Archive for May 11th, 2020

Why has Tok Mat descended to the level of paid UMNO cybertroopers?

Mengapakah Tok Mat kini seakan-akan seorang askar siber UMNO?

Saya terkejut dengan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini kelihatan seakan-akan seorang askar siber UMNO, menanyakan mengapa saya masih belum bersara dari politik.

Saya telah katakan tahun lepas, semasa PRK Sandakan, yang saya bersedia untuk bertaruh dengan Tok Mat bahawa Tun Dr Mahathir akan mengotakan janji beliau untuk memberikan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak membubarkan Parlimen sebelum berbuat demikian. Tetapi Tok Mat tidak berani menerima cabaran tersebut walaupun saya telah berikan dua hari untuk beliau menerimanya.

Tidak ada sesiapapun yang terkejut jika seorang askar siber perlu bekerja lebih masa untuk memanipulasikan isu semasa. Tetapi untuk Tok Mat berbuat demikian, sedangkan beliau sendiri pun bertanggungjawab dalam menjayakan Langkah Sheraton — yang telah membuatkan taruhan ini tidak bermakna lagi — yang bukan sahaja telah menamatkan pentadbiran Tun Dr Mahathir dan Pakatan Harapan, malah juga menjadi punca gelombang kedua wabak Covid-19 berlaku dalam negara kita yang telah mencatatkan 6,656 kes dan 108 kematian. Read the rest of this entry »

2 Comments