Speech by Sultan Nazrin on civilizational dialogue most apt and timely


Ucapan dialog ketamadunan Sultan Nazrin tepat pada masanya

Ucapan yang diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Dialog Ketamadunan Malaysia-China yang kedua berkenaan dengan Islam dan Konfiusianisme semalam yang diadakan sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia-China datang pada waktu yang sangat sempurna.

Kedua-dua dialog dan ucapan yang diberikan telah menekankan hakikat bahawa Malaysia adalah satu tempat pertembungan empat tamadun besar dunia — Islam, Cina, India, dan Barat — dan merupakan satu cabaran kepada semua rakyat Malaysia untuk memanfaatkan perkara ini dalam membina sebuah negara yang hebat dan dunia yang lebih baik.

Keyakinan Sultan Nazrin terhadap satu Malaysia yang berbilang kaum sebagai satu tempat untuk dialog di antara pelbagai agama dan kepercayaan sepatutnya dicontohi oleh rakyat Malaysia bagi membolehkan kita semua memainkan peranan yang lebih besar di pentas antarabangsa dalam menggalakkan kesefahaman, toleransi, dan keharmonian ketika kebencian dan konflik mula menunjukkan dirinya di serata dunia.

Sultan Nazrin tepat sekali apabila baginda mengatakan yang kita sekarang hidup dalam satu dunia yang semakin berpecah-belah. Tetapi, golongan moderat daripada semua kaum, agama, budaya, dan negara mestilah kekal tegas terhadap ekstremis kerana kaum majoriti terdiri daripada golongan moderat.

Seperti yang dikatakan baginda pada Majlis Konvokasi ke-48 Politeknik Ungku Omar di Ipoh, rakyat Malaysia perlu menolak ekstremis perkauman dan agama.

Baginda berkata: “Selepas 62 tahun kemerdekaan, suara yang menyatukan dan suara moderasilah yang merangkumi semua rakyat, jangan benarkan suara ini daripada dirampas oleh siapa sekalipun untuk keuntungan politik jangka pendek.

Jangan serahkan masa depan rakyat dan negara kepada kumpulan-kumpulan yang cuba untuk membawa ideologi perkauman dan agama ekstremis.”

Sultan Nazrin telah merujuk kepada inisiatif Perikatan Tamadun (UNAOC) — yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2005 selepas penerbitan tesis kontroversi Samuel Huntington — untuk membentuk satu kerjasama antarabangsa, antara-agama, dan antara budaya.

Inisiatif UNAOC ini ditubuhkan 14 tahun yang lalu dengan sumbangan bersama daripada Sepanyol dan Turki dengan tujuan untuk menggalakkan dialog antara budaya dan agama sebagai alat untuk mencapai kepelbagaian, keterangkuman, dan toleransi berasaskan prinsip saling menghormati.

Saya sentiasa percaya bahawa Malaysia yang terdiri daripada komuniti yang datang daripada pelbagai latar belakang kaum, agama, dan budaya sebagai tempat pertembungan empat tamadun besar, sesuai untuk memainkan peranan utama dalam inisiatif UNAOC ini.

Jika ucapan baginda dapat membantu Malaysia untuk bergerak ke arah untuk menggalakkan kesefahaman, toleransi, dan saling hormat menghormati di antara pelbagai kaum etnik, agama, dan budaya, di dalam negara dan di pentas antarabangsa, ia akan menjadi kejayaan terbesar untuk titah diraja ini.

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis 22 Ogos 2019)

===========================

The speech by Perak ruler Sultan Nazrin Shah at the Second Malaysia-China Youth Civilisational Dialogue on Islam and Confucianism yesterday in conjunction with the 45th anniversary of Malaysia-China diplomatic relations could not be more apt and timely.

Both the speech and the dialogue highlight the important fact that Malaysia is the confluence of four great civilisations in the world – Islamic, Chinese, Indian and Western – and represent a challenge to Malaysians as to how we can best leverage on their values and qualities to build a great Malaysian nation and a better world.

Sultan Nazrin’s confidence of “vibrantly multicultural“ Malaysia as “a fitting location for a dialogue between different religions and sets of beliefs” should be adopted by Malaysians so that Malaysia can play a greater role in the international community to promote understanding, tolerance and harmony at a time when hate, intolerance and conflict are raising their ugly heads.

Sultan Nazrin is right that we are living in an increasingly conflicted and divided world. But moderates of all ethnicities, religions, cultures and nations must not cede territory to the extremists and the irrational, as the majority everywhere are moderates and rational people.

As Sultan Nazrin has said at the 48th convocation of the Ungku Omar Polytechnic in Ipoh, Malaysians must reject racial and religious extremists.

He said: “After 62 years of independence, the voice which unites and the voice of moderation that encompasses the people, never allow this to be seized by anyone for the purposes of shallow short-term politics.

“The future of the people and the country should not be handed to groups that bring racial and religious extremist ideologies.”

Sultan Nazrin referred to the United Nations Alliance of Civilisations (UNAOC) initiative – established in 2005 “largely in defiance of Samuel Huntington’s controversial ‘Clash of Civilisation’ thesis” – seeking to forge international, intercultural and inter-religious co-operation.

The UNAOC initiative was born 14 years ago under the co-sponsorship of Spain and Turkey to address the root causes of polarisation and violent extremism and to promote inter-cultural and inter-religious dialogue as a tool to achieve diversity, inclusiveness and tolerance based on mutual respect.

I had always believed that multiracial, multi-religious and multi-cultural Malaysia is very well placed as the confluence of the four great civilisations of the world to play a leading role in this “Alliance of civilisations”, both domestically and in the international arena.

If Sultan Nazrin’s speech can help Malaysia move in this direction, to promote understanding, tolerance and mutual respect among different ethnicities, religions and cultures, both within the country and the world, to check the rise of hate and intolerance, it will be the greatest achievement of the royal address.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, August 22, 2019)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.