Thanks to Noor Hisham, we have got a glimpse of the exit plan strategy but Malaysians need more than a glimpse


Terima kasih kepada Dr Noor Hisham kerana mengongsikan sebahagian kecil daripada strategi rancangan keluar negara, tapi kita perlu lebih banyak maklumat mengenainya

Terima kasih kepada Dr Noor Hisham kerana mengongsikan sebahagian kecil daripada strategi rancangan keluar negara, tapi kita semua perlu untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenainya.

Kerana inilah saya telah menyeru Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat satu siaran langsung dan berkongsi dengan rakyat Malaysia, rancangan kerajaan untuk melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membolehkan satu perdebatan yang mendalam, termasuklah di Parlimen.

Dr Hisham telah mengatakan yang pelan negara untuk keluar daripada PKP perlu mempunyai unsur pelonggaran berfasa supaya Malaysia boleh beralih dengan berhati-hati ke dalam satu norma baharu yang bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Beliau berkata yang kerajaan merancang dan melihat bagaimana satu “pendaratan lembut” dapat dilaksanakan, dengan pelonggaran berfasa PKP yang mengambil kira keadaan jangkitan Covid-19 dalam negara untuk tempoh dua minggu yang akan datang dan dua minggu selepasnya untuk memastikan kita semua dapat menyesuaikan diri dengan “norma baharu” ini.

Dr Hisham juga mengingatkan semua rakyat dengan peringatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini perlu berterusan sehingga 2021.

Beliau berkata, walaupun PKP mungkin tidak dikuatkuasakan lagi, selagi vaksin tidak dicipta, semua orang perlu mengubah gaya hidup dan aktiviti harian mereka bagi meneruskan strategi pencegahan jangkitan ini.

Apa yang perlu menjadi jelas kepada kita semua adalah; pelonggaran PKP tidak bermakna wabak Covid-19 ini sudah pun berlalu, perkara ini perlu ditekankan, memandangkan banyak negara sedang melonggarkan kawalan pergerakan dalam negara mereka.

Terdapat semakin banyak negara yang telah mula melonggarkan kawalan pergerakan mereka ketika para pemimpin di negara tersebut bergelut dengan masalah berkembar kesihatan awam dan kelembapan ekonomi, membuat pilihan di antara usaha menyelamatkan nyawa dan punca pendapatan dan pilihan di antara keperluan kewangan untuk memperbaiki semula ekonomi negara yang dirosakkan akibat wabak ini dengan keperluan untuk rakyat kekal duduk di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan — dan Malaysia tidak terlepas daripada persoalan ini.

Satu kajian telah mencadang “jadual pembukaan semula” yang mempunyai empat fasa:

Fasa pertama – mengekang penyebaran virus ini dengan komprehensif dan sepantas yang boleh bagi mengelakkan “lengkungan penyebaran” virus ini meningkat semula ke suatu kemuncak di luar kapasiti sistem kesihatan awam negara. Jika terdapat lebih ramai pesakit kritikal berbanding dengan katil hospital, maka nyawa yang boleh diselamatkan mungkin akan mati. Pengekangan ini akan melibatkan pembatasan sosial, pengharaman perhimpunan besar-besaran, penutupan ruang-ruang awam dan mungkin juga sekolah, bekerja dari rumah dan pengehadan perjalanan.

Fasa kedua – negeri, ataupun bandar diberikan kuasa untuk melonggarkan kawalan pergerakan, hanya apabila mereka telah mempunyai kapasiti untuk mengenalpasti, melakukan ujian saringan, dan mengasingkan hampir kesemua kes positif Covid-19 dan kontak rapat mereka.

Fasa ketiga – membenarkan kawalan pergerakan untuk dibatalkan apabila vaksin sudah dicipta, rawatan yang berkesan tersedia, ataupun jika maklumat saringan menunjukkan imuniti kelompok telah dikesan di dalam komuniti.

Fasa keempat – pelaburan besar-besaran dalam kajiselidik perubatan dan sistem kesihatan awam negara untuk menyediakan negara dengan wabak yang akan datang.

Singapura, untuk beberapa minggu yang lepas dilihat sebagai contoh terbaik antarabangsa yang berjaya mengekang wabak Covid-19. Namun kini, negara tersebut berhadapan dengan peningkatan jangkitan mendadak yang telah menyebabkan negara tersebut mengetatkan kawalan.

Dengan 8,014 kes Covid-19 yang disahkan, negara tersebut mendahului Indonesia (6,760 kes), Filipina (6,459), dan Malaysia (5,425). Semasa Malaysia melaksanakan PKP pada 18 Mac, Singapura hanya mempunyai 345 kes positif, berbanding dengan 309 di Indonesia, 217 di Filipina, dan 900 di Malaysia.

Jepun juga berjaya mengekalkan kadar jangkitan rendah selama dua bulan, tetapi kini melihatkan lonjakkan jumlah jangkitan, kini melepasi kadar jangkitan di Korea Selatan.

Contoh-contoh “gelombang kedua” wabak Covid-19 ini menjadi pengajaran penting kepada semua negara dan komuniti antarabangsa.

Di Australia, tiga pantai di Sydney telah dibuka semula semalam, tetapi hanya untuk aktiviti senaman.

India pula telah membenarkan sesetengah aktiviti industri dan agrikultur untuk dimulakan semula, walaupun negara tersebut merekodkan peningkatan harian empat angka tertinggi.

