Archive for May 15th, 2020

Immediate, humiliating and drastic demotion of Dewan Rakyat Secretary, Riduan Rahmat, even without the decency of 24 hours’ notice, raises disturbing question about the PN government’s commitment to parliamentary democracy

Penurunan pangkat secara pantas, memalukan, dan drastik bekas Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat, tanpa memberikan notis 24 jam sekalipun, telah menimbulkan persoalan kepada komitmen Kerajaan PN terhadap demokrasi berparlimen dan prinsip utama Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan doktrin pemisahan kuasa

Penurunan pangkat secara serta-merta, yang memalukan dan drastik terhadap bekas Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat, di mana beliau tidak diberikan notis 24 jam sekalipun, telah menimbulkan persoalan sama ada Kerajaan Perikatan Nasional komited terhadap prinsip utama Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan doktrin pemisahan kuasa di antara cabang eksekutif, Parlimen, dan kehakiman negara.

Adakah ini satu cubaan bongkak oleh Kabinet untuk menunjukkan ketidak-puasan hatinya terhadap usul tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir yang telah diterima oleh pihak Parlimen? Perkara ini yang juga telah menyebabkan pihak Kerajaan memendekkan lagi persidangan Parlimen dengan mengehadkan aturan urusan mesyuarat kepada istiadat pembukaan dengan penyampaian Titah Diraja sahaja. Read the rest of this entry »

3 Comments