Call on all Malaysians to unite as one people to fight and win the war against Covid-19 virus – undoubtedly the greatest test for Malaysian national unity in six decades


Menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu-padu melawan wabak Covid-19 — yang tanpa sebarang ragu lagi merupakan satu cabaran terbesar kepada perpaduan negara

Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, latar belakang politik mahupun sosio-ekonomi perlulah bersatu untuk berjuang dan memenangi perang melawan wabak Covid-19, yang buat masa ini merupakan salah satu cabaran terbesar kepada perpaduan negara kita.

Dengan 15 orang petugas barisan hadapan telah dijangkiti oleh wabak ini, dan seorang daripada mereka ditempatkan di pusat rawatan rapi (ICU), lebih daripada 200 rakan sekerja mereka — doktor, jururawat, dan ahli farmasi — telah membuat satu rayuan yang sangat menyentuh jiwa dan raga supaya seluruh rakyat Malaysia memainkan peranan mereka dalam menewaskan penularan virus ini.

Di dalam laman Facebook “Rayuan Pengamal Perubatan”, mereka merayu kepada rakyat Malaysia supaya kekal berada di rumah, membasuh tangan dengan kerap, dan mengamalkan penjarakkan sosial dan fizikal.

Seperti yang dikatakan oleh Pakar Obstretik dan Ginekologi Dr Siti Rohayu Kamarul Baharain: “Kami semua mahu berkhidmat demi pesakit kami sebaik mungkin. Kami juga mahu kekal boleh berbuat demikian selama yang boleh. Dan kami mahu berada dan bersedia untuk mereka yang memerlukan.”

Doktor pakar di Hospital Sultan Abdul Halim, Dr Aznita Ibrahim pula menyeru orang awam supaya bersikap jujur dan memikirkan kebajikan petugas kesihatan.

“Saya sorang pengamal perubatan. Saya juga seorang isteri dan ibu kepada 4 anak kecil. Saya juga anak kepada seorang ibu tua yang sedang uzur. Kami sangat peduli tentang anda. Tolong ambil peduli tentang kami juga ya.”

Mereka semua menegaskan keperluan untuk semua orang berhenti daripada keluar rumah semasa perintah kawalan pergerakan ini berkuatkuasa bagi membolehkan negara kita memutuskan rantaian penyebaran jangkitan Covid-19 ini.

Seperti yang disampaikan oleh Dr Gee Teak Sheng, seorang pakar neurosurgeri daripada Hospital Pantai apabila beliau memuat naik sebuah gambar beliau memegang sekeping kertas yang tertulis padanya “Saya terus bekerja untuk anda, Anda duduk di rumah untuk saya”, dengan hashtag #StayHome dan #DudukRumah.

Terdapat kerisauan yang sistem kesihatan negara mungkin tidak dapat menampung jumlah pesakit Covid-19 apabila wabak ini mencapai tahap kemuncaknya dalam beberapa minggu yang akan datang — pandangan ini juga telah dikongsi oleh Profesor Benjamin Cowling daripada Pusat Kolaborasi Epidemiologi dan Kawalan Penyakit Berjangkit WHO yang bertempat di Jabatan Kesihatan Awam, Universiti Hong Kong.

Apabila diumumkan semalam yang Malaysia mempunyai 130 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan negara kepada 1,030 kes, Malaysia kini berada di tangga keempat dari segi jumlah kes terbanyak jangkitan Covid-19 di Asia — kini berada di belakang China (81,008), Iran (19,644), dan Korea Selatan (8,652).

Apa lebih membimbangkan adalah perkara di mana Malaysia kini adalah negara kedua di Asia dari segi kenaikan kes harian — di mana Iran mendahului dengan 1,237 kes semalam, diikuti oleh Malaysia dengan 130 kes baharu, 60 kes di Jepun, 60 kes di Indonesia, 52 kes di India, 48 kes di Hong Kong, 41 kes di China, 40 kes di Singapura, 37 kes di Pakistan, 27 kes di Taiwan, 13 kes di Filipina, 13 kes di Sri Lanka, 6 kes di Vietnam, 5 kes di Brunei, 4 kes di Kemboja, dan 0 kes baharu di Korea Selatan.

