Archive for April 5th, 2020

Support for Prisons Director-General’s proposal that MCO violators should not be jailed because of Covid-19 pandemic

Sokongan kepada cadangan Ketua Pengarah Penjara supaya pesalah PKP tidak dipenjarakan kerana wabak Covid-19 — dan supaya para banduan diberikan pelepasan awal untuk mengurangkan kesesakan di penjara dan mengelakkan penularan wabak Covid-19 dalam penjara

Peningkatan kes positif Covid-19 pada kadar lebih daripada 100,000 dalam tempoh 24 jam yang lepas merupakan satu peringatan bahawa ekonomi negara tidak boleh berkembang dalam era pasca-Covid-19 jika negara lain juga tidak berkembang.

Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 kini berada di paras 1,200,372, meningkat daripada 1,091,215 kes semalam.

Amerika Syarikat mendahului dalam penularan wabak ini, dengan dua rekod baharu setakat semalam; peningkatan lebih daripada 30,000 kes sehari (32,125 kes) yang membawa jumlah keseluruhan di negara tersebut kepada 310,266 kes dan merekodkan lebih daripada seribu kematian (1,037 kematian) yang membawa kepada 8,441 kematian sejak permulaan penularan wabak ini.

Amerika Syarikat berada di tempat ketiga di peringkat global dari segi jumlah kematian, ia kini berada di belakang Itali dan Sepanyol yang masing-masing mempunyai 15,362 dan 11,947 kematian. Jumlah kematian daripada tiga negara ini sahaja mencapai paras 35,750 kematian — hampir sebelas kali ganda kematian yang dilaporkan di negara China.
Read the rest of this entry »

3 Comments