Archive for March 26th, 2020
Muhyiddin must not only ensure that there are enough supply of food and essentials during the Covid-19 crisis, but also that every Malaysian has enough money to buy them
Muhyiddin bukan sahaja perlu memastikan bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi semasa krisis Covid-19, beliau juga perlu memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai wang yang cukup untuk membelinya
Semalam, ketika mengumumkan pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) hingga 14 April, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Malaysia bertenang dan memberitahu semua yang kita mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk semua.
Dalam siaran langsung semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau membuat pengumuman awal mengenai pelanjutan itu supaya persediaan awal boleh dibuat.
Beliau juga menggesa rakyat supaya bertenang dan memberi jaminan bahawa bekalan makanan negara mencukupi untuk semua orang.
Perkara ini tidak cukup.
Sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin bukan sahaja perlu memastikan bekalan makanan dan keperluan asas yang mencukupi semasa bencana Covid-19, tetapi juga memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makan dan keperluan asas tersebut. Read the rest of this entry »