Archive for category Poverty

Eradication of hardcore poverty of Malaysia can be the country’s sixth role model for the world

The 10th Prime Minister, Anwar Ibrahim said at the Open House in Alor Setar that the government wants to completely eradicate hardcore poverty in the country which he described as disgraceful for a country which is rich in resources such as oil and gas.

Read the rest of this entry »

No Comments

Can the Malay Dignity Congress lead the way for a Malaysian campaign to achieve a Golden Age for Malaysia as a top world-class nation of unity, justice, freedom, excellence and integrity

Dapatkah Kongres Maruah Melayu menjadi perintis kepada sebuah kempen untuk mencapai Era Kegemilangan untuk Malaysia sebagai sebuah negara terunggul di mata dunia yang berteraskan perpaduan, keadilan, kebebasan, kecemerlangan, dan integriti

Saya telah ditanya: “Kenapa takut Melayu Bersatu?”

Saya tidak takut kepada Melayu Bersatu, jika perkara ini boleh menjadi perintis kepada satu kempen yang melingkumi semua rakyat Malaysia untuk mencapai satu Era Kegemilangan untuk Malaysia.

Sama ada Melayu Bersatu, Cina Bersatu, India Bersatu, Kadazan Bersatu, Dayak Bersatu, ataupun Orang Asli Bersatu sekalipun, saya akan berasa risau jika ia diasaskan kepada berita palsu dan ucapan kebencian yang bertujuan untuk menghasut polarisasi perkauman dan keagamaan atau lebih buruk lagi, keganasan perkauman. Terutamanya apabila terdapat sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan politik yang dengan secara terbukanya menyatakan kenyataan seperti “Rindu 13 Mei! Rindu darah!”.

Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama, sepatutnya berasa bimbang dengan peningkatan berita palsu dan ucapan kebencian sehingga terdapat satu artikel diterbitkan yang bertajuk: “Remembering Nik Aziz as nation drowns in polemics of race and religion”

Salah satu tugas terpenting dalam pembinaan negara adalah menyelamatkan Malaysia daripada ditenggelamkan di dalam polemik perkauman dan keagamaan, dan seperti yang diperkatakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Persidangan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang LawAsia, pemimpin politik perlu cuba untuk mengubah topik percakapan negara daripada kerangka perkauman dan keagamaan kepada satu fokus terhadap kebajikan rakyat terpinggir. Read the rest of this entry »

No Comments

I have received a memorandum on Sabah poverty from former Sabah Chief Minsiter, Harris Salleh and I am prepared to visit his pilot project in Balung, Tawau

I have received a memorandum on Sabah poverty from Tan Sri Harris Salleh, the sixth Sabah Chief Minister from 1976-1985.

We have had a very rocky relationship in the seventies and eighties, when Harris was the Sabah Chief Minister and abused his powers by banning me from entering Sabah for legitimate political activities.

The most notable episode in my clash with Harris Salleh when he was Chief Minister was when he denied me entry into Sabah to accept his political challenge to repeat my speech in Parliament without parliamentary privilege and I was bodily carried up to the waiting aircraft at the Kota Kinabalu Airport to take me back to Kuala Lumpur on August 24, 1984.

The photograph of this episode was later misused by the producers of the film “Tanda Putera” as a pre-release advertisement campaign to show that I was in Kuala Lumpur during the May 13, 1969 riots when I was never in Kuala Lumpur at any time during the May 13, 1969 riots.

Despite these very rocky history between us, I am prepared to listen to Harris’ view as to the most effective way to eradicate poverty, especially as it has become a very “hot” issue after the United Nations Special Rapporteur on extreme poverty and human rights, Professor Philip Alston, said last month that Malaysia had not eradicated poverty as claimed by the previous government and that Malaysia had undercounted the number of poor. Read the rest of this entry »

1 Comment

Parliamentary Caucus of Institutional Reform and Good Governance should pioneer new thinking on vital national issues – how to ensure affirmative measures are need-based and not race-based; how Malaysia can be a leading nation of integrity and a showcase to the world of the success of Alliance of Civilisations instead of a failure because of a Clash of Civilisations

Kaukus Reformasi Institusi dan Tadbir Urus Parlimen patut menjadi perintis pemikiran baharu isu-isu penting negara — bagaimana untuk memastikan langkah tindakan afirmatif berasaskan kepada keperluan dan bukan berasaskan kaum; untuk menjadikan Malaysia negara berintegriti terulung dan menjadi contoh kejayaan Perikatan Peradaban kepada dunia

Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana menganjurkan seminar ini dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Kaukus Reformasi Institusi dan Tadbir Urus Parlimen. Penubuhan kaukus ini merupakan salah satu elemen terpenting dalam proses reformasi parlimen sejak kerajaan Pakatan Harapan dibentuk selepas Pilihan Raya ke-14 yang bersejarah. Selain daripada pembentukan kaukus ini, enam jawatankuasa khas parlimen juga telah ditubuhkan bagi memberikan lebih banyak ruang kepada backbenchers di Parlimen untuk memastikan kerajaan tindakan kerajaan disemak oleh Parlimen.

