Archive for March 25th, 2020
Announcement of a more people-centric comprehensive economic stimulus package on Friday and not until next Monday welcome
Pengumuman pakej rangsangan ekonomi komprehensif yang lebih prihatin rakyat pada Jumaat ini tanpa menunggu sehingga hari Isnin depan dialu-alukan
Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam siaran langsung beliau tengahari tadi bahawa satu pakej rangsangan ekonomi komprehensif yang prihatin rakyat akan diumumkan pada hari Jumaat ini dan kita semua tidak perlu untuk menunggu sehingga Isnin depan.
Muhyiddin mengatakan “tidak ada yang akan ditinggalkan” sama ada “pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, goreng pisang, mahupun burger, ataupun pekerja harian”, dan kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan semua mendapat bantuan.
Hari Jumaat ini akan menjadi satu ujian untuk Muhyiddin.
Saya telah cadangkan pagi tadi untuk Muhyiddin mengguna pakai motto baharu “Bertindak pantas dan melakukan apa sahaja” dalam merumus satu pakej rangsangan ekonomi baharu yang menyeluruh untuk melawan bencana Covid-19. Read the rest of this entry »
Muhyiddin should implement a new motto of “Act fast and do whatever it takes” and make public the comprehensive economic stimulus package on Friday and not next Monday to show the government’s seriousness, competence and urgency in dealing with the economic catastrophe of Covid-19 pandemic
Muhyiddin harus mengguna pakai motto baharu “Bertindak pantas dan lakukan apa sahaja” dan mengumumkan satu pakej rangsangan ekonomi yang komprehensif pada hari Jumaat ini, bukan Isnin depan bagi menunjukkan keseriusan dan kebolehan kerajaan dalam menangani bencana ekonomi yang disebabkan oleh wabak Covid-19
Perdana Menteri perlu mengguna pakai motto baru “Bertindak pantas dan melakukan apa sahaja” dan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang komprehensif pada hari Jumaat ini dan bukan pada hari Isnin depan seperti yang diumumkan melalui sidang media secara langsung pada hari Isnin yang lepas untuk menunjukkan keseriusan dan kebolehan kerajaan dalam menangani bencana ekonomi yang disebabkan oleh wabak Covid-19.
Muhyiddin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac; Kabinet besar beliau dibentuk pada 9 Mac dan bermesyuarat buat pertama kalinya pada 11 Mac. Beliau telah membuat siaran langsung pada 16 Mac untuk mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac.
Sudah tentu sebulan, bahkan tiga minggu atau sekurang-kurangnya sembilan hari adalah satu tempoh yang cukup lama untuk kerajaan merancang satu pakej rangsangan ekonomi yang komprehensif bagi menangani bencana ekonomi yang disebabkan oleh wabak Covid-19 yang menimbulkan krisis eksistensial dalam sejarah negara ini?
Kita sedang menghadapi kelumpuhan sistem ekonomi pada satu skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan saya menyeru Muhyiddin untuk mengumumkan satu pakej rangsangan ekonomi yang komprehensif pada hari Jumaat dan bukannya pada Isnin depan untuk menunjukkan keseriusan, kecekapan dan kesungguhan kerajaan dalam menangani bencana ekonomi yang disebabkan oleh wabak Covid-19 ini! Read the rest of this entry »