Memang tidak dapat disangkal lagi, ketiadaan kabinet di Malaysia selama 15 hari di antara 24 Februari sehingga 9 Mac 2020 kerana Langkah Sheraton dan pergolakan politik yang menyusulinya menjadi punca kepada gelombang kedua penularan Covid-19 yang telah mengakibatkan pelaksanaan PKP dan PKPB dalam negara kita


Memang tidak dapat disangkal lagi, ketiadaan kabinet di Malaysia selama 15 hari di antara 24 Februari sehingga 9 Mac 2020 kerana Langkah Sheraton dan pergolakan politik yang menyusulinya menjadi punca kepada gelombang kedua penularan Covid-19 yang telah mengakibatkan pelaksanaan PKP dan PKPB dalam negara kita.

Saya terkejut masih terdapat mereka yang kurang bijak yang masih mahu mempertikaikan perkara ini, tetapi saya percaya yang rakyat Malaysia tahu perkara sebenarnya.

Kesan ketiadaan Kabinet selama 15 hari ini dapat dilihat dalam graf epidemiologi Covid-19 di Malaysia, di mana dalam gelombang penularan pertama di antara 25 Januari sehingga 26 Februari, jumlah terkumpul kes Covid-19 hanyalah berjumlah 22 kes dengan sifar kematian, yang disusuli dengan tempoh sebelas hari tanpa sebarang kes baharu dia antara Februari 16 ke 26.

Gelombang kedua penularan wabak ini bermula pada 27 Februari, bermula dengan peningkatan dua kes pada hari tersebut, sehinggalah pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac yang melihatkan sejumlah 790 kes dicatatkan, dengan 227 kes hanya dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

Mengikut satu model yang digunakan oleh JP Morgan, lengkungan epidemiologi negara kita dijangkakan akan memuncak pada pertengahan bulan April dengan 6,300 kes. Namun begitu, dengan pelaksanaan PKP, gelombang ini telah memuncak pada 3 April dan kini berada di dalam satu trajektori menurun. Semalam, negara kita mencatatkan peningkatan harian sebanyak 50 kes Covid-19, membawa jumlah keseluruhan kes dalam negara kepada 7,059 kes.

Selepas kemuncak pada 3 April, yang melihat peningkatan harian sebanyak 217 kes dalam tempoh 24 jam sebelumnya, jumlah peningkatan kes harian telah berada di bawah paras 200 kes dan dalam tempoh 16 hari yang lalu, jumlah peningkatan kes harian dalam negara kita berada di dalam julat dua angka. Saya berharap jumlah peningkatan ini akan terus berkurangan sehinggalah tiada lagi sebarang kes baharu dan kematian baharu.

Negara kita sepatutnya dapat mengelakkan gelombang kedua ini semasa penularan berjaya dikawal setakat 22 kes positif dengan sifar kematian, dengan 10 sehari yang menyusuli tempoh ini tanpa sebarang kes baharu.

Tetapi kerana berlakunya Langkah Sheraton yang membawa bersamanya pergolakan politik yang menyebabkan negara kita tidak mempunyai kabinet selama 15 hari, terjadilah gelombang kedua penularan wabak ini, yang setakat hari ini telah mencatatkan 7,059 kes dan mengorbankan 114 nyawa.

Saya telah menonton video yang dibuat oleh doktor gigi daripada Amerika Dr Dustin Pfundheller yang memuji tindakan kerajaan dalam mengendalikan penularan wabak ini dan saya bersetuju dengan beliau kerana usaha keras para petugas barisan hadapan di Malaysia dan kerjasama rakyat Malaysia, kita berjaya melakukan yang terbaik dalam mengawal penularan gelombang kedua ini sejak pelaksanaan PKP dan PKPB.

Seperti yang Dustin Pfundheller nyatakan, pada bulan Mac, negara kita mempunyai tiga kali lebih banyak kes daripada mana-mana negara di Asia Tenggara, tetapi kini Malaysia adalah negara yang agak selamat.

