Archive for August 15th, 2019

Call on Malaysians to rise above the fissiparous and centrifugal forces threatening to tear Malaysia apart and reunite to build a New Malaysia which is a top world-class nation of unity, freedom, justice, excellence and integrity

Meminta seluruh rakyat Malaysia supaya mengatasi puak pemisah dan perpecahan yang mahu mengganggu-gugat keharmonian Malaysia dan bersatu padu membina sebuah Malaysia Baharu yang bertaraf antarabangsa dengan ciri-ciri perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti

Dua minggu lagi kita akan meraikan Hari Kebangsaan ke-62 pada tanggal 31 Ogos dan sebulan lagi kita akan merayakan pula Hari Malaysia ke-56 pada 16 September.

Dengan itu, mari kita mulakan Bulan Malaysia Baharu bermula esok sehingga 16 September, bagi mengatasi puak pemisah dan perpecahan yang mahu mengganggu-gugat keharmonian Malaysia dan bersatu padu membina sebuah Malaysia Baharu yang bertaraf antarabangsa dengan ciri-ciri perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti.

Jika kita lakukan ini, Bulan Malaysia Baharu 2019 akan menjadi sebuah lembaran penting dalam usaha kita untuk membina Malaysia Baharu, yang bertitik awal daripada kemenangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, 2018.

Seperti yang sering saya ulangi, misi nasional ini akan mengambil tempoh lebih dari satu kitaran pilihan raya untuk dicapai, kerana Malaysia Baharu tidak mampu terbina dalam tempoh yang singkat. Read the rest of this entry »

No Comments