Can the government devise the best exit strategy for Malaysia when it cannot even end the “confusion of colours” in designation of red, orange, yellow and green zones for Covid-19 infections?


Mampukah kerajaan merangka strategi keluar yang terbaik untuk Malaysia, sedangkan mereka sendiri keliru tentang pembahagian kawasan kepada empat zon berwarna mengikut jumlah jangkitan Covid-19?

Persoalan ini bermain-main di fikiran saya: Adakah kerajaan mampu untuk merangka satu strategi keluar yang terbaik bagi menyelamatkan negara daripada wabak Covid-19, sedangkan mereka sendiri masih keliru tentang pembahagian kawasan kepada empat zon berwarna mengikut jumlah jangkitan Covid-19.

Semalam, Bernama melaporkan bahawa tiga daerah di Perak, iaitu Kuala Kangsar, Muallim dan Kampar telah diisytiharkan sebagai zon hijau atau tidak mempunyai kes Covid-19 dilaporkan sepanjang 14 hari lalu.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dalam satu majlis penyerahan sumbangan barangan keperluan termasuk alat pelindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan oleh Techlab Security Sdn Bhd.

Beliau memberitahu pemberita bahawa pengumuman ini tidak bermakna penduduk di ketiga-ketiga daerah tersebut bebas keluar berjalan-jalan.

Tambahnya: “Ini adalah satu berita baik di tiga daerah ini. Jadi kita mengharapkan daerah-daerah ini kekal menjadi zon hijau dan supaya dengan (gelaran) zon hijau ini pula boleh merebak (meluas) ke daerah-daerah lain di seluruh negeri Perak. Kita mahu Perak bebas dari Covid-19 dan akhirnya seluruh negara bebas.”

Bagaimanapun, kenyataan MB Perak ini nampaknya terpesong dari hakikat sebenar, kerana berdasarkan data terbaharu yang dikeluarkan hari ini, Perak mempunyai dua zon merah, satu zon jingga dan lapan zon kuning, tapi tiada satu pun zon hijau.

Tiga zon hijau yang diumumkan Ahmad Faizal semalam nampaknya hanyalah cerita khayalan, kerana terdapat lima kes Covid-19 di Mualim, empat kes di Kuala Kangsar dan dua di Kampar.

Mengikut klasifikasi rasmi berdasarkan jumlah terkumpul, Malaysia kini mempunyai 29 zon merah di seluruh negara termasuk penambahan baru Kota Kinabalu. Penggunaan data terkini yang mana mengambil kira jumlah pesakit yang telah sembuh, boleh mengalakkan penduduk untuk mematuhi arahan PKP sekali gus mengurangkan kes jangkitan di kawasan tersebut.

Sehingga hari ini, berapa banyak kawasan yang telah diklasifikasikan sebagai zon merah berdasarkan data terkini, mengambil kira jumlah pesakit yang telah sembuh daripada jangkitan Covid-19?

Tiada siapa tahu.

Bagaimana rakyat ingin memberikan sokongan kepada kerajaan dalam usaha memerangi Covid-19, jika kerajaan sendiri enggan mendedahkan maklumat-maklumat tersebut kepada orang awam?

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah dalam kenyataan berkata pusat internet di zon hijau akan dibenarkan untuk beroperasi sekiranya pusat berkenaan menggunakan tenaga kerja dalam kawasan tempatan.

Bolehkah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelaskan sama ada langkah yang diambil kerajaan negeri itu sama dengan dasar di negeri-negeri lain? Dan adakah Semenanjung Malaysia akan mengambil langkah yang serupa, jika klasifikasi kawasan kepada zon dibuat berdasarkan data terkumpul jangkitan Covid-19 – memandangkan terdapat tiga zon hijau di Semenanjung Malaysia, masing-masing di Kedah, Kelantan dan Terengganu?

Kelemahan kerajaan – yang mempunyai Kabinet terbesar dalam sejarah ini – bolehlah diumpamakan sebagai tangan kanan yang tidak tahu apa yang tangan kiri lakukan, atau lebih teruk lagi, tangan kanan yang tak peduli langsung apa yang tangan kiri sedang lakukan – samalah seperti peristiwa-peristiwa sebelum ini antaranya Menteri “air suam”, kedai gunting rambut dan “Langkah kurang cerdik melantik Ahli Parlimen Kerajaan sebagai Pengerusi GLC”.

Malaysia sedang berdepan dengan krisis pandemik Covid-19 yang tidak pernah dialami sebelum ini. Bolehkah kerajaan menunjukkan kepada rakyat Malaysia sikap yang cerdik, konsisten, telus dan profesional dalam memerangi musuh yang tidak kelihatan ini?

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pada Jumaat, 17 April 2020)

==============================

The question that is bugging me is whether the government is capable of devising the best exit strategy for Malaysia in the face of the Covid-19 pandemic when it cannot even end the “confusion of colours” in the designation of Malaysia into red, orange, yellow and green zones based on Covid-19 infections.

Yesterday, Bernama reported that three districts in Perak, namely Kuala Kangsar, Muallim and Kampar have been declared as green zones or areas that have zero Covid-19 cases as no new cases have been reported over the last 14 days.

This announcement was made by Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu at the ceremony where he received donations of essential items for frontline personnel including personal protective equipment (PPE) from Techlab Security Sdn Bhd.

He told reporters that this did not mean that residents in the three districts were free to go out.

He said: “This is great news. So we expect these districts to remain green zones and for this status to extend (widely) to other districts throughout the state. We want Perak to be free from Covid-19 and finally the whole country.”

But this colour scheme of the Perak Mentri Besar is not reflected in the latest release today of the 148 districts in the country divided into red, orange, yellow and green zones, as I see in Perak two red zones, one orange zone and eight yellow zones but no green zones.

The three green zones declared by Ahmad Faizal appear to be fictional, as Muallim is reported as having five Covid-19 cases, Kuala Kangsar four cases and Kampar two cases.

Under the official classification based on cumulative figures, Malaysia now has 29 red zones nationwide with the addition of Kota Kinabalu.

Using cumulative figures instead of using the latest data, which take into account recovery from the infections, would encourage residents in red zones to reduce Covid-19 cases so as to be designated as orange, yellow or green zones.

As to today, how many red zones are there based on the latest data, taking into account recovery of Covid-19 infections?

Nobody knows.

How can the government expect public support in the invisible war against Covid-19 when they are kept in the dark about such information?

Yesterday, Sarawak Deputy Chief Minister, Datuk Amar Douglas Uggah said that internet centres in green zones will be allowed to operate as long as their workers are from within the area.

Can the Prime Minister, Tan Sri Muhyddin Yassin clarify whether this is the policy, and how Peninsular Malaysia is to benefit from such a policy, if the colour zoning scheme is based on cumulative data for Covid-19 infections – as there are only three green zones in Peninsular Malaysia with one each in Kedah, Kelantan and Terengganu?

The inability of the government to resolve such “confusion of colours” has reinforced the perception that in the government with the biggest Cabinet in history, the right hand does not know what the left hand is doing or even worse, the right hand does not care what the left hand is doing – leading to farcical episodes like the “warm water”, barber and “dumb appointment of government MPs as GLC chairman” incidents.

Malaysia is facing an unprecedented crisis in the Covid-19 pandemic. Can Malaysian people expect the government to show greater intelligence, consistency, transparency and professionalism in the invisible multiple wars of the Covid-19 pandemic?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Friday, 17th April 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.