Setakat semalam, jumlah korban global telah mencecah paras 10,296 nyawa, sebuah peningkatan sebanyak 268 kematian baharu. Wabak Covid-19 ini juga telah menjejakkan kakinya ke tujuh negara baharu semalam, membawa jumlah keseluruhan negara yang terjejas kepada 185 negara dan jajahan, di mana 77 daripada negara ini telah melaporkan kes kematian. Jumlah jangkitan global telah meningkat sebanyak 29,806 kes baharu, membawa kepada keseluruhan 274,855 kes di peringkat antarabangsa.

Kita semua perlu bersatu dalam melawan wabak ini dan kita tidak mempunyai ruang untuk dipimpin oleh pelawak dalam usaha ini.

Atas sebab ini, usaha daripada Dr Amalina Bakri yang kini berada di UK dalam membongkar nasihat tidak berasas yang diberikan oleh Menteri Kesihatan untuk meminum air suam bagi melawan penularan wabak ini haruslah dipuji memandangkan nasihat ini tidak berasaskan sebarang fakta.

Tambahan lagi, mitos ini telahpun dibongkarkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO).

Kini adalah masanya untuk professionalisme dan keseriusan untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia dalam usaha memerangi virus Covid-19 ini.

Jika terdapat permintaan daripada pihak Kerajaan untuk bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad untuk kembali bagi menjalankan satu khidmat demi negara dalam memimpin peperangan melawan Covid-19 ini, saya pasti Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mempertimbangkan permintaan ini sebaik mungkin.

Tetapi, penyatu-paduan rakyat Malaysia dalam melawan wabak Covid-19 ini tidaklah bermakna perlunya satu pengambil-alihan oleh pihak tentera.

Apa yang penting sekarang adalah untuk kita menaik-taraf kemudahan perubatan sedia ada dengan menambah jumlah katil hospital untuk membolehkan pihak hospital menguruskan lebih banyak kes, dan juga menaik taraf pelbagai alatan perubatan dan bekalan ubat-ubatan serta menambahkan tenaga kerja dengan memberikan keutamaan dalam melindungi petugas barisan hadapan.

Angkatan Tentera kita mempunyai pelbagai kebolehan, dengan Kor Perubatan, Kejuruteraan, Unit CBRNe (bahan letupan kimia, biologikal radioaktif, dan nuklear) yang boleh digembleng dalam usaha memerangi wabak ini.

Perkhidmatan profesional seperti persediaan katil dan wad tambahan di hospital tentera untuk membantu hospital tempatan, pergerakan untuk membina struktur sementara untuk kegunaan kecemasan, dan kerja-kerja pembasmian adalah bertepatan tetapi tidak ada keperluan untuk tujuan rondaan.

Negara China berjaya membina hospital di Wuhan yang dilengkapi dengan 1,000 katil, beberapa wad pengasingan, dan 30 pusat rawatan rapi dalam masa sepuluh hari. Bolehkah kita mencontohi tauladan ini?

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Sabtu 21 Mac 2020)

==============================

All Malaysians, regardless of race, religion , region, politics or socio-economic status, must unite as one people to fight and win the war against the Covid-19 virus, undoubtedly the greatest test for Malaysian national unity in six decades.

With 15 medical frontliners infected with Covid-19, one of whom is in intensive care unit (ICU), more than 200 of their colleagues – doctors, nurses and pharmacists – have made a very powerful, moving and poignant plea to the Malaysian people to play their part in beating the virus.

In Facebook group “Pleas from Medical Practitioners”, they pleaded that the rakyat to stay home, wash their hands and observe social or physical distancing.

As Obstetrician and Gynaecologist Dr. Siti Rohayu Kamarul Baharain said: “We are all wanting to serve our patients the best that we can. We also want to sustain ourselves as long as we can. And, we want to be there for those who count on us”.

Hospital Sultan Abdul Halim specialist Dr. Aznita Ibrahim urged the public to be honest and spare a thought for the wellbeing of healthcare practitioners.

“I am a medical practitioner. I am also a wife and mother to four young children. I am a daughter to my elderly mother. We care a lot about you. Please care about us too.”

They reiterated the need for the people to stop travelling during the movement control order to break the chain of infection.

