Archive for April, 2020

The government should present a smart and flexible exit plan strategy and blueprint to Parliament to prevent a resurgence of Covid-19 outbreak and to quickly revive the economy devastated by the pandemic

Kerajaan harus membentangkan satu strategi pelan keluar yang bijak dan fleksibel di Parlimen untuk mengelakkan penularan semula wabak Covid-19 dan pada masa yang sama melonjakkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19

Kita telah memasuki fasa keempat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang akan berlangsung sehingga 12 Mei.

Dalam tempoh 12 ke 24 bulan yang akan datang, kita semua perlu menyesuaikan diri dengan era baharu yang akan menjadi norma baharu kita untuk hidup bersama dengan virus Covid-19 ini, sehinggalah satu vaksin yang berkesan dicipta dan tersedia secara meluas.

Norma baharu ini haruslah diasaskan kepada peningkatan kapasiti ujian saringan, penjajakan kontak rapat, kuarantin, dan pembatasan sosial secara universal oleh semua rakyat Malaysia pada setiap masa. Read the rest of this entry »

No Comments

Will there be a virtual miracle by the Cabinet on a virtual Parliament?

Apakah yang dilakukan oleh Parlimen Malaysia semasa wabak Covid-19?

Mungkinkah akan berlaku keajaiban pagi ini yang mana Kabinet menarik semula keputusan persidangan Parlimen sehari, lalu membenarkan Parlimen bersidang selama dua hari secara fizikal dan lapan hari secara maya?

Di Singapura, Parlimen Singapura akan membentangkan satu rang undang-undang untuk meminda perlembagaan negara tersebut bagi membolehkan Parlimen Singapura bersidang secara maya.

Minggu lepas, Dewan Rakyat di United Kingdom telah bersidang dan bersetuju dengan rancangan untuk menubuhkan satu kamar perbahasan digital, yang dapat memuatkan 120 ahli parlimen menggunakan aplikasi persidangan video Zoom. Pada masa yang sama membenarkan sehingga 50 orang ahli parlimen untuk hadir secara fizikal ke Dewan. Read the rest of this entry »

1 Comment

Will Cabinet tomorrow salvage the reputation of Malaysia and Malaysian Parliament as the ridiculous idea of a one-day Parliament was based on a complete misunderstanding of the advice of the Health Ministry on the situation of the Covid-19 outbreak in mid-April?

Adakah Kabinet pada esok hari akan menyelamatkan maruah Malaysia dan Parlimen Malaysia memandangkan keputusan bagi mengadakan sidang Parlimen selama sehari adalah salah faham berasaskan nasihat daripada Kementerian Kesihatan mengenai situasi Covid-19 pada pertengahan bulan April?

Jawapannya sudah bocor.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam, Kementerian Kesihatan tidak pernah menasihatkan supaya persidangan Parlimen selama sehari. Ia seolah-olah menghina sistem demokrasi berparlimen dan melumpuhkan fungsi Parlimen dalam meneliti serta menyemak imbang tindakan kerajaan dalam mengendalikan wabak Covid-19 di negara kita.

Jelas sekali Menteri yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Parlimen, Datuk Takiyauddin Hassan telah salah faham ataupun memutarbelitkan nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan berikutan situasi Covid-19. Read the rest of this entry »

No Comments

Did the Health Ministry advise against the holding of Parliamentary meetings, including a virtual Parliament and Select Committee meetings to exercise oversight and scrutiny of government measures in the Covid-19 pandemic, and propose a one-day meeting on May 18?

Benarkah Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya Parlimen tidak bersidang, termasuk persidangan Parlimen dan jawatankuasa pilihan khas secara maya, bagi menyemak dan meneliti langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam mengurus dan membendung wabak Covid-19 dan sebaliknya mencadangkan supaya sidang Parlimen diadakan selama satu hari sahaja pada 18 Mei ini?

Semalam, Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe, mengumumkan bahawa beliau akan membentangkan strategi keluar Perancis di Parlimen Perancis pada hari esok, yang kemudiannya akan dibahaskan dan diundi untuk diluluskan.

