How can Muhyiddin win the trust and confidence of the people in the invisible war against the Covid-19 pandemic when he is even afraid to convene Parliament to debate the pandemic?


Bagaimana Muhyiddin merancang untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat dalam peperangan melawan Covid-19 sedangkan beliau sendiri pun tidak berani untuk memanggil sidang Parlimen bagi membahaskan isu berkenaan wabak ini?

Pada 7 April saya telah menjangkakan yang kita telah melepasi kemuncak gelombang kedua penularan wabak Covid-19 di Malaysia pada 3 April dengan 3,333 kes, berdasarkan kenyataan media saya pada 31 Mac yang mengatakan “terdapat petanda memberansangkan yang jangkaan suram JP Morgan bahawa Malaysia akan berhadapan 6,300 kes menjelang pertengahan April mungkin terbukti silap”.

Saya berbesar hati dengan ketepatan jangkaan ini.

Sehingga hari ini, di dalam minggu terakhir bulan April, kita belum lagi mencapai paras 6,300 kes. Kita kini mencatatkan 5,692 kes, dan kita mungkin tidak akan mencapai 6,300 kes menjelang pengakhiran fasa kedua PKP pada 28 April.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan yang Malaysia telah berjaya mendatarkan lengkungan jangkitan dan kini berada di dalam fasa pemulihan untuk menghapuskan saki baki jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, berdasarkan kajian model jangkaan, di mana data pada 3 April menunjukkan 217 kes baharu, pihak Kementerian tidak melihat sebarang kemuncak baharu.

Pihak Kementerian Kesihatan pada mulanya telah bersedia untuk kemuncak dengan 6,300 kes pada 14 April, tetapi kita tidak mencapai angka ini.

Jelaslah PKP berjaya dalam mendatarkan lengkungan jangkitan ini.

Malaysia kini berada di dalam fasa pemulihan dan bukan lagi berada di dalam fasa kemuncak dan semua rakyat Malaysia berkongsi harapan yang sama dengan Dr Hisham supaya momentum ini dapat diteruskan dan supaya kita semua dapat memastikan kes di Malaysia berjaya diturunkan dan dikawal.

Namun Dr Hisham juga memberikan amaran: “Tidak mustahil untuk ada peningkatan mendadak jika kita tidak berhati-hati. Oleh itu penting untuk kita teruskan apa yang kita lakukan dalam PKP 1, 2 dan kini 3.”

Situasi semasa mungkin akan menjadi lebih baik dengan permulaan fasa ketiga PKP yang bermula pada 29 April dan saya tidak rasa ianya terlalu optimistik untuk terus mengharapkan kadar kenaikan harian dua angka sekarang untuk ke satu angka, malah ia mungkin turun ke kadar sifar.

Malaysia telah menyertai Korea Selatan, Australia, dan New Zealand dan beberapa negara lain yang telah dengan jayanya mendatarkan lengkungan jangkitan sebelum adanya satu peningkatan mendadak kes Covid-19 yang menyebabkan kerosakan dan mengorbankan ramai nyawa seperti di Amerika Syarikat yang kini telah melepasi paras 90,000 kes dan sedang mara ke paras sejuta kes dengan lebih daripada 50,000 kematian (hampir satu perempat daripada jumlah kematian global), ataupun seperti di negara Eropah seperti Sepanyol, Itali, Perancis, United Kingdom, dan Jerman yang secara terkumpul merekodkan 1.2 juta kes dan lebih daripada 111,000 kematian.

Tetapi rakyat Malaysia perlu faham bahawa kita baru saja memenangi satu perjuangan dan kita belum memenangi peperangan melawan wabak ini. Pakar di United Kingdom menjangkakan sehingga sebanyak enam gelombang penularan Covid-19 sebelum satu vaksin yang berkesan dapat dicipta dengan meluas ataupun sebelum imuniti kelompok dapat dibangunkan dalam sesebuah komuniti.

Komuniti saintifik global secara amnya bersetuju yang vaksin untuk virus ini boleh dicipta dalam tempoh 12 bulan — namun terdapat juga saintis yang percaya ia akan mengambil masa sehingga dua tahun. Terdapat juga segolongan minoriti yang merasakan yang vaksin ini tidak akan berjaya dicipta.

Langkah kawalan pergerakan telah berjaya memperlahankan penularan wabak ini, tetapi kita perlu sentiasa berhati-hati dan bersedia untuk sebarang peningkatan semula penularan sehinggalah satu vaksin yang berkesan berjaya dicipta.

