Archive for March 22nd, 2020

Malaysian Government should consider measures to help businesses and workers like the UK Government plan to cover 80 per cent of workers’ pay amid the Covid-19 outbreak

Kerajaan harus mempertimbangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu para pekerja dan perniagaan seperti rancangan kerajaan UK untuk menanggung sehingga 80% gaji pekerja dalam menghadapi wabak Covid-19

Kerajaan Malaysia harus mempertimbangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu para pekerja dan perniagaan dalam menghadapi bencana yang diakibatkan oleh wabak Covid-19, seperti langkah yang diambil oleh Kerajaan UK yang merancang untuk menanggung sehingga 80% kos saraan pekerja.

Menteri Kewangan United Kingdom, Rishi Sunak telah berikrar untuk “membuat apa sahaja yang diperlukan” untuk menyelamatkan pekerjaan dan sumber pendapatan rakyat yang terkesan akibat daripada wabak coronavirus semasa beliau membentangkan pelan sokongan punca pendapatan dalam pakej ransangan Covid-19 beliau.

Beliau mengumumkan yang kerajaan UK akan menanggung sehingga 80 peratus gaji pekerja yang tidak bekerja, sehingga ke jumlah maksima 2,500 pound sterling sebulan.

Sunak mengatakan yang kerajaan akan membantu dan memastikan gaji para pekerja dibayar buat kali pertama dalam sejarah negara itu, sebagai sebahagian daripada Skim Pengekalan Pekerjaan yang terbuka kepada semua majikan dalam negara tersebut. Read the rest of this entry »

No Comments

Government should distribute the 10 million face masks from China free to Malaysians giving priority to the frontliners in the war against Covid-19 virus

Kerajaan perlu mengedarkan 10 juta topeng muka yang diberikan oleh kerajaan China secara percuma kepada rakyat Malaysia dengan memberikan keutamaan kepada petugas barisan hadapan yang sedang memerangi wabak Covid-19

Kerajaan perlu mengedarkan 10 juta topeng muka yang diberikan oleh kerajaan China secara percuma kepada rakyat Malaysia dengan memberikan keutamaan kepada petugas barisan hadapan yang sedang memerangi wabak Covid-19

Selepas diedarkan kepada petugas barisan hadapan, iaitu mereka yang mengendalikan kes-kes Covid-19, pihak klinik, Kementerian Kesihatan, anggota polis, tentera, dan pegawai imigresen, baki topeng muka ini haruslah dibahagikan sama rata kepada semua rakyat Malaysia melalui pejabat ahli parlimen tanpa mengira parti politik.

Dalam memerangi wabak ini, kita perlu bertindak sebagai satu negara, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun latar belakang politik.

Dengan pengedaran topeng muka secara percuma ini kepada rakyat Malaysia, kejadian di mana orang awam diarahkan pulang daripada jabatan kerajaan kerana tidak memakai topeng muka tidak patut lagi berlaku. Read the rest of this entry »

No Comments