Jumlah kematian harian akibat Covid-19 di Perancis semakin berkurangan, negara tersebut mencatatkan angka kematian seramai 242 orang pada Ahad, berbanding 369 kematian baru pada hari sebelumnya. Read the rest of this entry »

1 Comment

Muhyiddin should appoint a Commander-in-Chief responsible for easing the MCO restrictions to implement the best exit plan blueprint which could strike the proper balance to prevent a resurgence of Covid-19 and ensure a quick bounce-back of the economy

The nation sighed a relief at the Malaysiakini report that only five localities throughout Malaysia are red zones.

Data on active Covid-19 cases by locality (mukim) show that for the past one week, most states in Malaysia are turning into green zones.

Of the close to 1,200 localities monitored by the Ministry of Health, only five have more than 40 active cases each.

About 75 percent are green localities, with zero active cases. Read the rest of this entry »

1 Comment

How can Muhyiddin win the trust and confidence of the people in the invisible war against the Covid-19 pandemic when he is even afraid to convene Parliament to debate the pandemic?

Bagaimana Muhyiddin merancang untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat dalam peperangan melawan Covid-19 sedangkan beliau sendiri pun tidak berani untuk memanggil sidang Parlimen bagi membahaskan isu berkenaan wabak ini?

Pada 7 April saya telah menjangkakan yang kita telah melepasi kemuncak gelombang kedua penularan wabak Covid-19 di Malaysia pada 3 April dengan 3,333 kes, berdasarkan kenyataan media saya pada 31 Mac yang mengatakan “terdapat petanda memberansangkan yang jangkaan suram JP Morgan bahawa Malaysia akan berhadapan 6,300 kes menjelang pertengahan April mungkin terbukti silap”.

Saya berbesar hati dengan ketepatan jangkaan ini.

Sehingga hari ini, di dalam minggu terakhir bulan April, kita belum lagi mencapai paras 6,300 kes. Kita kini mencatatkan 5,692 kes, dan kita mungkin tidak akan mencapai 6,300 kes menjelang pengakhiran fasa kedua PKP pada 28 April. Read the rest of this entry »

1 Comment

Call for establishment of a Covid-19 Pandemic Study Centre to learn from the successes and mistakes of other nations and to ensure that Malaysia does not lead the world in using the pandemic to emasculate and marginalise Parliament

Menyeru penubuhan sebuah Pusat Kajian Pandemik Covid-19 bagi mengambil pengajaran daripada kejayaan serta mengkaji kesilapan negara-negara lain, dan untuk memastikan Malaysia tidak dilihat di mata dunia sebagai negara yang menjadikan wabak tersebut sebagai alasan untuk melemahkan fungsi dan meminggirkan Parlimen

Perutusan yang disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara siaran langsung semalam mengundang kekecewaan. Harapan untuk melihat Parlimen dan Badan Kehakiman diletakkan sebagai perkhidmatan penting di tengah-tengah krisis pandemik Covid-19 tidak kesampaian. Langkah ini menunjukkan kerajaan masih belum serius untuk merangka pelan bagi memulihkan semula ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.

Meskipun Malaysia telah menunjukkan prestasi yang cukup baik di pentas antarabangsa dalam perang melawan Covid-19 — setelah mengalami penurunan dari kedudukan ke-18 negara teratas di dunia dari segi jumlah kes positif Covid-19 kepada kedudukan ke-43 dan dari kedudukan ke-33 kepada kedudukan ke-49 dari segi angka kematian akibat Covid-19 — kita masih harus terus belajar daripada kejayaan dan kesilapan negara-negara lain. Read the rest of this entry »

1 Comment

Why is Muhyiddin afraid to convene a special Parliament on Covid-19 when Malaysia has handled the Covid-19 crisis better than UK

Mengapa Muhyiddin sangat takut untuk memanggil sidang khas Parlimen Covid-19, sedangkan Malaysia berjaya mengurusnya lebih baik berbanding UK sedangkan Dewan Rakyat di UK telah mengadakan sidang secara maya selama 100-minit semalam?

