Archive for September 6th, 2019

A lesson on Malaysian national identity

Sebuah pengajaran tentang identiti nasional Malaysia

Kejadian malang dan menyedihkan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta malam tadi — di mana tiga rakyat Malaysia telah tercedera selepas peminat bola sepak Malaysia dibaling dengan objek logam dan botol air dan gas pemedih mata selepas Harimau Malaya menjaringkan gol kemenangan terhadap Indonesia dalam Perlawanan Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia Zon Asia — dapat memberikan kita pengajaran penting tentang identiti nasional Malaysia.

Pengajaran ini amat berguna dan tepat pada masanya kerana sejak dua bulan lalu, media sosial Malaysia dikuasai oleh berita palsu dan ucapan kebencian yang melaga-lagakan kaum dengan kaum dan agama dengan agama, malah membangkitkan prasangka antara kaum dan agama, rasa sangsi, permusuhan, ketakutan dan kebencian bagi mewujudkan fobia bahawa setiap etnik kononnya berdepan krisis eksistensial budaya dan pegangannya.

Ia merupakan suatu peringatan bahawa orang Melayu, Cina dan India di Malaysia, yang merupakan anak watan Malaysia, mempunyai banyak persamaan antara satu sama lain berbanding orang Indonesia di Indonesia, orang Cina di China dan orang India di India.

Adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat jahat untuk sesuatu pihak cuba menuduh bahawa kononnya orang India di Malaysia lebih menyokong Perdana Menteri India Narendra Modi daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu juga dengan dakwaan bahawa orang Melayu kononnya menganggap Joko Widodo atau Jokowi sebagai Presiden mereka atau orang Cina di Malaysia menganggap Xi Jinping sebagai Presiden mereka sedangkan semua rakyat Malaysia taat dan setia kepada Yang di-Pertuan Agong, sistem monarki berpelembagaan dan Perlembagaan Persekutuan. Read the rest of this entry »

No Comments