Archive for March 21st, 2020

Call on all Malaysians to unite as one people to fight and win the war against Covid-19 virus – undoubtedly the greatest test for Malaysian national unity in six decades

Menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu-padu melawan wabak Covid-19 — yang tanpa sebarang ragu lagi merupakan satu cabaran terbesar kepada perpaduan negara

Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, latar belakang politik mahupun sosio-ekonomi perlulah bersatu untuk berjuang dan memenangi perang melawan wabak Covid-19, yang buat masa ini merupakan salah satu cabaran terbesar kepada perpaduan negara kita.

Dengan 15 orang petugas barisan hadapan telah dijangkiti oleh wabak ini, dan seorang daripada mereka ditempatkan di pusat rawatan rapi (ICU), lebih daripada 200 rakan sekerja mereka — doktor, jururawat, dan ahli farmasi — telah membuat satu rayuan yang sangat menyentuh jiwa dan raga supaya seluruh rakyat Malaysia memainkan peranan mereka dalam menewaskan penularan virus ini.

Di dalam laman Facebook “Rayuan Pengamal Perubatan”, mereka merayu kepada rakyat Malaysia supaya kekal berada di rumah, membasuh tangan dengan kerap, dan mengamalkan penjarakkan sosial dan fizikal.

Seperti yang dikatakan oleh Pakar Obstretik dan Ginekologi Dr Siti Rohayu Kamarul Baharain: “Kami semua mahu berkhidmat demi pesakit kami sebaik mungkin. Kami juga mahu kekal boleh berbuat demikian selama yang boleh. Dan kami mahu berada dan bersedia untuk mereka yang memerlukan.”

Doktor pakar di Hospital Sultan Abdul Halim, Dr Aznita Ibrahim pula menyeru orang awam supaya bersikap jujur dan memikirkan kebajikan petugas kesihatan.

“Saya sorang pengamal perubatan. Saya juga seorang isteri dan ibu kepada 4 anak kecil. Saya juga anak kepada seorang ibu tua yang sedang uzur. Kami sangat peduli tentang anda. Tolong ambil peduli tentang kami juga ya.”

Mereka semua menegaskan keperluan untuk semua orang berhenti daripada keluar rumah semasa perintah kawalan pergerakan ini berkuatkuasa bagi membolehkan negara kita memutuskan rantaian penyebaran jangkitan Covid-19 ini. Read the rest of this entry »

2 Comments