Archive for March 31st, 2020

Hopeful signs that JP Morgan’s grim projection of Malaysia peaking at 6,300 Covid-19 cases by mid-April proven wrong

Petanda memberansangkan yang jangkaan suram JP Morgan bahawa Malaysia akan mempunyai 6,300 kes Covid-19 menjelang pertengahan April mungkin terbukti silap

Sebelum Mac, soalan yang sering ditanyakan dalam peperangan global melawan wabak Covid-19 adalah: Negara manakah yang telah melaksanakan perintah berkurung? Kini persoalan ini bertukar kepada, negara manakah yang masih belum melaksanakan perintah berkurung!

Buat masa ini, UK, AS, Kesatuan Eropah, dan negara-negara di Asia dan serata dunia sedang berada dalam suatu bentuk perintah berkurung, di mana rakyat mereka diarahkan untuk kekal berada di rumah bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran virus Covid-19.

Seminggu yang lepas, pusat kajian JP Morgan meramalkan yang Malaysia kini berada “fasa pemecutan” dengan peningkatan jangkitan Covid-19 yang berpotensi memuncak kepada 6,300 kes menjelang pertengahan April.

Pusat kajian tersebut menjangkakan yang fasa pemecutan ini akan berkekalan selama kira-kira seminggu setengah hingga ke dua minggu sebelum masuk ke dalam fasa pengumpulan, di mana kadar peningkatan jangkitan keseluruhan menurun kepada antara 100 ke 250. Read the rest of this entry »

No Comments