Archive for September 7th, 2019

Endorse call for Royal Commission of Inquiry on Poverty in Malaysia

Menyokong seruan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk isu kemiskinan di Malaysia

Dalam menghampiri ulang tahun ke-56 penubuhan Malaysia pada 16 September 2019 ini, kita boleh renung semula beberapa perkara yang dapat kita syukuri bersama.

Walaupun menghadapi ketidaktentuan global, KDNK untuk suku kedua negara meningkat sebanyak 4.9%, satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mana pertumbuhan KDNK suku keduanya lebih tinggi daripada suku pertama.

Dalam separuh pertama tahun 2019, pelaburan asing yang telah diluluskan, dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, dan industri utama meningkat sebanyak 97.2% kepada RM49.5bn daripada jumlah RM25.1bn pada separuh tahun pertama 2018. Kadar pengangguran kekal pada kadar yang rendah setakat 3.3% pada Jun 2019.

Namun begitu, dalam kegembiraan kita meraikan pelbagai berita baik ini, marilah kita beringat kepada saudara kita yang kurang bernasib baik. Kemiskinan dan golongan yang kurang bernasib baik ini tidak hilang begitu sahaja selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada Mei 2018.

Kumpulan ini adalah satu peringatan yang jelas, mengenai tugas yang perlu kita pikul untuk menaikkan taraf hidup mereka dan anak-anak mereka. Read the rest of this entry »

No Comments