Archive for May 4th, 2020

Call on Malaysians to sign the online petition for at least a two-week Parliament to focus on Covid-19 pandemic and not a one-day Parliament on May 18 where MPs could not speak at all

Seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen atas talian menggesa sekurang-kurangnya persidangan Parlimen selama dua minggu yang bertumpukan kepada isu-isu berkaitan wabak Covid-19

Saya seru semua rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen atas talian yang menggesa Parlimen untuk bersidang sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu untuk membahaskan isu-isu berkaitan dengan pengendalian wabak Covid-19, dan bukan persidangan sehari di mana ahli-ahli parlimen tidak diberi ruang untuk berbahas langsung.

Petisyen atas talian tersebut yang dilancarkan oleh Aliran bulan lepas tersebut — yang menyeru sekurang-kurangnya dua minggu persidangan Parlimen bermula 18 Mei — menyatakan:

“Persidangan sehari Parlimen ini kelihatan dilakukan semata-mata untuk memenuhi keperluan Perlembagaan supaya Parlimen bersidang sekurang-kurangnya setiap enam bulan. Kali terakhir Parlimen bersidang adalah dalam bulan Disember 2019. Read the rest of this entry »

No Comments

Muhyiddin asked about Malaysia’s strengths and weaknesses in the invisible war against Covid-19 and whether the government will present its exit plan to Parliament for approval

Muhyiddin ditanyakan beberapa soalan mengenai kekuatan dan kelemahan negara dalam perjuangan melawan wabak Covid-19 dan adakah kerajaan bersedia membentangkan rancangan keluar dari PKP ke Parlimen untuk diluluskan?

Saya telah menghantar beberapa soalan untuk persidangan Parlimen pada 18 Mei yang meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyatakan “kekuatan dan kelemahan negara dalam perjuangan melawan wabak Covid-19 ini dan menyatakan sama ada kerajaan bersedia membentangkan rancangan keluar dari PKP ke Parlimen untuk diluluskan”.

Soalan di atas adalah satu daripada enam soalan yang telah saya hantar ke Parlimen — kesemuanya berkaitan dengan isu Covid-19. Soalan-soalan lain yang dihantar adalah seperti berikut: Read the rest of this entry »

1 Comment