Ministers should drop their insouciant and indifferent attitude and adopt the “Act Fast and Do Whatever It Takes” motto to deal with the Covid-19 pandemic


Jemaah Menteri perlu berhenti bersikap acuh tak acuh dan tidak endah, sekali gus mengguna pakai moto “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi menangani wabak Covid-19

Lebih seminggu yang lalu, saya telah mencadangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengguna pakai cogan kata atau moto “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi menangani pandemik Covid-19.

Atas semangat “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi mengatasi cabaran-cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini pada waktu yang luar biasa ekoran wabak Covid-19, saya telah mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk membuat siaran langsung setiap hari bagi memaklumkan kepada rakyat berhubung perkembangan usaha melawan Covid-19 selain menyarankan Kabinet untuk bermesyuarat setiap hari sehingga peperangan melawan Covid-19 dimenangi.

Oleh itu, saya terkejut apabila membaca laporan berita oleh Bernama yang memetik kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan sedang dalam fasa memperhalusi sebuah pakej rangsangan khas bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meringankan kesukaran yang dialami oleh industri tersebut. Beliau turut memaklumkan bahawa perkara itu akan dibawa ke peringkat Kabinet pada minggu hadapan.

Sikap acuh tak acuh dan tidak endah yang ditunjukkan Menteri Kabinet dalam hal ini sangat bertentangan dengan semangat “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” bagi menangani cabaran yang terjadi ekoran pandemik Covid-19 — mereka bertindak seolah-olah negara tidak berdepan sebarang krisis!

Sejak Muhyiddin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion pada 27 Mac lalu, pengusaha PKS yang terjejas ekoran krisis wabak ini mengharapkan dan ternanti-nanti bilakah kerajaan akan mengumumkan pakej ekonomi bagi membantu mereka.

Mengapa Menteri Kabinet tidak boleh bermesyuarat hari ini atau esok bagi meluluskan pakej rangsangan ekonomi untuk PKS tersebut?

Saya justeru menggesa semua Menteri Kabinet agar tidak bersikap acuh tak acuh dan tidak endah, sekali gus sedar bahawa situasi luar biasa dan genting seperti ini memerlukan penyelesaian yang luar biasa. Mereka harus mengguna pakai moto “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja” untuk menangani sebarang cabaran yang timbul ekoran pandemik Covid-19.

Kehidupan majoriti rakyat biasa berubah sama sekali ekoran pandemik Covid-19. Mengapa Menteri Kabinet bertindak seolah-olah tidak endah dan acuh tak acuh sebegitu sekali?

Situasi cemas masih menyelubungi persoalan tentang sama ada Malaysia mampu mengharungi gelombang kedua pandemik Covid-19, yang mana tidak akan terjadi sekiranya setiap daripada kita mengguna pakai moto “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja”.

Sekalipun kita mampu mengharungi gelombang kedua pandemik Covid-19, kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kemunculan semula wabak tersebut.

Saya berasa amat bimbang apabila mendengar pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah pada Khamis lalu, bahawa terdapat peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 208 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 3,116 kes, dan terdapat tiga lagi kematian membawa jumlah kematian kini kepada 50.

Ini merupakan kali ketiga jumlah kes baharu melebihi angka 200, dengan kadar kematian mencapai tahap tertinggi iaitu 1.6%.

Data Covid-19 di Malaysia untuk 24 jam yang lepas yang telah diumumkan semalam — dengan pertambahan kes positif Covid-19 iaitu sebanyak 217 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,333 kes dengan satu kematian — masih lagi tinggi meskipun kadar kematian telah berkurang sedikit kepada 1.59%.

Di seluruh dunia, pandemik Covid-19 masih terus mencanak — angka kes di seluruh dunia mencapai angka 1,096,593 dengan 58,645 kematian, dengan UK dan Amerika Syarikat menjadi pusat terbaharu pandemik dunia. Semalam sahaja, Amerika Syarikat mencipta rekod peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 32,352 kes dalam tempoh sehari — menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 272,760 kes.

