Archive for September 3rd, 2019
Don’t deregister UMNO – let it self-destruct!
Posted by Kit in DAP, Hate Speech, nation building, UMNO on Tuesday, 3 September 2019
Jangan batalkan pendaftaran UMNO — biarlah ia musnah dengan sendiri!
Saya bersetuju dengan Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng yang mana kerajaan tidak sepatutnya membatalkan pendaftaran UMNO kerana kesalahan para pemimpinnya. Namun begitu, politik kotor parti tersebut haruslah dibendung.
Saya percaya bahawa kerajaan Pakatan Harapan harus mengambil kedudukan yang lebih tinggi dan berikan ruang dan masa untuk UMNO memperbetulkan salahlakunya.
Sepanjang lima tahun di antara 2013 sehingga 2018, DAP pernah menghadapi situasi yang sama di mana Kabinet Najib mempertimbangkan pembubaran secara haram parti ini berdasarkan pelbagai tuduhan yang dibuat-buat.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013 yang lalu, rejim Najib hanya berubah fikiran pada saat terakhir daripada keputusan untuk mengharamkan penggunaan simbol roket DAP pada PRU tersebut.
Sebelum PRU14, rejim Najib merasakan sangat yakin dengan kebolehan mereka untuk memenangi sehingga ⅔ kerusi Parlimen sehingga mereka memutuskan untuk tidak menggantung pendaftaran DAP — yang berasaskan tuduhan kononnya pilihan raya dalaman parti pada Disember 2012 dilaksanakan dengan cara yang tidak demokratik dan melanggar undang-undang — dan sebaliknya memilih untuk mengharamkan Parti Bersatu yang baru ditubuhkan. Read the rest of this entry »