Why Parliament in Malaysia allowed to meet for one day only on May 18, when UK Parliament meets in active session although it has 124,743 Covid-19 confirmed cases and 16,509 deaths and still to reach its peak, while Malaysia has passed its peak with 5,425 cases and 89 deaths?


Sekiranya United Kingdom — di mana wabak Covid-19 masih belum mencapai kemuncaknya dengan sejumlah 124,743 kes dan 16,509 kematian — masih meneruskan persidangan Parlimen secara aktif, mengapa Parlimen di Malaysia, yang telah melepasi kemuncak gelombang kedua wabak Covid-19 sejumlah 5,425 kes dan 89 kematian, hanya dibenarkan untuk bersidang selama satu hari pada 18 Mei nanti?

Akhbar British, Daily Mail, telah melaporkan bahawa Dewan Rakyat UK telah menyediakan sistem pengundian elektronik susulan penularan wabak Covid-19 bagi membolehkan Ahli Parlimen di UK untuk julung-julung kalinya meluluskan rang undang-undang tanpa perlu berada di dalam Dewan di Westminster ketika negara tersebut bersiap sedia untuk membuka semula Parlimen secara maya hari ini.

Parlimen UK bercadang untuk menggunakan platform persidangan video, Zoom bagi membolehkan Ahli-ahli Parlimen bersoal balas dengan anggota pentadbiran daripada rumah.

Perkara ini akan membawa institusi berusia 700 tahun itu sejajar dengan badan perundangan lain termasuk parlimen Eropah, Scotland, dan Wales.

Mesyuarat Suruhanjaya Dewan Rakyat UK pada minggu lepas “meluluskan persiapan untuk memperkenalkan model operasi yang akan diguna pakai mulai Rabu (22 April) bagi membolehkan ahlinya untuk mengambil bahagian dalam persidangan baik secara maya mahupun fizikal di Dewan, yang mana akan memastikan layanan saksama antara kedua-dua bentuk penyertaan tersebut”.

Model operasi berkenaan, yang akan dipersembahkan kepada Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan, merangkumi sesi Pertanyaan Lisan, Pertanyaan Soalan Penting dan Kenyataan Lisan yang akan dijalankan dalam dua jam pertama persidangan.

Parlimen UK minggu lalu bersetuju untuk membenarkan Ahli Parlimen menyoal balas menteri secara maya.

Sesi persidangan secara maya itu boleh menampung sehingga 120 Ahli Parlimen.

Namun, 50 daripada 650 Ahli Parlimen UK masih lagi dibenarkan untuk hadir secara fizikal ke Dewan.

Menurut laman web Parlimen UK, tiga Jawatankuasa Pilihan Parlimen, iaitu Hal Ehwal Dalam Negeri, Perbendaharaan, dan Kehakiman akan mengadakan mesyuarat secara maya hari ini. Jawatankuasa Hal Ehwal Dalam Negeri akan memfokuskan kepada “kesiapsiagaan Kementerian Dalam Negeri untuk berdepan Covid-19” sementara Jawatankuasa Perbendaharaan pula akan mempertimbangkan “Impak Ekonomi Penularan Koronavirus”.

Sekiranya United Kingdom — di mana wabak Covid-19 masih belum mencapai kemuncaknya dengan sejumlah 124,743 kes positif dan 16,509 kematian — masih meneruskan persidangan Parlimen, mengapa Parlimen di Malaysia, yang telah melepasi kemuncak gelombang kedua wabak Covid-19 dengan 5,425 kes dan 89 kematian, hanya dibenarkan untuk bersidang selama satu hari pada 18 Mei nanti?

Ramai yang tertanya-tanya.

Adakah Parlimen Malaysia akan mengikut perkembangan semasa dan menyediakan sistem pengundian elektronik untuk Ahli Parlimen Malaysia, selain membuat persiapan untuk membolehkan mesyuarat Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diadakan secara maya?

Adakah Parlimen Malaysia akan menonjol di kalangan parlimen dunia dalam tindakannya memerangi wabak Covid-19 dan bukannya dilemahkan dan dipinggirkan peranannya sehingga diberi ruang hanya sehari untuk bersidang.

Hampir dua tahun yang lalu pada 9 Mei 2018, Malaysia menjadi contoh kepada dunia demokrasi menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan peralihan kuasa berlaku secara demokratik dan aman, terutamanya selepas satu dekad demokrasi berparlimen sebagai sistem pemerintahan dipandang enteng di seluruh dunia.

Adakah kita mahu dilihat dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai peranan Parlimen yang paling lemah dan terpinggir dalam usaha memerangi musuh yang tidak kelihatan ini?

(Komen Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pada hari Selasa, 21 April 2020)

=============================

The British newspaper, The Daily Mail, reported that the House of Commons has set up an electronic voting system as a result of the Covid-19 pandemic so that British Members of Parliament can pass laws without being in the Commons chamber for the first time ever as the United Kingdom prepares to re-open remotely later today.

Plans have already been unveiled to use Zoom web conferencing to allow MP to grill ministers while staying safely at home.

This would bring the 700-year-old institution into line with other legislatures including the European and Scottish parliaments, and the Welsh Assembly.

The House of Commons Commission meeting last week “endorsed preparations for the introduction of an operating model on Wednesday April 22 that would allow Members to participate in proceedings either virtually or physically in the Chamber, and which would ensure equality of treatment as far as practicable between those two forms of participation”.

The operating model, which will be presented to the House of Commons for approval, will apply initially only to Oral Questions, Urgent Questions and Oral Statements for a period of up to 2 hours at the start of business.

The UK Parliament’s decision-makers last week agreed to “historic” plans to allow MPs to grill ministers remotely.

The virtual House of Commons will have capacity for 120 MPs to take part in proceedings.

But 50 of the 650 UK MPs will still be allowed to physically attend and sit on the chamber’s famous green benches.

According to the UK Parliament website, three parliamentary Select Committees, namely Home Affairs, Treasury and Justice will be holding “virtual” meetings today. The Home Affairs Committee will focus on “Home Office preparedness for Covid-19” while the Treasury Committee will consider “Economic impact of Coronavirus”.

If the United Kingdom, whose Covid-19 outbreak has yet to reach its peak with a total of 124,743 confirmed cases and 16,509 deaths, its Parliament is in session to carry out the important task of government scrutiny, why is the Parliament in Malaysia, which has passed the peak in the present wave of the Covid-19 outbreak, with a total of 5,425 cases with 89 deaths, not permitted to meet at all except for one day on May 18

Many questions cry out for answer.

Will the Malaysian Parliament keep up with the times and set up an electronic voting system for Malaysian MPs as well as make preparations to enable virtual meetings of Parliament and of the various parliamentary Select Committees to take place?

Will the Malaysian Parliament stand out among world Parliaments in its concern about the Covid-19 pandemic, instead of being emasculated and marginalised which is what a one-day Parliament on May 18 would imply.

Almost two years ago on May 9, 2018, Malaysia was the example to the world of a thriving democracy in the 14th General Election democratically and peacefully bringing about a transition of power, especially when for a decade, parliamentary democracy as a system of government was in retreat all over the world.

Are we now to provide an example to the world of an emasculated and marginalised Parliament in the invisible war against the Covid-19 coronavirus?

(Media Comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Tuesday, April 21, 2020)

  1. #1 by Bigjoe on Wednesday, 22 April 2020 - 8:45 am

    I am more concern about what the govt has done to get ahead of potential problem at wet market – the Pudu Wet Market, the Chow Kit market, the Serdang Market, the Kepong Market etc…

You must be logged in to post a comment.