Archive for August 22nd, 2019
Speech by Sultan Nazrin on civilizational dialogue most apt and timely
Posted by Kit in nation building on Thursday, 22 August 2019
Ucapan dialog ketamadunan Sultan Nazrin tepat pada masanya
Ucapan yang diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Dialog Ketamadunan Malaysia-China yang kedua berkenaan dengan Islam dan Konfiusianisme semalam yang diadakan sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia-China datang pada waktu yang sangat sempurna.
Kedua-dua dialog dan ucapan yang diberikan telah menekankan hakikat bahawa Malaysia adalah satu tempat pertembungan empat tamadun besar dunia — Islam, Cina, India, dan Barat — dan merupakan satu cabaran kepada semua rakyat Malaysia untuk memanfaatkan perkara ini dalam membina sebuah negara yang hebat dan dunia yang lebih baik.
Keyakinan Sultan Nazrin terhadap satu Malaysia yang berbilang kaum sebagai satu tempat untuk dialog di antara pelbagai agama dan kepercayaan sepatutnya dicontohi oleh rakyat Malaysia bagi membolehkan kita semua memainkan peranan yang lebih besar di pentas antarabangsa dalam menggalakkan kesefahaman, toleransi, dan keharmonian ketika kebencian dan konflik mula menunjukkan dirinya di serata dunia.
Sultan Nazrin tepat sekali apabila baginda mengatakan yang kita sekarang hidup dalam satu dunia yang semakin berpecah-belah. Tetapi, golongan moderat daripada semua kaum, agama, budaya, dan negara mestilah kekal tegas terhadap ekstremis kerana kaum majoriti terdiri daripada golongan moderat.
Seperti yang dikatakan baginda pada Majlis Konvokasi ke-48 Politeknik Ungku Omar di Ipoh, rakyat Malaysia perlu menolak ekstremis perkauman dan agama. Read the rest of this entry »