Walaupun Malaysia berjaya mengendalikan bencana Covid-19 dengan lebih baik berbanding United Kingdom, adalah menjadi satu perkara memalukan apabila Parlimen UK semalam telah mengadakan persidangan maya yang membolehkan ahli parlimen untuk meneliti tindak-tanduk kerajaan British selama 100 minit mengenai pengendalian bencana Covid-19 di negara tersebut. Namun begitu, kerajaan Malaysia masih tidak berani untuk mengadakan persidangan khas bagi isu yang sama.

Mengapakah Muhyiddin sangat takut untuk memanggil sidang khas Parlimen Covid-19 sedangkan Malaysia berjaya mengurusnya dengan lebih baik berbanding UK yang mempunyai 133,495 kes dan 18,100 kematian — 24 kali jumlah kes dan 195 jumlah kematian di Malaysia, yang hanya mempunyai 5,532 kes dan 93 kematian? Read the rest of this entry »

3 Comments

Call for Parliament to be declared an essential service and for ten days of “virtual” Parliamentary meeting after the Yang di Pertuan Agong’s opening on May 18

Parlimen harus diisytiharkan sebagai perkhidmatan penting dan sepuluh hari persidangan parlimen secara maya selepas pembukaan Parlimen oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 18 Mei

Tidak kiralah apa pun keputusan kerajaan mengenai fasa ketiga perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bakal luput pada 28 April ini, Parlimen patut diisytiharkan sebagai perkhidmatan penting negara bagi memastikan ia dapat menjalankan tanggungjawabnya untuk meneliti usaha kerajaan dalam melawan bencana berkembar kesihatan awam dan ekonomi yang disebabkan oleh wabak Covid-19 dan juga untuk menggerakkan perpaduan negara dan solidariti dalam situasi bencana.

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat harus bermesyuarat dengan segera untuk mempersiap sediakan Parlimen dan pelbagai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk memasuki era internet dengan mengadakan “persidangan maya”.

Di London hari ini, Dewan Rakyat UK akan bersidang secara maya buat kali pertamanya dalam sejarah untuk sesi soal jawab bersama menteri. Read the rest of this entry »

2 Comments

Why Parliament in Malaysia allowed to meet for one day only on May 18, when UK Parliament meets in active session although it has 124,743 Covid-19 confirmed cases and 16,509 deaths and still to reach its peak, while Malaysia has passed its peak with 5,425 cases and 89 deaths?

Sekiranya United Kingdom — di mana wabak Covid-19 masih belum mencapai kemuncaknya dengan sejumlah 124,743 kes dan 16,509 kematian — masih meneruskan persidangan Parlimen secara aktif, mengapa Parlimen di Malaysia, yang telah melepasi kemuncak gelombang kedua wabak Covid-19 sejumlah 5,425 kes dan 89 kematian, hanya dibenarkan untuk bersidang selama satu hari pada 18 Mei nanti?

Akhbar British, Daily Mail, telah melaporkan bahawa Dewan Rakyat UK telah menyediakan sistem pengundian elektronik susulan penularan wabak Covid-19 bagi membolehkan Ahli Parlimen di UK untuk julung-julung kalinya meluluskan rang undang-undang tanpa perlu berada di dalam Dewan di Westminster ketika negara tersebut bersiap sedia untuk membuka semula Parlimen secara maya hari ini.

Parlimen UK bercadang untuk menggunakan platform persidangan video, Zoom bagi membolehkan Ahli-ahli Parlimen bersoal balas dengan anggota pentadbiran daripada rumah. Read the rest of this entry »

1 Comment

Thanks to Noor Hisham, we have got a glimpse of the exit plan strategy but Malaysians need more than a glimpse

Terima kasih kepada Dr Noor Hisham kerana mengongsikan sebahagian kecil daripada strategi rancangan keluar negara, tapi kita perlu lebih banyak maklumat mengenainya

Terima kasih kepada Dr Noor Hisham kerana mengongsikan sebahagian kecil daripada strategi rancangan keluar negara, tapi kita semua perlu untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenainya.

Kerana inilah saya telah menyeru Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat satu siaran langsung dan berkongsi dengan rakyat Malaysia, rancangan kerajaan untuk melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membolehkan satu perdebatan yang mendalam, termasuklah di Parlimen.