Kewujudan struktur dan proses akauntabiliti baharu ini tidak mungkin berlaku di bawah pentadbiran yang lepas di mana parlimen dilihat sebagai sebuah cop (“rubber stamp”) yang digunakan oleh kerajaan untuk memaksa kelulusan keputusan secara tidak demokratik seperti yang dapat kita lihat dalam pembentangan Rang Undang-undang Akta Berita Tidak Benar yang bertujuan untuk menutup keburukan berkenaan skandal 1MDB.

Acara hari ini adalah contoh yang kuat di mana Ahli Parlimen, melalui kaukus ini yang terdiri daripada semua parti yang diwakili di Parlimen, dapat memberikan input mengenai isu-isu penting polisi untuk dipertimbangkan secara serius oleh pihak eksekutif.

Isu yang dibincangkan hari ini — pemahaman kita mengenai bagaimana kemiskinan didefiniskan dan ditangani melalui polisi kerajaan — telah diperkatakan dalam berita di kebelakangan ini setelah satu laporan dikeluarkan oleh Pelapor Khas PBB berkenaan Kemiskinan Ekstrem dan Hak Asasi Manusia Profesor Philip Alston, pada 23 Ogos 2019 yang menyatakan Malaysia mengurangkira (“undercounts”) jumlah rakyat miskinnya. Read the rest of this entry »

No Comments

Great urgency to address the issue of poverty with formulation of 12th Malaysia Five Year Plan

Tindakan segera diperlukan untuk menangani isu kemiskinan dalam merangka Rancangan Malaysia ke-12

Banyak kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini telah mempersoalkan kadar 0.4% isi rumah yang hidup di bawah garis pendapatan kemiskinan (GPK) yang diterjemahkan kepada 27,000 daripada sejumlah 6.7 juta isi rumah dalam negara.

Anggaran ini telah dipersoalkan oleh ramai pihak yang memerhatikan realiti di kehidupan yang sangat berbeza; sama ada di kelompok kemiskinan bandar, komuniti luar bandar, ataupun di dalam kumpulan sosial di Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataan saya yang dikeluarkan pada 4 September yang lepas, saya telah mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat isu kemiskinan di dalam negara. Saya juga telah cadangkan nama beberapa individu yang terkenal dalam bidang ini sebagai ahli Suruhanjaya ini dan supaya Suruhanjaya ini diberikan terma rujukan yang luas.

Saya telah menerima beberapa maklumbalas mengenai cadangan saya. Walaupun terdapat pelbagai pandangan mengenai kesesuaian penubuhan RCI untuk menyelesaikan masalah ini, hampir semua maklumbalas bersetuju yang garis pendapatan kemiskinan memerlukan semakan semula sebelum Rancangan Malaysia ke-12 dirangka dan dibentangkan.

Semakan ini perlulah mengambil kira semua pandangan dan komen yang telah diberikan, yang pada masa yang sama menjadi peringatan kepada semua terhadap komitmen yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan mengenai isu ketelusan dan akauntabiliti. Read the rest of this entry »

No Comments

Endorse call for Royal Commission of Inquiry on Poverty in Malaysia

Menyokong seruan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk isu kemiskinan di Malaysia

Dalam menghampiri ulang tahun ke-56 penubuhan Malaysia pada 16 September 2019 ini, kita boleh renung semula beberapa perkara yang dapat kita syukuri bersama.

Walaupun menghadapi ketidaktentuan global, KDNK untuk suku kedua negara meningkat sebanyak 4.9%, satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mana pertumbuhan KDNK suku keduanya lebih tinggi daripada suku pertama.

Dalam separuh pertama tahun 2019, pelaburan asing yang telah diluluskan, dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, dan industri utama meningkat sebanyak 97.2% kepada RM49.5bn daripada jumlah RM25.1bn pada separuh tahun pertama 2018. Kadar pengangguran kekal pada kadar yang rendah setakat 3.3% pada Jun 2019.

Namun begitu, dalam kegembiraan kita meraikan pelbagai berita baik ini, marilah kita beringat kepada saudara kita yang kurang bernasib baik. Kemiskinan dan golongan yang kurang bernasib baik ini tidak hilang begitu sahaja selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada Mei 2018.

Kumpulan ini adalah satu peringatan yang jelas, mengenai tugas yang perlu kita pikul untuk menaikkan taraf hidup mereka dan anak-anak mereka. Read the rest of this entry »

No Comments