Archive for May 9th, 2020

Is Parliament putting the clock back on parliamentary reforms by dissolving the present 10 Parliamentary Select Committees and replacing them with one master Parliamentary Select Committee?

Adakah Parlimen akan kembali ke masa lampau dengan membubarkan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas sedia ada dan menggantikannya dengan satu sahaja Jawatankuasa Pilihan Khas?

Menteri Hal Ehwal Parlimen, Takiyuddin Hassan harus menjelaskan sama ada kerajaan Perikatan Nasional bercadang untuk menghumban Parlimen kembali ke masa lampau dengan membubarkan sepuluh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan menggantikannya dengan satu Jawatankuasa Pilihan Khas yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua perkara.

Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Takiyuddin berkata di dalam satu sidang akhbar yang hanya urusan kerajaan sahaja akan diutamakan dalam persidangan Parlimen sehari pada 18 Mei ini dan urusan kerajaan ini termasuklah pelantikan satu jawatankuasa pilihan khas untuk menggantikan jawatankuasa-jawatankuasa sedia ada. Read the rest of this entry »

4 Comments