Sebagai sebuah negara yang bertuah, kita diberikan peluang untuk merangka satu pelan keluar yang bersesuaian, yang akan membolehkan kita membendung penularan wabak Covid-19 dan pada dalam masa yang sama melonjakkan semula ekonomi negara yang kini berada di bawah satu tekanan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Seperti yang saya pernah katakan dalam kenyataan media saya yang bertarikh 8 April 2020, pembahagian kawasan dalam negara oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara kepada empat zon berwarna — merah, jingga, kuning, dan hijau — boleh dijadikan sebagai asas kepada rancangan untuk melonggarkan PKP secara berperingkat dan mengikut kawasan.

Dengan negara kita dibahagikan kepada 148 daerah, dengan 14 di bawah zon merah, tujuh zon jingga, 62 zon kuning, dan 65 zon hijau — PKP boleh dilonggarkan mengikut zon-zon ini, bermula dengan kawasan zon hijau dan kuning yang merupakan lebih daripada tiga perempat daripada semua zon dalam negara.

Kita perlu mengambil pendekatan yang fleksibel, lincah, dan kreatif dalam memetakan dan melaksanakan strategi terbaik untuk era pasca-Covid-19 di dalam fasa ketiga PKP ini, namun pada masa yang sama, amat penting untuk pendekatan ini diasaskan dengan sifat tanggungjawab dan ketelusan kepada rakyat.

Tidak ada jumlah wang ataupun usaha yang boleh memulangkan semula 96 nyawa yang telahpun terkorban di Malaysia, ataupun 196,971 nyawa yang terkorban di sekitar dunia akibat Covid-19, tetapi kita perlu melakukan sebaik-baiknya untuk mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan melindungi nyawa mereka yang terjejas akibat wabak ini.

Kerajaan haruslah bertanggungjawab dan telus untuk mendapatkan sokongan penuh rakyat dalam mengambil langkah-langkah pasca-Covid-19 yang mungkin tidak popular.

Terdapat tanda-tanda kedatangan semula penyalahgunaan kuasa dan rasuah, yang telah ditolak oleh rakyat Malaysia dalam pilihan raya bersejarah 9 Mei 2018.

Satu contoh yang jelas sekali adalah diskriminasi dalam pengedaran bantuan makanan kepada kawasan parlimen yang diwakili oleh Ahli Parlimen pembangkang seperti yang diketengahkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Tan Kok Wai dan Hannah Yeoh.

Korea Selatan telah menjadi tanda aras terbaik dalam mendatarkan lengkungan jangkitan. Menteri Luar Negeri Korea Selatan, Kang Kyung-Wha telah mengatakan yang kejayaan Korea Selatan dibantu oleh “ketelusan sepenuhnya” dan oleh sebuah kerajaan yang terbuka dan mempunyai kepercayaan rakyat mereka.

Kang berkata:

Kunci kepada kejayaan kami adalah ketelusan mutlak kepada pihak awam — dengan mengongsikan setiap butiran mengenai bagaimana virus ini sedang berubah, bagaimana ia sedang merebak, dan apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengekangnya, baik dan buruk.”

Bagaimana kerajaan boleh mendapatkan kepercayaan dan keyakinan seperti ini jika ia tidak berani untuk memanggil sidang Parlimen bagi membahaskan hal ehwal berkaitan Covid-19?

Kerana inilah penyertaan Parlimen penting dalam memastikan satu rancangan keluar yang berjaya dapat dirangka — dan perlunya satu persidangan khas Parlimen dalam bulan April dengan pembentangan rancangan ini untuk diluluskan pada bulan Mei.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Sabtu 24 April 2020)

============================

On April 7, I hazarded the prognosis that the peak of the second wave of Covid-19 outbreak in Malaysia had been reached on April 3rd with 3,333 cases, building on my media statement of March 31 that “there are hopeful signs that JKP Morgan’s grim projection of Malaysia peaking at 6,300 Covid-19 cases by mid-April can be proven wrong”.

I am glad that these prognosis have been proven right.

Even up to now, in the last week of April, we have not reached 6,300 confirmed cases, as we now stand at a total of 5,692 cases, and we may not reach 6,300 cases at the end of the second phase of MCO on April 28.

Yesterday, the Health director-general Dr. Noor Hisham Abdullah reported that Malaysia has succeeded in flattening the infection curve and is now in the recovery phase to stamp out the Covid-19 pandemic.

He said based on the examination of the predictive model, where the data on April 3 was 217 new cases, the ministry did not see any further peak since then.

