Archive for May 29th, 2020
“Removal” of Mahathir, Mukhriz, Maszlee, Syed Saddiq and Amiruddin as members of Bersatu the most blatant display of “politicking” by Muhyiddin during the Covid-19 outbreak, giving the lie to his claim that since becoming Prime Minister, he had not thought about politics as the people are sick of it
Posted by Kit in Parliament on Friday, 29 May 2020
“Pemecatan” Mahathir, Mukhriz, Maszlee, Syad Saddiq, dan Amiruddin sebagai ahli Bersatu adalah bukti terjelas permainan politik Muhyiddin ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19, membongkarkan penipuan yang kononnya beliau tidak bermain politik kerana rakyat telah muak
Cubaan “membuang” Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Maszlee Malik, Syed Saddiq, dan Amiruddin Hamzah daripada Parti Bersatu adalah bukti paling jelas permainan politik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengatakan pada bulan lepas yang beliau tidak pernah terfikir untuk berpolitik sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac kerana “rakyat sudah muak” dengan politik.
Malah, kejadian ini menimbulkan persoalan mengenai mengapa Parlimen Malaysia masih disekat, dengan ahli-ahli parlimen dihalang daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka untuk menyemak imbang dan meneliti tindakan kerajaan sepanjang wabak Covid-19, sedangkan di negara lain yang kini berhadapan dengan beratus ribu kes Covid-19 Parlimen mereka masih lagi berfungsi.
Parlimen Singapura misalnya, bersidang seperti biasa, sebelum dan selepas persidangan sehari Parlimen Malaysia pada 18 Mei, sedangkan di Malaysia, sebarang hal-ehwal Parlimen dihalang pada hari tersebut. Read the rest of this entry »