Archive for March 23rd, 2020

Government must do more to earn the trust and confidence of all Malaysians so as to communicate effectively the unprecedented peril of the Covid-19 pandemic

Kerajaan perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia bagi membolehkannya untuk berkomunikasi secara berkesan mengenai bahaya yang dibawa oleh wabak Covid-19

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki hari keenam hari ini, namun begitu masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang degil dengan tidak mematuhi arahan untuk kekal berada di rumah dan perkara ini menimbulkan persoalan sama ada PKP ini akan dilanjutkan lagi selama dua minggu ataupun lebih lama lagi.

Kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bekerja dengan lebih keras lagi untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada mereka bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan kepada rakyat mengenai bahaya yang dibawa oleh wabak Covid-19 ini.

Siaran langsung Muhyiddin hari adalah satu lagi langkah ke arah ini, tetapi ianya tidak memadai. Kerana inilah saya pernah cadangkan sebelum ini supaya beliau membuat siaran langsung sekurang-kurangnya sekali sehari, ataupun lebih baik lagi dua kali sehari, mengenai perkembangan terkini bencana yang sedang melanda negara kita ini.

Sedangkan di negara Itali — yang kini merupakan tumpuan utama wabak Covid-19 dengan jumlah kematian yang lebih tinggi daripada negara China — pun masih terdapat rakyat mereka yang tidak memahami keperluan pelaksanaan perintah berkurung yang diumumkan beberapa minggu yang lepas. Read the rest of this entry »

No Comments

Call on Government to adopt a new motto in the war against Covid 19 – whatever it takes to save people’s lives, jobs and livelihoods!

Seruan kepada Kerajaan untuk mengguna pakai motto baru dalam peperangan melawan wabak Covid-19 — Segala-galanya demi nyawa, kehidupan dan pekerjaan rakyat!

Kadar penularan wabak Covid-19 sedang meningkat saban hari, di dalam negara kita dan juga di peringkat antarabangsa.

Di Malaysia, kadar peningkatan kes baharu masih lagi berada dalam takuk tiga angka seperti lapan hari yang lepas yang telah membawa kepada 1,306 kes secara keseluruhannya — meletakkan Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes keseluruhan dan tempat ke-22 dari segi penambahan kes harian di peringkat antarabangsa.

Dengan 10 korban nyawa, negara kita menduduki tempat ke-25 dari segi kematian berkaitan Covid-19.

Malaysia beraspirasi untuk menjadi sebuah negara yang terulung di mata dunia, tetapi bukan dengan mendahului carta kes Covid-19.

Namun begitu, perjalanan kita masih lagi panjang.

Pakar epidomiologi Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud mengatakan yang negara kita memerlukan sekurang-kurangnya enam minggu Perintah Kawalan Pergerakan secara berturut-turut bagi menurunkan kadar jangkitan Covid-19 ke satu tahap yang boleh dikawal.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, negara kita kini sedang beralih ke peringkat keempat penyebaran wabak Covid-19 iaitu fasa mitigasi.

Peringkat-peringkat ini disenaraikan mengikut kadar keterukan penularan sesuatu wabak, bermula dengan fasa permulaan (onset), fasa pembendungan awal (early containment), pembendungan lewat (late containment), dan akhirnya fasa mitigasi (mitigation).

Beliau berkata: “Kita sedang bergerak kearah fasa keempat iaitu fasa mitigasi, oleh itu amatlah penting untuk kita semua memanfaatkan peluang kecil yang ada ini untuk memutuskan rantaian jangkitan virus ini dalam komuniti kita.” Read the rest of this entry »

1 Comment