Archive for September 13th, 2019

Who will be the Prime Minister if PAS-UMNO alliance of klepto-theocracy wins the 15th General Election – Najib again or Hadi or Zahid Hamidi?

Siapa yang akan jadi Perdana Menteri jika gabungan klepto-teokrasi PAS-UMNO menang Pilihan Raya Umum ke-15 – Najib lagi? Atau Hadi? Atau Zahid Hamidi?

Siapa yang akan jadi Perdana Menteri jika gabungan klepto-teokrasi PAS-UMNO, yang akan diputuskan esok, menang Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2023?

Adakah Datuk Seri Najib Razak? Yang kini berdepan 43 tuduhan rasuah dan digelar sebagai kleptokrat global — sekaligus menyelematkan dirinya daripada dipenjara seumur hidup di penjara Sungai Buloh?

Adakah rakyat Malaysia akan terpaksa sekali lagi menerima “Malu Apa Bossku” sebagai PM?

Adakah PRU15 akan menyelamatkan Najib daripada skandal 1MDB, membuka jalan untuk Tan Sri Mohamad Apandi Ali kembali sebagai Peguam Negara untuk mempertahankan skandal 2MDB, 3MDB dan skandal-skandal seterusnya?

Yang lebih “menarik”, adakah negara ini akan kembali dikawal oleh penjenayah dalam buruan yang kini cuba mengelak perbicaraan; Jho Low yang “pro-Melayu, pro-Islam”, yang mana akan membawa Malaysia ke arah kegemilangan – seorang Cina yang akan mengawal Malaysia menerusi proksinya “Malu Apa Bossku”! Read the rest of this entry »

3 Comments