Archive for May 19th, 2020

Where is the “all-of-government” and “whole-of-society” exit plan strategy and blueprint in the invisible war against Covid-19?

Mana rancangan keluar yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” daripada peperangan melawan wabak Covid-19?

Banyak perkara dapat dikatakan mengenai persidangan Parlimen sehari semalam, daripada Titah Diraja terpendek hinggalah kepada bagaimana Malaysia telah melakarkan sejarah dunia dengan persidangan selama sehari sahaja di mana Ahli Parlimen memakai topeng muka bukan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga melawan Covid-19 tetapi juga sebagai petanda tanggungjawab mereka untuk meneliti dan menyemak imbang kerajaan yang telah digantung bertentangan dengan perlembagaan negara.

Tetapi, satu benda dapat dilihat dengan ketara — Kerajaan Perikatan Nasional masih tidak menunjukkan kebolehan mereka mentadbir.

Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong telah menyatakan kegusaran baginda mengenai polarisasi perkauman, dan ramai pengamal politik kebencian, perkauman, dan keagamaan ini sedang menduduki jawatan tertinggi negara. Read the rest of this entry »

1 Comment