Lapan peristiwa penting 24 jam lepas dalam peperangan global melawan wabak Covid-19 yang boleh berlanjutan selama 12 ke 18 bulan dan mengubah kehidupan dan hubungan antarabangsa
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, terdapat lapan peristiwa penting dalam peperangan global terhadap virus Covid-19 yang boleh berlanjutan selama 12 hingga 18 bulan dan akan mengubah kehidupan dan hubungan antarabangsa, iaitu:
1. Jumlah global yang disahkan Covid-19 telah melepasi paras 500,000 kes, sebanyak 531,504 kes disahkan;
2. Amerika Syarikat mengatasi China dengan jangkitan 84,946 kes positif Covid-19, berbanding 81,340 kes di China;
3. Hari kedua berturut-turut di mana Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada 10,000 peningkatan harian kes Covid-19 – peningkatan sebanyak 16,992 kes semalam berbanding dengan kenaikan harian sebelumnya sebanyak 14,823 kes.
4. Jumlah korban keseluruhan Covid-19 melebihi 24,000 nyawa – 24,138 dengan kenaikan harian sebanyak 2,027.
5. Itali melaporkan angka kematian tertinggi dengan lebih daripada 8,215 kematian, lebih dari dua kali ganda jumlah kematian Covid-19 di China sebanyak 3,287;
6. Wabak ini telah mencapai lebih daripada 200 buah negara di seluruh dunia, iaitu 203 negara dan wilayah, 111 negara telah melaporkan kematian.
7. Peningkatan ekponensial kes Covid-19, mengambil masa 67 hari dari kes pertama yang dilaporkan ke 100,000 kes, 11 hari ke 100,000 kes kedua, empat hari untuk 100,000 kes ketiga, tiga hari untuk 100,000 kes keempat dan hanya dua hari untuk 100,000 kes kelima; dan
8. Buat kali pertama dalam sejarah, sidang kemuncak pemimpin dunia diadakan melalui persidangan video. Pada Sidang Kemuncak Khas Video G20 berkenaan jumlah mangsa kemanusiaan dan ekonomi wabak Covid-19, pemimpin-pemimpin Kumpulan G20 ekonomi utama berjanji untuk menyuntik USD 5 trilion melalui perbelanjaan fiskal ke dalam ekonomi global untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi dan “melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mengatasi wabak ini”. Menunjukkan semangat kerjasama yang lebih tinggi daripada krisis kewangan 2008-2009 yang membawa kepada penubuhan kumpulan G20, para pemimpin ini mengatakan mereka komited untuk melaksanakan dan membiayai semua langkah-langkah kesihatan yang diperlukan untuk menghentikan penyebaran virus ini.
Walaupun Amerika Syarikat telah menjadi pusat wabak Covid-19, Itali akan mengatasi China hari ini untuk menjadi negara kedua dengan jumlah tertinggi kes yang disahkan (Itali semalam berada di tempat ketiga di dengan 80,589 kes disahkan).
Hanya selepas membaca sebuah artikel dalam majalah The Atlantic, yang bertajuk “How the Pandemic Will End” barulah saya mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai wabak Covid-19 dan penjarakan sosial, dan sebalik di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang telah dilanjutkan sehingga 14 April.
Penulis saintifik, Ed Yong, mengatakan selagi virus itu masih di suatu tempat, sehingga vaksin diciptakan — yang dijangka akan mengambil 12 – 18 bulan, akan ada kemungkinan seseorang yang dijangkiti menyebarkan semula virus ini di negara-negara yang telah berjaya mengawal penyebaran seperti China, Korea Selatan, Singapura dan juga Malaysia.
Beliau menjangkakan tiga kemungkinan “pengakhiran” untuk wabak Covid-19 ini, tetapi menganggap senario yang paling berkemungkinan adalah di mana Covid-19 akan menjadi “perkara kekal kehidupan kita” untuk sekurang-kurangnya setahun, jika bukan lebih lama.
