Archive for April 7th, 2020

PM Muhyiddin should initiate extensive consultations with different Malaysian stakeholders on the exit strategy Malaysia should adopt as this is uncharted territory not only for Malaysia but for the world

Muhyiddin perlu memulakan rundingan dengan pihak berkepentingan berhubung strategi jalan keluar yang perlu diambil oleh negara, kerana ini merupakan situasi yang amat luar biasa bukan sahaja buat Malaysia, malah seluruh dunia

Ketika pandemik Covid-19 masih terus tersebar dengan meluas di seluruh dunia, merekodkan 1,339,214 kes dan mencatatkan 74,371 kematian dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom menjadi pusat pandemik baharu terburuk, muncul sinar harapan buat Malaysia yang kini sudah melepasi puncak gelombang kedua penularan Covid-19 dan justeru itu sudah tiba masanya untuk kita sama-sama memikirkan strategi jalan keluar untuk perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sebenarnya, di Eropah misalnya, negara-negara seperti Itali, Sepanyol dan Perancis yang dilihat paling terjejas teruk akibat virus tersebut kini mula menampakkan tanda-tanda semakin pulih.

Angka kematian di Sepanyol semakin menurun untuk hari keempat berturut-turut, Itali pula mencatatkan angka kematian terendah dalam tempoh dua minggu sementara Perancis mencatatkan penurunan jumlah kes positif Covid-19 — berita-berita baik ini memberikan sinar harapan kepada seluruh warga Eropah tentang keberkesanan penguatkuasaan perintah berkurung.

Sejak tengah hari semalam, terdapat 3,793 kes Covid-19 dicatatkan di Malaysia, dengan 131 kes baharu dan 62 kematian direkodkan. Read the rest of this entry »

No Comments