Archive for August 27th, 2019

Proposal for Johore State and Federal Governments to jointly host a Conference on Environmental Issues after three recent environment disasters in the state

Cadangan untuk Kerajaan Negeri Johor bersama dengan Kerajaan Persekutuan mengadakan satu Persidangan Isu Alam Sekitar selepas kejadian tiga bencana alam sekitar melanda negeri ini

Bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP untuk kawasan Skudai, Tan Hong Pin, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara Tan Chen Choon, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Johor, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk taklimat mengenai kebakaran yang telah memusnahkan 16 hektar hutan di Kampung Pekajang di Jalan Tanjong Kupang.

Saya puji pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk dedikasi dan usaha mereka dalam mengawal dan memadamkan kebakaran ini sepanjang minggu yang lalu.

Sepanjang beberapa bulan yang lepas, kawasan Selatan Johor telah mengalami tiga bencana alam sekitar. Bermula dengan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang berlaku pada 7 Mac 2019 disebabkan oleh pembuangan bahan kimia haram. Pembuangan bahan kimia secara haram ini telah menyebabkan pelepasan wasap toksik yang menjejaskan kesihatan 6,000 individu dan menyebabkan 2,775 individu dihospitalkan. Kebanyakan mangsa adalah pelajar sekolah memandangkan terdapat 110 buah sekolah yang ditutup di sekitar kawasan sungai tersebut.

Bencana alam sekitar yang kedua ialah pencemaran udara di Pasir Gudang pada bulan Jun 2019 yang telah menyebabkan ramai individu yang tinggal berdekatan dengan kawasan kilang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas terhidu wasap toksik. Read the rest of this entry »

No Comments

Can Pakatan Harapan win the 15th General Election in 2023?

Mampukah Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-15 pada tahun 2023?

Persoalan “Mampukah Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun 2023” akan menimbulkan jawapan yang berbeza daripada kumpulan yang berbeza.

Bagi perintis perikatan klepto-teokrasi yang pertama di dunia dalam tempoh yang terdekat, dengan setiap satu daripada dua parti komponennya mengheret sekali parti bawahannya, sama ada MCA dan MIC yang diheret UMNO atau Ikatan dan Berjasa yang diheret PAS, jawapan yang kedengaran sudah tentu “Tidak”, kerana perikatan UMNO-PAS berangan-angan untuk menjadi Kerajaan Malaysia pada PRU15 dan menubuhkan negara klepto-teokrasi pertama seumpamanya di dunia.

Tetapi, mereka tidak akan bersetuju dengan hakikat yang PRU15 akan dilaksanakan pada tahun 2023, kerana mereka sangat mengharapkan supaya PRU15 dijalankan lebih awal!

Saya belum mengajukan persoalan ini kepada pemimpin-pemimpin lain parti komponen PH. Namun, jawapan saya kepada persoalan ini adalah; ya.

Pendapat ini menongkah arus persepsi umum semasa mengenai kerajaan PH, kerana terdapat beberapa kumpulan yang mempunyai pandangan bahawa kerajaan PH akan disingkirkan dari Putrajaya sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang — seperti mana mereka meramalkan bahawa kerajaan PH akan runtuh dan berpecah beberapa bulan selepas pertukaran kerajaan, dan kini mereka berharap yang kerajaan PH tidak akan berjaya mentadbir sepenuh penggal, sebaliknya akan tersungkur dan berpecah sebelum tahun 2023.

Mereka yang skeptikal terhadap PH pasti akan terkejut jika kerajaan PH mampu mentadbir sepenuh penggal pertama ini dan hanya melaksanakan PRU15 pada tahun 2023 dan bukan lebih awal dari itu! Read the rest of this entry »

No Comments