Archive for August 28th, 2019

Shall I just forget about New Malaysia and call it quits?

Patutkah saya hanya lupakan impian satu Malaysia Baharu dan bersara sahaja?

Salah satu respons kepada kenyataan saya semalam mengenai keupayaan Pakatan Harapan untuk memenangi PRU15 pada tahun 2023 — di mana saya telah menyatakan keyakinan saya untuk kemenangan ini — yang berbunyi seperti berikut:

“Bukan, bukan sekarang. Buat masa ini DAP pasti akan musnah. Sila turun ke peringkat akar umbi sekarang, dengar apa yang rakyat ingin katakan… dengar pendapat mereka yang dahulunya penyokong DAP… yang kini jumlahnya dapat dibilang dengan jari… Pemimpin DAP kini sudah menjadi pekak, buta… dan BODOH.”

Dua minggu yang lepas, saya telah mengatakan di Gelang Patah yang saya akan kehilangan kerusi parlimen Iskandar Puteri ini dan DAP akan kehilangan 30-40 peratus undi dalam negara jika pilihanraya umum diadakan sekarang.

Perkara ini menunjukkan betapa kritikalnya salah faham dan salah tanggapan yang dihadapi DAP dan Pakatan Harapan dalam kalangan penyokong kami.

Kami memerlukan masa untuk membolehkan penyokong kami menyedari yang DAP belum pernah dan tidak pernah mengkhianati mereka dan kami masih komited terhadap matlamat Malaysia Baharu yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan, dan integriti.

Jika benar DAP telah mengkhianati rakyat dan harapan dan matlamat Malaysia Baharu, maka layaklah DAP ditolak oleh rakyat Malaysia dan tidak akan ada cara untuk DAP mendapatkan semula sokongan rakyat. Malah sokongan ini hanya akan makin merosot. Read the rest of this entry »

2 Comments