Call on Malaysians to sign the online petition for at least a two-week Parliament to focus on Covid-19 pandemic and not a one-day Parliament on May 18 where MPs could not speak at all


Seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen atas talian menggesa sekurang-kurangnya persidangan Parlimen selama dua minggu yang bertumpukan kepada isu-isu berkaitan wabak Covid-19

Saya seru semua rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen atas talian yang menggesa Parlimen untuk bersidang sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu untuk membahaskan isu-isu berkaitan dengan pengendalian wabak Covid-19, dan bukan persidangan sehari di mana ahli-ahli parlimen tidak diberi ruang untuk berbahas langsung.

Petisyen atas talian tersebut yang dilancarkan oleh Aliran bulan lepas tersebut — yang menyeru sekurang-kurangnya dua minggu persidangan Parlimen bermula 18 Mei — menyatakan:

“Persidangan sehari Parlimen ini kelihatan dilakukan semata-mata untuk memenuhi keperluan Perlembagaan supaya Parlimen bersidang sekurang-kurangnya setiap enam bulan. Kali terakhir Parlimen bersidang adalah dalam bulan Disember 2019.

“Perbuatan melewatkan persidangan sebenar Parlimen ke bulan Julai — lebih daripada lapan bulan sejak persidangan yang terakhir — ini menghina keperluan Perlembagaan ini, yang bertujuan untuk memastikan cabang eksekutif tidak memonopoli kuasa tanpa sebarang semak imbang Parlimen untuk satu tempoh yang terlalu lama.

“Kami seru supaya persidangan Parlimen diadakan sekurang-kurangnya dua minggu, bermula 18 Mei (tanpa mengira minggu cuti sambutan Hari Raya) — mungkin dengan melalui sistem persidangan video atau pun dengan penjarakan sosial yang bersesuaian — supaya semua isu-isu penting boleh dibentangkan dan dibahaskan secepat mungkin!”

Petisyen ini harus disokong oleh semua rakyat Malaysia yang mahu melihat demokrasi berparlimen kekal subur di Malaysia dan tidak menjadi satu sistem yang dihilangkan daripadanya segala semangat dan erti demokrasi berparlimen dengan, di mana prinsip-prinsip utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti pemisahan kuasa di antara cabang-cabang utama kerajaan dan kedaulatan undang-undang dicabuli begitu sahaja.

Petisyen atas talian ini boleh diakses melalui pautan berikut:

https://www.change.org/p/prime-minister-yab-muhyiddin-yassin-get-parliament-to-sit-for-2-weeks-from-18-may-not-just-1-day

Kerajaan telah bertindak dengan satu cara yang tidak masuk akal apabila mereka memutuskan untuk mengadakan persidangan Parlimen selama sehari pada 18 Mei. Kerajaan juga tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengadakan persidangan secara maya untuk Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas, terutamanya untuk isu-isu kesihatan. Sedangkan rakyat Malaysia telah diberitahu oleh kerajaan untuk bersedia hidup bersama Covid-19 ini mungkin sehingga dua tahun lamanya — sebelum satu vaksin yang berkesan berjaya dicipta dan tersedia secara meluas.

Marilah kita semua tandatangani petisyen ini.

(Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Isnin 4 Mei 2020)

=====================================

I call on all Malaysians to sign the online petition for at least a two-week Parliament to focus on the Covid-19 pandemic and not a one-day Parliament on May 18 where Members of Parliament could not speak at all.

The online petition, launched by Aliran last month, called for at least a two-week parliamentary meeting from 18th May said:

“This farcical one-day parliamentary sitting appears to be just to fulfil the constitutional requirement that Parliament should convene no later than six months from the last parliamentary sitting. Parliament last met in December 2019.

“To defer the actual proceedings to July – more than eight months from the last proper sitting – makes a mockery of this constitutional requirement, which was aimed at ensuring that the executive does not hold a monopoly of power without any parliamentary oversight for too long.

“We call for at least a two-week parliamentary sitting from 18 May (excluding the Raya break) – perhaps through teleconferencing or with proper social distancing – to be held as soon as possible so that critical issues can be tabled and debated immediately!”

The petition deserves the support of all Malaysians who want to see parliamentary democracy flourish in Malaysia and not a system which is emptied of all meaning of parliamentary democracy and violating the important principles enshrined in the Malaysian Constitution on the separation of powers and the rule of law.

The online petition is available at the site:

https://www.change.org/p/prime-minister-yab-muhyiddin-yassin-get-parliament-to-sit-for-2-weeks-from-18-may-not-just-1-day

The Malaysian government is obdurate in its decision to hold a one-day Parliament on May 18. The government has also no plan to prepare for a virtual Parliament and Parliamentary Select Committees, especially on Health and Social Care although Malaysians have been urged by the government to prepare for the Covid-19 pandemic to last for as long as the next two years – until an effective vaccind is developed and widely available.

Let us sign the online petition to make a difference.

(Media Comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Monday, 4th May 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.