Itali pula merekodkan 119,827 kes positif Covid-19 dengan 14,682 kematian. Bagaimanapun, terdapat kajian yang mengatakan jumlah sebenar rakyat Itali yang dijangkiti Covid-19 mungkin sudah mencapai hampir 5 juta orang dengan jumlah kematian dianggarkan sekitar 60,000.

Sehubungan itu, tidak ada sebab lagi untuk Menteri Kabinet tidak bertindak serius dalam menghadapi wabak ini. Mereka juga harus segera mengguna pakai sikap “Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja”, sekali gus membuang sikap acuh tak acuh dalam berdepan Covid-19.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada Sabtu, 4 April 2020)

===========================================

More than a week ago, I suggested that the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin should implement a new motto of “Act Fast and Do Whatever It Takes” to lead the country through the multiple information, health and economic crisis in the Covid-19 pandemic.

In the “Act Fast and Do Whatever It Takes” spirit to overcome the unprecedented challenges in the extraordinary times posed by the Covid-19 pandemic, I had suggested daily live telecasts by the Prime Minister on the latest Covid-19 developments and daily Cabinet meetings until the multiple wars against
Covid-19 are won.

I was shocked therefore to read of a Bernama report quoting the Finance Minister, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz saying that the Finance Ministry was in the midst of refining a special stimulus package for the small and medium-sized enterprises (SMEs) to ease their current difficulties, and that the proposed package would be brought up at the cabinet level next week.

This insouciant and indifferent attitude of the Cabinet Ministers is totally against the “Act Fast and Do Whatever It Takes” motto to resolve the challenges posed by the Covid-19 pandemic, as if we are living in ordinary normal times!

Since Muhyiddin’s RM250 billion economic stimulus package on 27th March, SMEs had been crying and waiting every day for an economic rescue package for them as they had been omitted and left to fend for themselves.

Why can’t the Cabinet meet today or tomorrow to approve the economic rescue package for SMEs?

I call on all Ministers to drop their insouciant and indifferent attitude and to realise that “extraordinary times require extraordinary action”. They should adopt the “Act Fast and Do Whatever It Takes” motto to deal with the challenges posed by the Covid-19 pandemic.

The lives of ordinary Malaysians have been changed by the Covid-19 pandemic. Why should Ministers behave as if they could continue with their indifferent, nonchalant and insouciant ways?

It is still touch-and-go whether Malaysia has weathered the worst of the second wave of the Covid-19 pandemic, an outbreak which Malaysia should have been spared if everyone had adopted an “Act Fast and Do Whatever It Takes” motto.

Even if we could weather the second wave of the Covid-19 pandemic, we must be prepared for any resurgence of Covid-19.

I was concerned when the Health Director-General Dr. Noor Hisham Abdullah announced on Thursday that there had been an increase of 208 infections in the previous 24 hours to reach a total of 3,116 cases, and that three more had died to bring the death toll to 50.

This would be the third time that the number of new cases had exceeded 200, with the death rate reaching its highest at 1.6%.

The Covid-19 data in Malaysia for the past 24 hours as announced yesterday, with an increase of 217 Covid-19 cases to bring the total to 3,333 cases with one new death, is still high although the death rate had come down a little bit to 1.59%.

Worldwide, the Covid-19 pandemic is still raging on – reaching a global total of 1,096,593 cases and 58,645 deaths, with United Kingdom and United States the two new epicentres still to reach their peak.

Yesterday alone, the United States reached a new grim milestone of recording a single-day increase of 32,352 cases – reaching a total of 272,760 cases.

Italy has registered 119,827 confirmed Covid-19 cases and 14,681 deaths. There is however a study in Italy which reported that the real number of Covid-19 cases in the country could be 5 million cases and that the real number of deaths could be around 60,000.

There is no reason why our Ministers should not be serious about the Covid-19 pandemic and why they should not immediately adopt the “Act Fast and Do Whatever It Takes” attitude and drop all insouciant and indifferent postures.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Saturday, 4th April 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.