Beliau menulis:
“Sekiranya langkah-langkah penjarakan sosial yang diamalkan sekarang ini berkesan, wabak ini mungkin akan menurun secukupnya untuk membolehkan keadaan kembali normal. Pejabat mula bekerja kembali dan bar menjadi sibuk. Sekolah boleh dibuka semula dan rakan-rakan dapat berjumpa. Tetapi dengan kedatangan semula status quo, begitu juga untuk virus ini. Ini tidak bermakna bahawa masyarakat mestilah terus berkunci sehingga 2022. Tetapi ‘kita perlu bersiap sedia untuk menjalani beberapa tempoh penjarakan sosial yang berasingan,’ kata Stephen Kissler dari Harvard. ”
Dengan pemahaman yang lebih baik tentang wabak ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus memastikan bahawa ada strategi yang kukuh tetapi fleksibel dan lincah untuk menangani kedua-dua aspek kesihatan dan ekonomi yang berpunca daripada wabak koronavirus ini dan semoga perkara ini akan menjadi inspirasi dalam menyediakan pakej penyelamatan ekonomi Perdana Menteri untuk menghidupkan semula enjin ekonomi negara secepat mungkin!
(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Jumaat 27 Mac 2020)
=============================
The past 24 hours saw eight grim milestones in the invisible global war against Covid-19 virus which could last 12 – 18 months and which will alter national lives and international relations, viz:
1. The global total of confirmed Covid-19 cases have shot past the 500,000-mark, totaling 531,504 confirmed cases;
2. United States surpassed China in having the most Covid-19 infections, with 84,946 reported as against 81,340 cases in China;
3. Second day in succession where United States had more than 10,000 daily increases in Covid-19 cases – yesterday 16,992 cases increase compared to the previous daily increase of 14,823.
4. Global total of Covid-19 deaths exceeding the 24,000-mark – 24,138 with a daily increase of 2,027.
5. Italy reporting the highest death toll with more than 8,215 deaths, two-and-half times China’s total of Covid-19 deaths of 3,287;
6. It has reached over 200 countries all over the world, i.e. 203 countries and territories, 111 of which have have reported fatalities.
7. Acceleration at an exponential rate of Covid-19 cases. It took 67 days from the first reported case to reach 100,000 cases, 11 days for second 100,000 cases, four days for the third 100,000 cases, three days for the fourth 100,000 cases and just two days for the fifth 100,000 cases; and
8. For the first time, a world leaders’ summit was held by video conferencing. At G20 Video Special Summit on the human and economic toll of the Covid-19 pandemic, leaders of the Group of 20 major economies pledged to inject US$5 trillion in fiscal spending into the global economy to blunt the economic impact of the coronavirus and “do whatever it takes to overcome the pandemic“. Showing more unity than at any time since the 2008-2009 financial crisis that led to the G20’s creation, the leaders said they were committed to implement and fund all necessary health measures needed to stop the virus’s spread.
Although the United States has become epicentre of the Covid-19 pandemic, Italy will overtake China today to become the second country with the highest number of confirmed cases (Italy was yesterday third in the world with 80,589 confirmed cases).
It is only after reading an article in The Atlantic publication, entitled “How the Pandemic Will End” that I have a better understanding of the Covid-19 pandemic and social distancing, the rationale behind the Movement Control Order (MC), which has been extended to April 14.
The science writer, Ed Yong, said that as long as the virus persists somewhere, until a vaccine is invented which is expected to take 12 – 18 months, there’s a chance that one infected traveler will reignite fresh sparks in countries which have already extinguished their fires, which would include not only China, South Korea, Singapore but also Malaysia.
He envisaged three possible “endgames” for the Covid-19 pandemic, but regarded as the most likely scenario one where Covid-19 will be “a lingering part of life” for at least a year, if not much longer.
He wrote:
“If the current round of social-distancing measures works, the pandemic may ebb enough for things to return to a semblance of normalcy. Offices could fill and bars could bustle. Schools could reopen and friends could reunite. But as the status quo returns, so too will the virus. This doesn’t mean that society must be on continuous lockdown until 2022. But ‘we need to be prepared to do multiple periods of social distancing,’ says Stephen Kissler of Harvard.”
With a better understanding of the Covid-19 pandemic, the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin should ensure that there is firm but flexible and even nimble strategy to deal both with the health and economic aspects of the coronavirus outbreak and that this will be the inspiring spirit behind the Prime Minister’s comprehensive economic rescue package to restart the economic engine of the country at the first available opportunity!
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Friday, 27th March 2020)