Muhyiddin should meet SME representatives and a cross-section of Malaysians on the RM250 billion economic stimulus he announced last Friday


Muhyiddin perlu bertemu dengan wakil PKS dan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk mendapatkan maklum balas mengenai pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion yang diumumkan Jumaat lepas

Peperangan global menentang wabak Covid-19 terus menerus merekodkan peningkatan mangsa dalam tempoh 24 jam yang lepas, menunjukkan hakikat bahawa peperangan ini adalah satu perjuangan yang kompleks dan akan memakan masa yang panjang.

Ini kerana krisis Covid-19 ini bukan hanya satu krisis kesihatan sahaja, tetapi ia juga membawa bersamanya bencana terhadap ekonomi dan pembangunan negara.

Antara peristiwa suram yang direkodkan dalam 24 jam yang lepas adalah:

Jumlah kematian keseluruhan akibat wabak Covid-19 telah melepasi paras 30,000 nyawa — dengan dua pertiga daripada keseluruhannya datang daripada Eropah — sejak wabak itu mula tersebar di China pada Disember tahun lepas.

Korban nyawa di Itali telah melepasi paras 10,000 nyawa, selepas 889 orang meninggal dunia dalam 24 jam yang lepas. Dalam tempoh 10 hari yang lalu, Itali berdepan kadar kematian akibat Covid-19 yang tinggi, iaitu 889, 919, 712, 683, 743, 601, 651, 793, 627 dan 427 kematian ataupun sejumlah 6,105 kematian, dengan purata 610.5 kematian sehari. Negara-negara yang mendahului dari segi korban nyawa adalah Itali dengan 10,023 kematian, Sepanyol (5,690), tanah besar China (3,295), Iran (2,517) dan Perancis (2,314).

Amerika Syarikat melonjak ke rekod baru kenaikan tertinggi kes disahkan dalam tempoh 24 jam, dengan 19,648 kes baharu, membawa jumlah kes yang disahkan di negara tersebut kepada 123,012 kes.

Namun bukan semua berita mengenai wabak Covid-19 ini suram.

Negara China mula dibuka semula selepas wabak Covid-19, menunjukkan bahawa peperangan melawan wabak ini boleh dimenangi. Hari ini, kereta api yang penuh dengan beribu-ribu penumpang tiba di Wuhan — di mana virus ini muncul buat pertama kali lewat tahun lepas — selepas bandar China tersebut dibuka semula secara berperingkat selepas beberapa bulan di bawah perintah berkurung.

Tetapi China bukanlah satu-satunya kisah kejayaan dalam perang global terhadap Covid-19.

Korea Selatan juga merupakan satu contoh kejayaan dan Malaysia perlu belajar daripada Korea Selatan dan China untuk memastikan kita boleh memenangi peperangan melawan wabak ini, yang bukan sahaja satu peperangan dari perspektif kesihatan awam, tetapi juga perjuangan untuk ekonomi dan pembangunan negara.

Jika kita gagal untuk memenangi peperangan ini, maka rakyat Malaysia harus bersedia untuk menghadapi nasib yang dihadapi oleh Itali — sebuah negara dengan kira-kira dua kali ganda jumlah penduduk Malaysia, tetapi mendahului di peringkat dunia dengan 10,000 kematian dan 92,472 kes positif. Sebuah negara di mana dianggarkan seorang rakyatnya terkorban setiap dua minit, yang kini sedang menghadapi kekurangan unit rawatan rapi dan alat bantuan pernafasan yang kritikal sehingga para doktor terpaksa memilih siapa yang boleh diselamatkan dan siapa yang terpaksa dibiarkan mati.

Namun begitu, sebarang kejayaan dalam menewaskan wabak Covid-19 ini tidak mempunyai sebarang makna jika kita gagal untuk menyelamatkan ekonomi negara dan ditinggalkan dengan sebuah sistem ekonomi yang tidak boleh diperbaiki lagi.

Perdana Menteri dan kerajaannya harus sentiasa beringat kepada pesanan Menteri Luar Korea Selatan, Kang Kyung-wha — dalam wawancaranya bersama BBC yang telah popular di serata dunia — yang mengatakan kunci kejayaan strategi Kerajaan Korea Selatan adalah “keterbukaan, ketelusan, dan memastikan rakyat sentiasa diberitahu”, yang juga merupakan satu tanda ukur terhadap legitimasi sesebuah kerajaan.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah antara golongan yang mengadu bahawa mereka tidak menerima banyak manfaat daripada ‘pakej rangsangan ekonomi’ yang dibentangkan Jumaat lepas. Mereka menjangkakan sehingga 50% PKS mungkin terpaksa menggulung tikar yang akan menyebabkan hampir 4 juta rakyat hilang pekerjaan mereka.

Perkara yang amat mengejutkan adalah apabila Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang merupakan CEO kepada CIMB Group Holdings Bhd sebelum dilantik menjadi menteri kewangan kelihatan seperti tidak memberikan perhatian kepada laporan bank tersebut yang bertajuk “Landskap PKS di Malaysia” yang diterbitkan bersama dengan CompareHero.

Laporan CIMB-CompareHero tersebut menekankan bahawa nasib ekonomi negara bergantung kepada PKS yang merupakan 98.5% daripada semua perniagaan berdaftar dalam negara. Pada tahun 2018, PKS menyumbangkan RM521.7 bilion kepada KDNK negara selain daripada menyediakan 5.7 juta pekerjaan kepada hampir 70% tenaga kerja negara.