The ministry had initially braced for a peak on April 14 of 6,300 new cases but this figure was not seen.

The MCO has been successful in flattening the curve.

Malaysia is now on a recovery phase not at peak phase and Malaysians share with Noor Hisham the hope to continue the momentum and to make sure to control and reduce cases.

As Noor Hisham warned: “But it is not impossible if there is an exponential surge if we leave our guard down. So it is important to continue to do what we did in MCO 1, 2 and now 3.”

The situation may be significantly better in the third phase of MCO starting on April 29 and it is not being over-optimistic to look forward to the present double-digit daily increase of Covid-19 cases to fall to single-digit and even to days with zero increase.

Malaysia has joined South Korea, Australia and New Zealand and a handful of other countries which have successfully “flattened the curve” before there was an exponential spike in Covid-cases causing devastating and massive deaths like the United States, which has passed 900,000 cases and raging on to one-million figure with a death toll which had passed the 50,000 mark (more than a quarter of global Covid-19 deaths), or the European countries like Spain, Italy, France, United Kingdom and Germany with the continent totalling nearly 1.2 million cases and over 111,000 deaths.

But Malaysians must understand that we have won a battle but not the invisible war against Covid-19 as experts in the United Kingdom are envisaging as many as six waves of the Covid-19 outbreak before an effective vaccine is discovered and available widely or herd immunity to the Covid-19 disease is developed.

The global scientific community largely agree a vaccine for the virus could be found within a 12 months – but others say it could be up to two years. But there is a minority of experts who are of the view that there is no guarantee one will ever be found.

Lockdown measures have led to a sustained and consolidated slowdown in new coronavirus cases, but we must always be on the look-out and always be prepared for any resurgence of the disease until an effective vaccine is developed.

As one of the countries in this fortunate category, we are given the opportunity to find the best exit plan strategy and blueprint, so that we can contain the Covid-19 pandemic and revive the economy, which is suffering unprecedented stress and strain, both nationally and globally.

As I said in my media statement of 8th April 2020, the division of the country by the National Security Council and the Ministry of Health into four coloured zones for Covid-19 infections – red, orange, yellow and green – can be used as a basis for an exit plan strategy for controlled easing of restriction of movement, which is phased and localised.

With the country divided into 148 districts, namely 14 red zones, seven orange zones, 62 yellow zones and 65 yellow zones – the lifting of the restriction of movement should be in phases, starting with the green and yellow zones, which together comprise more than three quarters of the 148 districts in Malaysia.

We should adopt a flexible, nimble and creative approach to map out and implement the best exit plan strategy and blueprint in the post Covid-19 era in the third phase of MCO, but it is essential that such an approach must be based on full public transparency and accountability.

No amount of money or effort can bring back the 96 lives in Malaysia or the 196,971 lives in the world that Covid-19 has already claimed, but we must do our utmost to prevent more fatalities and protect the livelihoods of those suffering from the economic consequences of the pandemic.

The government must give top priority to full transparency and accountability which are critical factors for securing full national support for unpopular post-Covid-19 measures. Accountability and transparency must not take a back seat.

There are signs that abuse of power and corruption, which Malaysians have taken a stand rejecting them in the milestone 14th General Election on May 9, 2018, is making a comeback.

One example is the discrimination in the distribution of food aid parcels to Opposition-held constituencies as highlighted by Pakatan Harapan MPs, Tan Kok Wai and Hannah Yeoh.

South Korea has set the gold standard of flattening the curve. The South Korean Foreign Minister, Kang Kyung-wha has attributed South Korea’s success to “absolute transparency” and a government which is open and could secure the trust of the people.

Kang said:

“The key to our success has been absolute transparency with the public – sharing every detail of how this virus is evolving, how it is spreading and what the government is doing about it, warts and all.”

How can the government be assured of such trust and confidence when it even afraid to convene Parliament to discuss the Covid-19 Pandemic?

This is why Parliamentary participation is critical to a successful exit plan strategy and blueprint – and the need for a special parliamentary meeting in April and the presentation of the Covid-19 exit plan strategy and blueprint for approval by Parliament in May.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Saturday, 24th April 2020)

  1. #1 by Bigjoe on Saturday, 25 April 2020 - 9:11 pm

    That is just it, Muhiyiddin-Azmin does not have a plan. Both UMNO and PAS only need to bid their time and they will be in driver seat. The issue really is what is Sarawak plan with guarantee of theocracy looming. Still talk about about their rights?? Islamic theocracy tolerate no rights that limit their hegemony..

You must be logged in to post a comment.