Archive for May 20th, 2020
If not for the Sheraton Move and the ensuing political turmoil, Malaysia would not have suffered the second wave of Covid-19 outbreak and would be spared the MCO and CMCO with their devastating effect on lives and livelihood in Malaysia
Jika tidak kerana Langkah Sheraton dan krisis politik yang berlaku akibatnya, Malaysia mungkin tidak akan berhadapan dengan gelombang kedua Covid-19 dan tidak perlu melalui PKP dan PKPB dan kesan buruknya terhadap nyawa dan kehidupan
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata semalam, hampir separuh daripada kes Covid-19 di dalam negara kita boleh dijejaki semula kepada kluster perhimpunan keagamaan di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang berlangsung di antara 28 Februari sehingga 1 Mac dengan melibatkan peserta dari seluruh dunia.
Jika tidak kerana Langkah Sheraton dan krisis politik yang berlaku akibatnya seperti yang dikatakan oleh baginda Yang di Pertuan Agong di dalam Titah Ucapan Baginda sempena pembukaan Parlimen pada persidangan sehari Isnin lalu, negara kita mungkin tidak akan berhadapan dengan gelombang kedua Covid-19 dan jumlah kes positif dalam negara mungkin hanya akan mencapai sekadar 3,000 kes ataupun lebih rendah lagi, bukannya hampir mencecah 7,000 kes seperti yang kita lihat hari ini. Read the rest of this entry »