Dr Hisham telah mengatakan yang pelan negara untuk keluar daripada PKP perlu mempunyai unsur pelonggaran berfasa supaya Malaysia boleh beralih dengan berhati-hati ke dalam satu norma baharu yang bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Read the rest of this entry »

1 Comment

Parliament should urgently set up a Select Committee on Health and Social Care, hold virtual hearings on “Management of Covid-19 Outbreak” and submit a report on the unprecedented Covid-19 national crisis within a month

Parlimen perlu segera menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Kebajikan Sosial, menjalankan sesi soal jawab mengenai “Pengurusan Covid-19” secara maya dan menyediakan laporan krisis Covid-19 dalam tempoh sebulan

Setiausaha Parlimen telah bertindak dengan tidak sepatutnya apabila beliau menghantar notis kepada semua Ahli Parlimen pada tiga hari yang lepas untuk memaklumkan bahawa mesyuarat Parlimen yang biasanya diadakan selama sebulan hanya akan berlangsung selama sehari pada 18 Mei ini berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk menangani penyebaran Covid-19. Beliau juga memaklumkan bahawa tidak akan ada sebarang “sesi pertanyaan jawab lisan, pertanyaan jawab bertulis, mahupun sebarang usul Ahli Parlimen mahupun sesi kamar khas ”.

Tindakan Setiausaha Parlimen ini telah mendahului kuasa dan fungsi Perdana Menteri, Kabinet dan Majlis Keselamatan Negara, malah keputusan ini dibuat seolah-seolah PKP akan masih berkuat kuasa seperti sedia kala pada 18 Mei.

Dari mana beliau mendapatkan maklumat ini? Read the rest of this entry »

1 Comment

“Warm water” Health Minister has made situation worse with his unbelievable explanation about his “500 countries” blooper

The “warm water” Health Minister, Dr. Adham Baba has made the situation worse with his unbelievable explanation about his “500 countries” blooper.

Adham said he had mistakenly said 500 countries, when what he meant was 500 participants from around the world.

This seems to be quite a whopper, for a meeting with 500 participants will go against one of the most important rules of Covid-19 era – social distancing.

Let Adham give details and provide evidence of such a conference or video meeting where there were 500 participants. Read the rest of this entry »

1 Comment

Release of red, orange, yellow and green zones on Covid-19 infections based on active cases and not just cumulative data most welcome and meaningful as it will enable residents to strive for their districts to become Covid-19-free green zones

Pengelasan zon berwarna jangkitan Covid-19 mengikut kadar kes aktif terkini dan bukan lagi dengan data terkumpul amatlah dialu-alukan dan sangat bermakna kerana ia boleh menggalakkan penduduk di zon-zon ini untuk berusaha menjadikan kawasan mereka zon hijau yang bebas Covid-19

Saya mengalu-alukan tindakan Kementerian Kesihatan dalam mengelaskan zon-zon kawasan dalam negara kepada zon merah, jingga, kuning, dan hijau mengikut kadar kes aktif terkini jangkitan Covid-19 dan bukan lagi dengan menggunakan jumlah kes terkumpul seperti sebelum ini. Pengelasan ini kini lebih bermakna kerana ia membolehkan penduduk di satu-satu kawasan itu berusaha bersama untuk menurunkan jumlah kes di kawasan mereka untuk dikelaskan sebagai zon hijau.

Menurut data terkini Kementerian Kesihatan hari ini, terdapat 16 zon merah di dalam negara mengikut jumlah kes aktif, berbanding dengan 29 zon merah jika kategori ini dibuat menggunakan data kes positif terkumpul.

Daripada hanya tiga zon hijau (data jumlah kes terkumpul), kini terdapat 19 zon hijau di Semenanjung Malaysia. Manakala Sarawak dan Sabah pula kini mempunyai 17 dan 11 zon hijau masing-masing mengikut klasifikasi baharu ini. Read the rest of this entry »

No Comments

Call on Muhyiddin to focus the coming week on widest consultation to formulate the best exit strategy and blueprint to contain Covid-19, revive the economy and rebuild Malaysia

Seruan kepada Muhyiddin untuk menumpukan usaha beliau dalam usaha perundingan meluas bagi merumus rancangan keluar negara yang terbaik untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19, melonjakkan semula ekonomi, dan membina semula Malaysia

Saya bersetuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, kita tidak boleh berasa selesa dengan penurunan jumlah kes baharu Covid-19 kerana kita masih berhadapan dengan pelbagai sudut peperangan melawan wabak ini.

