Archive for September 27th, 2019

The three things that happened to me in my first Internal Security Act detention in Muar 1969-1970

Tiga perkara yang berlaku pada saya semasa penahanan pertama saya di bawah ISA di Muar di antara tahun 1969 hingga tahun 1970

Tiga perkara yang telah berlaku sepanjang 17 bulan saya ditahan buat kali pertama di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Pusat Tahanan Muar dalam tahun 1969-1970.

Pertamanya, saya memulakan pengajian ijazah sarjana muda perundangan dengan program luaran University of London dan kemudiannya saya terbang ke London sebanyak tiga kali dengan penerbangan termurah yang ada pada masa tersebut (Aeroflot), untuk majlis makan malam di Lincoln’s Inn bagi mendapatkan kelayakan untuk dipanggil ke bar di London. Tetapi saya memutuskan untuk tidak menjadi seorang peguam.

Kedua, saya belajar untuk membaca dan menulis dalam jawi dengan sendiri.

Tetapi, perkara ketigalah yang mengubah hidup saya, berkenaan dengan integriti dan kesetiaan kepada prinsip — kata-kata seorang patriot-penyair-ahli politik China Wen Tianxiang yang berbunyi:

“Siapakah yang dapat mengelakkan kematiannya sejak permulaan zaman?
“Biarlah hati saya cekal murni untuk kekal bersinar dalam sejarah.”
Read the rest of this entry »

No Comments