Di Iran (83,505 kes) yang telah mengatasi China (82,747 kes), dengan 5,209 kematian, beberapa peraturan kawalan pembatasan sosial telah dilonggarkan minggu lepas, dengan beberapa pusat membeli belah dan lebuhraya dalam bandar dibuka semula.

Di Eropah, Jerman, Poland, Norway, Republik Czech dan Albania telah mula melonggarkan semula kawalan pergerakan mereka — walaupun Perancis, Sepanyol, dan United Kingdom telah memutuskan untuk tidak berbuat demikian buat masa ini.

Apakah rancangan keluar dan strategi yang terbaik untuk Malaysia?

Perdana Menteri haruslah berkongsikan rancangan dan strategi ini dengan semua rakyat Malaysia, dan memberikan ruang untuk Parlimen dan pelbagai sektor dalam negara memberikan pendapat dan maklumbalas mereka, dengan mempelajari daripada kejayaan dan kegagalan di negara lain untuk merangka satu rancangan dan strategi yang terbaik untuk Malaysia.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pada hari Selasa 21 April 2020)

=============================

Thanks to the Health director-general Dr. Noor Hisham Abdullah, we have got a glimpse of the exit plan strategy but Malaysians need more than a glimpse.

This is why I had been calling for the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin to have a live telecast to share with Malaysians the exit plan strategy and blueprint and to allow a robust debate to take place, including in Parliament.

Noor said that the exit plan for the movement control order (MCO) must be a “soft landing” in phases so that Malaysia can enter into a “new normal” while still continuing to break the transmission chain of Covid-19.

He said the government is planning and looking at how to mitigate the situation, so that there will be a soft landing where the lifting of restrictions will be in stages, looking into the next two weeks, and then another two weeks, how slowly but surely to make sure that the country can actually return back to a “new norm” to break the chain of Covid-19 transmission.

Noor reminded Malaysians of the advice of the World Health Organisation (WHO) that efforts to break the chain of infections will continue until 2021.

He said that even if the MCO is lifted, as long as a vaccine has not been discovered for Covid-19, everyone must change their lifestyles and habits in order to continue with the prevention strategy.

It must be crystal clear to all Malaysians that the easing of restrictions is not the end the Covid-19 pandemic, especially as many countries have started to ease restrictive measures aimed at reducing its spread.

There is a growing number of countries which have begun to ease their lockdowns as their leaders grappled with the twin public health and economic crisis, weighing lives against livelihoods and the financial imperative to restart shattered economies against the medical necessity to stay home and save lives – and Malaysia is no exception.

One study has proposed a four-phase “road map to re-opening”:

First phase – to suppress the spread of the virus as quickly and as comprehensively as possible, to stop the “curve” from rising to an unmanageable peak that overwhelms public health systems. If there are more critically ill people than there are hospital beds, people who could have been saved will die. This suppression involves physical distancing measures, banning gatherings, closing public spaces and potentially schools, having people work from home and limiting all travel.

Second phase – individual states, or even cities, would be able to gradually ease certain restrictions but only when they have built up their capacity to identify, test and isolate most confirmed Covid-19 contacts and their close contacts.

Third phase – allow for remaining restrictions to be lifted when a vaccine is developed, an effective therapy is widely available or when testing data shows widespread immunity.

Fourth phase – invest heavily in medical research and public health systems to prepare for the next pandemic.

Singapore was for weeks the darling of international comparison and the exemplar of how best to suppress the Covid-19 pandemic. But there has since been a dramatic spike in the number of infections which caused it tighten restrictions.

With 8,014 Covid-19 confirmed cases, Singapore has now more cases than Indonesia (6,760 cases), Philippines (6,459) and Malaysia (5,425). When Malaysia imposed MCO on March 18, Singapore had only 345 cases, as compared to 309 for Indonesia, 217 for Philippines and 900 for Malaysia.

Japan, similarly, which kept infections low for two months, has seen a jump in infections, now surpassing South Korea in the total number Covid-19 cases.

These examples of a devastating “second wave” of Covid-19 pandemic are salutary lessons to countries all over the world and the international community itself.

In Australia, three of Sydney’s beaches were cautiously re-opened yesterday but only for exercise.

India allowed some industrial and agricultural work to resume, even as the country record its single four–digit biggest-day rise in Covid-19 cases.

In Iran, which has overtaken China (82,747 cases) as the eighth country with the largest number of Covid-19 confirmed cases (83,505 cases) and where the outbreak has killed 5,209 people, some social distancing rules were relaxed last week and some major shopping centres and inner-city highways were re-opened.

In Europe, Germany, Poland, Norway, the Czech Republic and Albania are beginning to ease their lockdowns – though France, Spain and UK have decided against relaxing measures at this stage.

What is Malaysia’s best exit plan strategy and blueprint?

The Prime Minister should share them with Malaysians and allow Parliament and various sections of the population to give their inputs and contribuitions, learning from the successes and mistakes of other countries, to make them among the best in the world.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Tuesday, April 21, 2020)

  1. #1 by Bigjoe on Wednesday, 22 April 2020 - 4:59 am

    Selayang market cluster is a game changer for any plan. If the infection rate is significant, it could be very bad because it links to so many other markets all over Klang Valley and possibly elsewhere. It was always the biggest risk with no real plan from the start. It could be worst than tabligh event.

    Fact is Chow Kit Market and several other big markets should already undergo contact tracing, restricted movement even shutdown if possible.

You must be logged in to post a comment.