Selari dengan motto “keterbukaan, ketelusan, dan memastikan rakyat sentiasa diberitahu”, Muhyiddin perlu berjumpa dengan wakil-wakil daripada PKS dan juga rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk mendapatkan maklum balas mengenai pakej rangsangan ekonomi yang beliau umumkan Jumaat lepas bagi memastikan pakej ini adalah formula terbaik untuk melonjakkan semula ekonomi negara secepat mungkin.

(Kenyataan media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Ahad 29 Mac 2020)

============================

Grim milestones in the invisible global war against the Covid 19 pandemic continue to be chalked up in the last 24 hours, emphasizing that the war against the new coronavirus is going to be a long, dreary and complex one.

This is because the Covid-19 pandemic is not just a health crisis, it is also an economic and nation-building one.

The grim milestones in the last 24 hours on the Covid-19 war-front were led by:

1. Total death toll in the Covid-19 pandemic has passed the 30,000 mark – two-thirds of them in Europe—since the epidemic started in China last December.

2. Italy raced past the 10,000 mark for daily fatalities, after 889 more people died in the previous 24 hours. In the past 10 days, Italy suffered a heavy daily toll of Covid-19 deaths, i.e. 889, 919, 712, 683, 743, 601, 651, 793, 627 and 427 fatalities or a total of 6,105 deaths, which works out to 610.5 deaths per day. The countries with the most deaths are Italy with 10,023, Spain (5,690), mainland China (3,295), Iran (2,517) and France (2,314).

3. United States skyrocketed to a new record of highest 24-hour increase of confirmed cases, i.e. 19,648 cases, pushing the total confirmed cases in the United States to 123,012 cases.

But news on the Covid-19 pandemic war-front are not all bleak and gloomy.

China is opening up again after the Covid-19 pandemic, demonstrating that the battle against the Covid 19 outbreak could be won. Today, trains packed with thousands of passengers arrived in Wuhan where the virus first emerged late last year, as the Chinese city partly reopens after months of near total isolation for its population of 11 million.

But China is not the only success story in the ongoing global war against Covid-19.

South Korea is another, and Malaysia must learn from the lessons of South Korea and China to ensure that Malaysia can win the invisible war against Covid 19, which is not only the public health war, but an economic and nation-building battle.

If Malaysia cannot win the war against Covid 19, then Malaysians must be prepared for the fate of Italy – a nation with about double the population of Malaysia, but which tops the world in breaking the 10,000-mark in Covid 19 fatalities in the past 24 hours, with a confirmed total of 92,472 cases – a nation where one person dies every two minutes and the shortage of ventilators and ICUs are forcing doctors to decide who will live and who will die.

But it will be a pyrrhic victory if Malaysia wins the Covid 19 war but loses the economic battle, with the economic system damaged beyond repair.

What the South Korean Foreign Minister, Kang Kyung-wha, whose interview with BBC has gained worldwide popularity, said about the secret of the success of the South Korean strategy of the Covid-19 response, must always be borne in mind by the Prime Minister and his government – “openness, transparency and fully keeping the public informed” which are in fact the barometers for government legitimacy.

Small and medium-sized enterprises (SMEs) are among those who protested that they do not benefit much from the Prime Minister’s RM250 billion “economic stimulus package” announced last Friday, predicting that at least 50% of SMEs would have to close down costing four million people their jobs.

This is most shocking as the Finance Minister, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, was formerly CEO of CIMB Group Holdings Bhd but he did not seem to give weight to his own bank’s report, “SME Landscape in Malaysia”, developed in partnership with CompareHero.

The CIMB/CompareHero report stressed that the country’s economic fate relies on the success of SMEs which represent 98.5% of all business establishments in Malaysia, and in 2018, contributed RM521.7 billion of the nation’s gross domestic product (GDP). SMEs currently provides 5.7 million jobs to 70% of Malaysia’s workforce.

In keeping with the motto of “openness, transparency and fully keeping the public informed”, Muhyiddin should meet SME representatives as well as a cross-section of Malaysians with regard to the economic stimulus package which he announced last Friday to ensure that it is the best formula to restart the Malaysian economic engine at the earliest opportunity.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Sunday March 29, 20120)

  1. #1 by Bigjoe on Monday, 30 March 2020 - 4:56 am

    The “stimulus package” is a hoax. The figure 250b is mostly old or already planned projects. Even 25b figure is not actual spending but mostly loans. Only 10b is actual spending that puts a bit of cash that is populist. Actual saving of the economy are platitudes. They do not even have a plan for MAS, Air Asia, KLIA which are bankrupt. Trains and buses are bankrupt. Toll Roads are being depleted of cash. Banks in trouble facing mortgage and loan defaults.

  2. #2 by Bigjoe on Monday, 30 March 2020 - 5:01 am

    BTW, it’s all Najib and UMNO fault which Perikatan was and still complicit and the entire problem is theirs alone because they chose race and religo politics over actual merit..

  3. #3 by Bigjoe on Monday, 30 March 2020 - 5:44 am

    Ismail Sabri attacking the Edge who played a major role to bring down Najib, Ismail Sabri’s patron.. UMNO and Najib is back for sure.. Yah, right we are in good shape.. in your dreams..

You must be logged in to post a comment.