Archive for May 2nd, 2020
Government should adopt an “all-of-government” and “whole-of-society” approach in the invisible war against Covid-19 pandemic with Parliament and administration of justice regarded as “essential services”
Posted by Kit in COVID-19, Parliament on Saturday, 2 May 2020
Kerajaan harus mengguna pakai pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perjuangan melawan wabak Covid-19 dengan Parlimen dan penyampaian keadilan dikira sebagai “perkhidmatan penting negara”
Satu soalan yang berlegar di fikiran ramai orang semalam selepas pengumuman daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan pelonggaran kawalan pergerakan bermula Isnin ini adalah kerajaan masih lagi belum mengambil pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk memastikan kejayaan melawan wabak Covid-19 ini.
Kerana inilah Parlimen dan penyampaian keadilan perlu diumumkan sebagai “perkhidmatan penting negara” sebelum hari Isnin dan kerajaan harus memanggil sidang penuh Parlimen dan bukannya persidangan sehari yang tidak masuk akal pada 18 Mei.
Pada persidangan sehari 18 Mei ini, urusan mesyuarat Parlimen hanyalah merangkumi penyampaian Titah Diraja oleh Yang di Pertuan Agong dan bacaan pertama rang undang-undang kerajaan.
Read the rest of this entry »