Kita mungkin sedang memenangi perang melawan gelombang kedua wabak ini, tetapi perjalanan kita masih lagi panjang, sehinggalah kita berjaya mencipta vaksin yang berkesan dalam melawan penularan virus ini.

Mungkin kita sudah pun memenangi peperangan melawan gelombang kedua ini, namun adakah kita bersedia untuk menghadapi gelombang ketiga? Berapa banyak gelombang dan kawalan pergerakan yang perlu kita lalui sebelum satu vaksin yang berkesan dibangunkan dalam tempoh 12 ke 24 bulan yang akan datang? Read the rest of this entry »

1 Comment

One-day sitting of Parliament on May 18 must be reconsidered by Muhyiddin as Parliament should not be shunted off, emasculated or marginalised but must play a major role in galvanising national unity and solidarity during the Covid-19 pandemic as well as providing scrutiny to ensure the most effective strategy to overcome Covid-19 crisis and the best exit plan for economic recovery

Persidangan Parlimen selama sehari pada 18 Mei mestilah dipertimbangkan semula oleh Muhyiddin memandangkan Parlimen tidak sepatutnya di diperlemah dan diketepikan tetapi sepatutnya memainkan peranan dalam menggerakkan perpaduan negara dan solidariti semasa wabak Covid-19 dan pada masa yang sama, meneliti rancangan kerajaan bagi memastikan kita mempunyai strategi terbaik untuk menangani wabak Covid-19 dan untuk melonjakkan semula ekonomi negara

Wabak Covid-19 terus mara di peringkat global, melepasi paras 2.2 juta kes positif dan merekodkan lebih daripada 153,000 kematian, didahului dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Dalam tempoh 24 jam yang lepas sahaja, di Amerika Syarikat, terdapat peningkatan sebanyak 22,664 kes positif baharu dan 2,305 kematian baharu direkodkan, membawa jumlah keseluruhan kes positif di negara tersebut ke 700,234 kes dan sejumlah 36,922 kematian. Pada masa yang sama, United Kingdom pula merekodkan 5,599 kes positif dan 847 kematian baharu membawa rekod mereka ke 108,692 kes dengan 14,576 kematian secara keseluruhannya. Read the rest of this entry »

3 Comments

Can the government devise the best exit strategy for Malaysia when it cannot even end the “confusion of colours” in designation of red, orange, yellow and green zones for Covid-19 infections?

Mampukah kerajaan merangka strategi keluar yang terbaik untuk Malaysia, sedangkan mereka sendiri keliru tentang pembahagian kawasan kepada empat zon berwarna mengikut jumlah jangkitan Covid-19?

Persoalan ini bermain-main di fikiran saya: Adakah kerajaan mampu untuk merangka satu strategi keluar yang terbaik bagi menyelamatkan negara daripada wabak Covid-19, sedangkan mereka sendiri masih keliru tentang pembahagian kawasan kepada empat zon berwarna mengikut jumlah jangkitan Covid-19.

Semalam, Bernama melaporkan bahawa tiga daerah di Perak, iaitu Kuala Kangsar, Muallim dan Kampar telah diisytiharkan sebagai zon hijau atau tidak mempunyai kes Covid-19 dilaporkan sepanjang 14 hari lalu.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dalam satu majlis penyerahan sumbangan barangan keperluan termasuk alat pelindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan oleh Techlab Security Sdn Bhd.

Beliau memberitahu pemberita bahawa pengumuman ini tidak bermakna penduduk di ketiga-ketiga daerah tersebut bebas keluar berjalan-jalan. Read the rest of this entry »

No Comments

Muhyiddin should have a live telecast sharing details of the exit plan when MCO is lifted in phased stages

Muhyiddin perlu berkongsi rancangan “exit plan” beliau dengan seluruh negara melalui siaran langsung memandangkan PKP akan dilonggarkan secara berperingkat

Seluruh dunia harus menerima hakikat yang kita semua perlu menempuh kehidupan harian bersama dengan Covid-19 untuk tempoh 12 ke 24 bulan yang akan sehinggalah satu vaksin yang berkesan dapat dibangunkan dan diberikan secara meluas kepada semua, kerana tidak ada negara yang mampu untuk menutup ekonominya selama setahun, apatah lagi dua tahun.

