Archive for May 14th, 2020

It is not Covid-19 pandemic but Muhyiddin’s panic at Mahathir’s motion of no confidence that is responsible for the unparliamentary truncation of Parliamentary proceedings on May 18

Bukanlah Covid-19 yang menjadi punca pemendekkan sidang Parlimen, punca sebenarnya adalah ketakutan Muhyiddin terhadap usul undi tidak percaya yang dicadangkan oleh Mahathir

Perkara yang bertanggungjawab memendekkan sidang Parlimen pada 18 Mei ini bukanlah Covid-19, tetapi yang ditakuti oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah usul tidak percaya kepada beliau yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir menyatakan yang beliau mencadangkan usul tersebut untuk memastikan sama ada Muhyiddin benar-benar mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat seperti yang dikatakan beliau semasa beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020. Tetapi, jelas dapat dilihat daripada tindak-tanduk kerisauan Muhyiddin yang beliau kini masih tidak mempunyai majoriti yang dikatakan.

Pemendekkan sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei kepada hanya mengadakan istiadat pembukaan Parlimen dengan penyampaian Titah Diraja sahaja ini bertentangan dengan peraturan mesyuarat. Read the rest of this entry »

3 Comments