Archive for March 28th, 2020

Malaysia must not learn blindly from the lessons of UK, US or China but must craft a firm, creative, flexible and even nimble strategy to fight and win the invisible Covid-19 war

Malaysia tidak boleh mengikut buta-buta, pengajaran di UK, AS, ataupun China tetapi harus muncul dengan strategi yang tegas, kreatif, fleksibel, dan lincah untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19

Tiga peristiwa penting telah berlaku dalam 24 jam yang lepas dalam peperangan global menentang wabak Covid-19.

Peristiwa pertama yang menyedihkan ialah pemecutan berterusan dan penyebaran eksponensial kes Covid-19. Wabak ini mengambil 67 hari dari kes pertama yang dilaporkan untuk mencapai 100,000 kes, 11 hari untuk mencapai 100,000 kes kedua, empat hari untuk mencapai 100,000 kes ketiga, tiga hari untuk mencapai 100,000 kes keempat; dua hari untuk mencapai 100,000 kes kelima; dan kurang 3,000 kes untuk mencapai paras 100,000 pada hari keenam. Jumlah keseluruhan global telah mencapai 597,267 kes sedangkan hari sebelumnya hanyalah terdapat 531,504 kes.

Peristiwa kedua adalah apabila jumlah orang yang dijangkiti Covid-19 di Amerika Syarikat melepasi paras 100,000, dengan peningkatan harian mendadak sebanyak 18,418 kes, dan jumlah kematian lebih daripada 1,600 orang, membawa jumlah kematian global kepada 27,286 orang.

Perkara ketiga adalah Itali, yang mengumumkan 919 kematian baru berpunca daripada coronavirus, jumlah kematian harian yang tertinggi yang dilaporkan negara itu sejak wabak tersebut mula tersebar lewat tahun lepas. Read the rest of this entry »

No Comments

Muhyiddin should convene two-day emergency meeting of Parliament to approve his economic stimulus package and debate the earliest possible re-start of the Malaysian economic engine

Muhyiddin harus memanggil sidang parlimen tergempar selama dua hari untuk meluluskan pakej rangsangan ekonomi beliau dan memperdebatkan permulaan semula enjin ekonomi negara

Dalam siaran langsung pengumuman pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion beliau semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan bahawa “kerajaan ini peduli kepada anda” walaupun kerajaan ini bukanlah kerajaan yang diundi oleh rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 14 dua tahun yang lepas.

Atas sebab ini, adalah penting untuk Muhyiddin diperingatkan bahawa Malaysia masih lagi sebuah demokrasi berparlimen dan beliau harus memanggil satu persidangan tergempar selama dua hari Parlimen untuk meluluskan pakej rangsangan ekonominya bagi memastikan ia akan mempunyai kredibiliti dan legitimasi.

Tidak perlu sebarang urusan lain untuk persidangan tergempar Parlimen ini, sama ada sesi soal jawab, usul “undi tidak percaya” terhadap Perdana Menteri, pemilihan Speaker baharu atau perkara-perkara lain kecuali perdebatan untuk meluluskan pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM250 bilion ini.

Perdebatan ini juga boleh memberikan ruang kepada Ahli Parlimen untuk menyampaikan pandangan rakyat mengenai peperangan terhadap wabak Covid-19 ini dan krisis kesihatan awam, ekonomi dan maklumat yang melanda negara akibat serangan Covid 19. Read the rest of this entry »

No Comments