Archive for March 29th, 2020

Muhyiddin should meet SME representatives and a cross-section of Malaysians on the RM250 billion economic stimulus he announced last Friday

Muhyiddin perlu bertemu dengan wakil PKS dan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk mendapatkan maklum balas mengenai pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion yang diumumkan Jumaat lepas

Peperangan global menentang wabak Covid-19 terus menerus merekodkan peningkatan mangsa dalam tempoh 24 jam yang lepas, menunjukkan hakikat bahawa peperangan ini adalah satu perjuangan yang kompleks dan akan memakan masa yang panjang.

Ini kerana krisis Covid-19 ini bukan hanya satu krisis kesihatan sahaja, tetapi ia juga membawa bersamanya bencana terhadap ekonomi dan pembangunan negara.

Antara peristiwa suram yang direkodkan dalam 24 jam yang lepas adalah:

Jumlah kematian keseluruhan akibat wabak Covid-19 telah melepasi paras 30,000 nyawa — dengan dua pertiga daripada keseluruhannya datang daripada Eropah — sejak wabak itu mula tersebar di China pada Disember tahun lepas. Read the rest of this entry »

3 Comments

Health Ministry Director-General Dr. Noor Hisham Abdullah commended for preparing for the worst in the third wave of Covid-19 pandemic in Malaysia where cases could surge to 1,000 per day

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham dipuji kerana telah bersedia untuk menghadapi situasi terburuk gelombang ketiga Covid-19 yang mungkin mencecah sehingga 1,000 kes baharu sehari

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah perlu dipuji kerana telah menyiapkan persediaan awal untuk menghadapi situasi terburuk yang mungkin akan datang dengan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia yang mungkin akan melihat sehingga 1,000 kes baharu sehari.

Beliau berkata, berdasarkan kemungkinan peningkatan kes baru Covid-19, adalah lebih baik bagi Kementerian Kesihatan untuk melakukan lebih banyak penyediaan daripada kurang bersedia, kerana kekurangan persediaan adalah sama seperti tidak bersedia.

Jika Kerajaan “bersedia untuk yang paling teruk” sepanjang wabak Covid-19 di Malaysia ini, kita mungkin telah berjaya mengelakkan mimpi ngeri gelombang penularan kedua wabak ini dan dapat mengelak daripada menjadi salah satu daripada negara di Asia dengan kes-kes dan kematian tertinggi Covid-19. Read the rest of this entry »

No Comments