Untuk membolehkan aktiviti ekonomi bergerak semula, semua negara akan perlu melonggarkan sebarang perintah berkurung ataupun kawalan pergerakan mereka secara berperingkat dalam tempoh 12 ke 24 bulan mendatang dan cara pelonggaran ini akan berbeza mengikut negara masing-masing. Namun, semua negara juga perlu juga bersedia dengan kemungkinan untuk menguat-kuasakan kawalan pergerakan semula jika wabak ini mengancam kedatangan semula yang menggugatkan nyawa manusia.

Dalam 24 jam yang lepas, wabak Covid-19 ini telah membunuh lebih daripada 6,800 orang di seluruh dunia. 12 negara dengan empat atau tiga angka kematian dalam 24 jam yang lepas adalah seperti berikut: Read the rest of this entry »

1 Comment

Recognition of Dr. Noor Hisham by CGTN as one of the world’s top three doctors in public health in Covid-19 pandemic is a most deserved commendation as he is the saviour of Malaysians in the second wave of the novel coronavirus outbreak

Pengiktirafan Dr Noor Hisham sebagai seorang daripada tiga doktor kesihatan awam terulung dalam pengendalian wabak Covid-19 oleh CGTN datang pada waktu yang sangat tepat memandangkan beliau adalah wira negara yang menyelamatkan kita semua semasa gelombang kedua wabak koronavirus sedang menular

Pengiktirafan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah oleh China Global TV Network (CGTN) sebagai seorang daripada tiga doktor kesihatan awam terulung dalam pengendalian wabak Covid-19 beliau adalah sangat bertepatan, memandangkan beliau adalah wira negara yang menyelamatkan kita semua semasa gelombang kedua penularan koronavirus.

Jika pihak berkuasa di Malaysia sentiasa bersikap bertanggungjawab dan berjaga-jaga, pasti kita semua akan dapat mengelakkan penularan gelombang kedua wabak ini.

Semasa gelombang pertama penularan wabak ini, kita berjaya mengekalkan kadar jangkitan rendah, pada paras 22 jangkitan tanpa sebarang kematian. Namun, gelombang kedua wabak ini mencapai paras baru hari ini dengan sejumlah 5,182 jangkitan, 2,766 kes yang telah pulih dan 84 kematian.
Read the rest of this entry »

2 Comments

There must be a robust debate as how Malaysia can avert a third wave of Covid-19 outbreak and re-imposition of MCO in the next 18 -24 months until a vaccine is developed and widely available

Kita perlukan perdebatan mendalam untuk memikirkan cara untuk Malaysia mengelakkan gelombang ketiga wabak Covid-19 dan pelaksanaan semula PKP dalam tempoh 18-24 bulan yang akan datang sehingga vaksin tersedia secara meluas

Seluruh negara menghela nafas lega semalam apabila Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan data terbaru untuk wabak Covid-19.

Dalam tempoh 24 jam sebelum pengumuman semalam, Malaysia mencatat 85 kes baru, menjadikan jumlah kes Covid-19 kepada 5,072; dengan satu kematian baru menjadikan jumlah kematian keseluruhan 83 orang, dan 169 orang lagi telah pun pulih menjadikan jumlah keseluruhan pemulihan 2,647 atau 52.2 peratus – buat pertama kalinya lebih separuh daripada orang yang dijangkiti telah pulih.

Rakyat Malaysia kini dapat melihat cahaya di hujung terowong, kerana data Noor Hisham semalam menandakan berakhirnya 31 hari kenaikan harian tiga digit kes Covid-19 kini kita berada di dalam zon kenaikan dua digit sehari — mengesahkan harapan rakyat Malaysia bahawa negara kita telah mengelakkan situasi terburuk gelombang kedua wabak Covid-19.
Read the rest of this entry »

1 Comment