As Dr Gee Teak Sheng, a consultant neurosurgeon from Pantai Hospital, Penang put it aptly when he shared a photo of him holding a paper with “I Stay At Work for You, You Stay at Home for Us” written on it, with the added hashtags #StayHome and #DudukRumah.

There is all-round and legitimate worry that the healthcare system may be overwhelmed beyond it resources, when Covid-19 epidemic in Malaysia reaches its peak in the next few weeks – a view which had also been expressed by Professor Benjamin Cowling from WHO Collaborating Centre for Infectious Disease Epidemiology and Control, School of Public Health, University of Hong Kong.

When it was announced yesterday that Malaysia has 130 new Covid-19 cases, bringing the overall number of confirmed cases to 1,030, it was reported that following a three-digit increase for six consecutive days, Malaysia now has the fourth-highest number of Covid-19 infections in Asia – after China (81,008), Iran (19,644) and South Korea (8,652).

Actually, what should be of great concern is that Malaysia is now the second country in Asia with the highest daily Covid-19 infections – with Iran at the top with 1,237 new cases yesterday, Malaysia second with 130 cases, Japan 60, Indonesia 60, India 52, Thailand 50, Hong Kong 48, China 41, Singapore 40, Pakistan 37, Taiwan 27, Philippines 13, Sri Lanka 13, Vietnam 6, Brunei 5, Cambodia 4 and South Korea 0.

As of yesterday, the global death toll has reached 10,296 or an increase of 268 cases. The Covid-19 outbreak has reached another seven countries yesterday, affecting 185 countries and territories, 77 of which have reported fatalities. The total number infected globally increased by 29,806 to reach 274,855 cases.

Malaysia must go on a war footing to fight the Covid-19 epidemic, uniting all Malaysians in the effort, and there is no time for jokers to take charge of the national war effort against Covid-19 virus.

For this reason, the debunking by UK-based Malaysian surgeon Dr. Amalina Bakri of the Health Minister’s advice to drink warm water as a means to prevent Covid-19 infection is most commendable as it is not evidence-based.

Furthermore, the myth had also been debunked by the World Health Organisation (WHO).

This is time for greater professionalism, competence and seriousness to unite Malaysians in the war effort against the Covid-19 virus.

If there is a request by the Government for the former Health Minister, Dzulkefly Ahmad to return to do national service to spearhead the war against Covid-19 virus, I am sure the Pakatan Harapan Presidential Council will give it positive consideration.

But Malaysians uniting to fight the war against the Covid-19 virus does not mean a military take-over.

What is important is to focus on boosting our medical facilities with more beds to handle those infected, all necessary equipment and medication, as well as more human power, giving priority to provide protection to the frontline medical personnel.

The Armed Forces have a range of capabilities with its medical corps, engineering corps, CBRNe (chemical, biological, radioactive and nuclear explosive) units which should be tapped in the war effort against the Covid-19 virus.

These professional services like preparing extra beds and ward areas in military hospitals to supplement public hospital capacities, mobilisation to build temporary structures for emergency use and for disinfection efforts should be deployed but not deployment for patrolling purposes.

China constructed a hospital in Wuhan with 1,000-beds, several isolation wards and 30 intensive care units (ICUs) in ten days. Can we emulate this?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Saturday, March 21, 2020)

  1. #1 by Bigjoe on Sunday, 22 March 2020 - 8:24 am

    They found all 79 Cambodian who attended the tabligh event. 25 or 31% has tested positive. If u sample they are good sample size. Over 5000 case was infected at the event. Going by their percentage of total cases discovered, the number of cases in Malaysia could be 7,200 or more. We only know of 1183 case..

  2. #2 by Sallang on Tuesday, 24 March 2020 - 7:48 am

    The public took pleadings from medical front liners very likely because its simply a ‘tick tok’ msg to them.
    It must come from the govt, but too late.
    Front liners are burned out.
    After watching how the Wuhan medical team having to wear cover-ups for 6 hourly breaks, and understanding how the virus can spread so easily, if PH were still the govt, will PH announce a ‘restricted movement order’, after 9 cases were reported?
    To cancel the tabligh event?

You must be logged in to post a comment.