Archive for May 28th, 2020

Global increase of Covid-19 confirmed cases exceed 100,000 cases yesterday and likely to reach 6 million cases by May 30

Kadar peningkatan harian kes Covid-19 di peringkat dunia semalam telah melepasi paras 100,000 kes sehari dan seluruh dunia dijangkakan mencecah 6 juta kes menjelang 30 Mei

Peningkatan harian kes Covid-19 yang disahkan semalam telah melepasi paras 100,000 kes sehari. Kini sejumlah 5,784,603 kes telah dicatatkan di seluruh dunia, peningkatan sebanyak 106,575 kes berbanding dengan hari sebelumnya.

Sementara negara kita menghelakan nafas lega dengan penurunan semula peningkatan harian ke dalam julat dua angka selepas mencatatkan peningkatan tiga angka untuk dua hari berturut-turut, wabak ini terus merebak ke seluruh dunia dengan peningkatan korban yang kian meningkat — dengan 213 negara dan jajahan yang telah terkesan, dan 187 negara yang telah melaporkan kematian.

Wabak ini mengambil masa selama 13 minggu untuk mencapai sejuta pertamanya; 12 hari untuk mencapai sejuta kedua, ketiga, dan keempat; dan kemungkinan besar hanya 10 hari untuk mencapai sejuta kelimanya dengan kadar kenaikan sedia ada. Kita mungkin bakal melihat kes keenam juta menjelang 30 Mei. Read the rest of this entry »

2 Comments