Malah, Malaysia berada dalam kedudukan ke-18 dari segi jumlah kes tertinggi pada 18 Mac, tetapi kini berada di kedudukan ke-57 di dalam dunia. Kita juga boleh dilihat sebagai berjaya jika dibandingkan dengan lima negara teratas, seperti yang boleh dilihat dalam carta dibawah:

Jumlah kes Covid-19

18 Mac 20 Mei Peningkatan (kali ganda)
USA 9,269 1,618,822 175
Rusia 147 317,554 2,160
Brazil 529 310,087 586
Sepanyol 14,769 280,117 18.9
UK 2,626 250,908 95.5
Malaysia 790 7,059 8.9

Di dalam satu video berasingan yang dibuat pada 25 April, Dustin Pfundheller memberikan fokus kepada “15 negara dalam melawan Covid-19” yang mengecualikan Malaysia sama sekali, malah Malaysia tidak termasuk ke dalam “Senarai Kepujian” dalam kalangan 10 negara yang disebut dalam pengakhiran video itu sekalipun.

Perkara ini telah menyebabkan beliau untuk mengeluarkan satu video baharu pada 9 Mei mengenai “Kisah Kejayaan Koronavirus Malaysia – Covid-19” untuk mengiktiraf kejayaan Malaysia sebagai “salah satu negara paling selamat Asia Tenggara” selepas mempunyai tiga kali lebih kes daripada mana-mana negara lain di kawasan tersebut.

Wabak Covid-19 ini adalah satu fenomena global, dan saya sentiasa menyeru supaya Malaysia belajar daripada kejayaan dan kegagalan negara-negara lain supaya kita boleh membangunkan amalan terbaik kita sendiri dan tidak melakukan amalan terburuk ketika negara dilanda bencana.

Tetapi jika fakta yang tidak disangkal lagi, seperti hakikat ketiadaan Kabinet selama 15 hari yang disebabkan oleh Langkah Sheraton telah menyebabkan berlakunya gelombang kedua penularan Covid-19 di negara kita pun mahu dipertikaikan, bagaimanakah untuk rakyat Malaysia mara kehadapan dalam tempoh dua ke lima tahun yang akan datang, untuk belajar hidup bersama virus ini sehinggalah vaksin yang berkesan dicipta dan tersedia meluas?

Sekarang kita perlu bergerak kehadapan ke dalam fasa baharu peperangan melawan Covid-19 — untuk mengekang penularan wabak ini dan memastikan tidak berlakunya sebarang kenaikan semula jumlah kes dalam negara, dan pada masa yang sama melonjakkan semula ekonomi negara untuk memastikan tidak ada sesiapa pun yang tertinggal kebelakang dalam era pasca-Covid-19.

Untuk melakukan perkara ini, kerajaan harus mempunyai satu rancangan keluar untuk negara kita yang mempunyai pendekatan melibatkan “keseluruhan masyarakat” yang memberikan rakyat Malaysia keyakinan, memastikan terdapatnya ketelusan, dan di mana Parlimen dapat memainkan peranannya dalam meneliti dan menyemak imbang tindakan kerajaan untuk mengelakkan berlakunya penyalah-gunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, pengembalian kleptokrasi, dan pencabulan hak asasi manusia.

Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Jumaat 22 Mei 2020

  1. #1 by Bigjoe on Friday, 22 May 2020 - 9:55 pm

    I believe for most Malaysian, even if it can be 100: proven that Sheraton Move is responsible for covid 19, the attitude is so what? Like it or not, the Sheraton Move was going to happen sooner or later. Most Malaysian really only want to know, now what? Rely on Muhiyiddin-Azmin ambitions and near certainty UMNO-PAS leaders want to replace them?

    Like it or not, Bersatu-UMNO-PAS may fight but not at the expense of falling out of power.

    PH need a better plan

  2. #2 by Bigjoe on Saturday, 23 May 2020 - 8:08 am

    Now Teganita has made an extremely good point, if Muhiyiddin-Azmin does not take responsibility for the second wave of covid 19, how do they explain overlooking Bukit Jalil detention center that is prolonging the MCO and possibly a third wave??

    Your aide makes a very good point of a July Covid 19 bill is taking suffering Malaysian for granted.

    Its clear we have our own Trumpism in this country of Bersatu-PAS-UMNO-GPS..

  3. #3 by Bigjoe on Saturday, 23 May 2020 - 10:18 am

    Like it or not, the Najib–Rosmah disease that Mahathir oppose, Muhiyiddin-Azmin-Zahid Hamidi-Hadi Awang and even the next generation down to Wan Saiful, Azmin’s aide, Zuraida etc, ALL have the Najib-Rosmah disease..

You must be logged in to post a comment.