Archive for August 13th, 2019

Mahathir wrong to brand Dong Zong as “racist” but Dong Zong was not right to claim that Jawi lesson for Chinese/Tamil primary school Std. 4 Bahasa Malaysia subject from 2020 was beginning of Islamisation

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohammad salah melabel Dong Zong sebagai “rasis”, tetapi Dong Zong juga tidak betul apabila mendakwa pembelajaran tulisan Jawi bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Empat di sekolah rendah Cina/Tamil bermula tahun 2020 sebagai permulaan Islamisasi

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad salah melabel Dong Zong sebagai “rasis”, tetapi Dong Zong juga tidak betul apabila mendakwa pembelajaran tulisan Jawi bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Empat di sekolah rendah Cina/Tamil bermula tahun 2020 sebagai permulaan Islamisasi.

Kedua-dua insiden ini mengambarkan betapa berat salah faham yang timbul berkenaan tulisan Jawi di sekolah rendah Cina dan Tamil.

Saya berada di Chennai, Salem, Bangalore dan New Dehli ketika kontroversi subjek tulisan Jawi meledak dan taklimat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dalam perjumpaan untuk ahli-ahli DAP Melaka semalam merupakan kali pertama saya mengetahui tentang punca sebenar kontroversi berkenaan.

Terdapat teori-teori konspirasi bahawa kontroversi tulisan Jawi ini didalangi oleh sama ada Menteri Pendidikan, Maszlee Malek atau Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad demi tujuan politik.

Pun begitu, hakikatnya, kontroversi subjek itu adalah warisan daripada kerajaan terdahulu kerana keputusan muktamad mengenai buku teks baru untuk sekolah rendah Cina dan Tamil untuk memperkenalkan subjek tulisan Jawi untuk murid-murid Tahun Empat pada tahun 2020 telah dibuat oleh Jawatankuasa Kurikulum Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh menteri pendidikan dan dua timbalan menteri pendidikan dalam satu mesyuarat pada 30 September 2015. Read the rest of this entry »

No Comments