Archive for March 19th, 2020

Muhyiddin should make daily live telecast – or even twice a day – of latest development of the Covid 19 crisis until March 31

Muhyiddin perlu membuat pengumuman langsung setiap hari untuk menyampaikan perkembangan terkini berkenaan wabak Covid-19 kepada semua rakyat Malaysia

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meneruskan siaran langsung pengumuman beliau setiap hari sehingga 31 Mac, — atau pun lebih baik lagi, dua kali sehari — bagi memastikan rakyat Malaysia dapat mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak Covid-19.

Siaran langsung kedua Muhyiddin yang berlangsung semalam sepatutnya dilakukan pada tengahari Selasa, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa bagi menunjukkan bahawa bencana ini dalam suatu keadaan yang terkawal.

Siaran langsung beliau malam tadi akan lebih berkesan jika beliau mengambil tanggungjawab terhadap kekhilafannya dalam menguruskan krisis ini yang telah mendatangkan kekecohan dan perasaan panik di kalangan rakyat Malaysia yang berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli bekalan makanan asas, terutamanya pada hari Selasa.

Perkara ini kemudiannya disusuli pula dengan barisan panjang di balai polis oleh mereka yang berhasrat untuk mendapatkan kebenaran untuk pulang ke kampung, yang kemudiannya membawa kepada situasi di mana kerajaan berpatah balik dua kali mengenai isu permit perjalanan antara negeri, penutupan asrama universiti yang telah memaksa para pelajar untuk pulang ke kampung halaman, ketiadaan perlindungan untuk pekerja berpendapatan rendah, ketiadaan persediaan untuk penjagaan anak-anak petugas barisan hadapan, dan kekurangan koordinasi dua hala untuk rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura.
Read the rest of this entry »

1 Comment