikap acuh tak acuh dan tidak endah, sekali gus mengguna pakai moto “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi menangani wabak Covid-19

Lebih seminggu yang lalu, saya telah mencadangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengguna pakai cogan kata atau moto “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi menangani pandemik Covid-19.

Atas semangat “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi mengatasi cabaran-cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini pada waktu yang luar biasa ekoran wabak Covid-19, saya telah mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk membuat siaran langsung setiap hari bagi memaklumkan kepada rakyat berhubung perkembangan usaha melawan Covid-19 selain menyarankan Kabinet untuk bermesyuarat setiap hari sehingga peperangan melawan Covid-19 dimenangi.

Oleh itu, saya terkejut apabila membaca laporan berita oleh Bernama yang memetik kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan sedang dalam fasa memperhalusi sebuah pakej rangsangan khas bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meringankan kesukaran yang dialami oleh industri tersebut. Beliau turut memaklumkan bahawa perkara itu akan dibawa ke peringkat Kabinet pada minggu hadapan.

Sikap acuh tak acuh dan tidak endah yang ditunjukkan Menteri Kabinet dalam hal ini sangat bertentangan dengan semangat “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi menangani cabaran yang terjadi ekoran pandemik Covid-19 — mereka bertindak seolah-olah negara tidak berdepan sebarang krisis! Read the rest of this entry »

No Comments

Call on government to ramp up Covid-19 testing in Malaysia to introduce mass testing freely and widely available to all Malaysians as a vital post-MCO strategy to revive the Malaysian economic engine

Seruan kepada Kerajaan untuk meningkatkan jumlah ujian Covid-19 di Malaysia dengan menyediakan ujian besar-besaran secara percuma dan meluas kepada semua rakyat Malaysia sebagai sebahagian daripada strategi pasca-PKP untuk melonjakkan semula ekonomi negara

Malaysia perlu mempelajari amalan terbaik daripada negara lain seperti Korea Selatan, Singapura, dan China dalam usaha memerangi wabak Covid-19 untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini yang sedang melanda negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat daripada berlaku di negara kita.

Terdapat banyak perjuangan yang perlu dimenangi dalam usaha melawan wabak ini. Pertama sekali, peperangan maklumat — untuk memastikan rakyat Malaysia memahami mengapa perlunya ekonomi dan kehidupan negara dihentikan sementara untuk mengekang penyebaran wabak ini dengan memutuskan rantaian penyebaran.

Penting untuk disedari yang Nepal menguat kuasakan perintah berkurung pada 24 Mac, apabila mereka merekodkan kes kedua Covid-19 mereka. Sebelas hari kemudian, setakat 3 April, Nepal mempunyai enam kes dengan kosong kematian. Read the rest of this entry »

No Comments