Can Pakatan Harapan win the 15th General Election in 2023?


Mampukah Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-15 pada tahun 2023?

Persoalan “Mampukah Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun 2023” akan menimbulkan jawapan yang berbeza daripada kumpulan yang berbeza.

Bagi perintis perikatan klepto-teokrasi yang pertama di dunia dalam tempoh yang terdekat, dengan setiap satu daripada dua parti komponennya mengheret sekali parti bawahannya, sama ada MCA dan MIC yang diheret UMNO atau Ikatan dan Berjasa yang diheret PAS, jawapan yang kedengaran sudah tentu “Tidak”, kerana perikatan UMNO-PAS berangan-angan untuk menjadi Kerajaan Malaysia pada PRU15 dan menubuhkan negara klepto-teokrasi pertama seumpamanya di dunia.

Tetapi, mereka tidak akan bersetuju dengan hakikat yang PRU15 akan dilaksanakan pada tahun 2023, kerana mereka sangat mengharapkan supaya PRU15 dijalankan lebih awal!

Saya belum mengajukan persoalan ini kepada pemimpin-pemimpin lain parti komponen PH. Namun, jawapan saya kepada persoalan ini adalah; ya.

Pendapat ini menongkah arus persepsi umum semasa mengenai kerajaan PH, kerana terdapat beberapa kumpulan yang mempunyai pandangan bahawa kerajaan PH akan disingkirkan dari Putrajaya sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang — seperti mana mereka meramalkan bahawa kerajaan PH akan runtuh dan berpecah beberapa bulan selepas pertukaran kerajaan, dan kini mereka berharap yang kerajaan PH tidak akan berjaya mentadbir sepenuh penggal, sebaliknya akan tersungkur dan berpecah sebelum tahun 2023.

Mereka yang skeptikal terhadap PH pasti akan terkejut jika kerajaan PH mampu mentadbir sepenuh penggal pertama ini dan hanya melaksanakan PRU15 pada tahun 2023 dan bukan lebih awal dari itu!

Malaysia kini sedang memasuki fasa politik kelima sejak peristiwa bersejarah rakyat menukar tampuk pentadbiran kerajaan secara aman dan demokratik dalam PRU14 pada 9 Mei 2018. Empat fasa terawal tersebut ialah:

Dari 9 Mei 2018 sehingga hujung tahun 2018, ketika euforia perubahan dapat dirasakan dan PH kelihatan berada pada kedudukan yang teguh — dan pusingan semula seperti ratifikasi ICERD boleh dilakukan tanpa menimbulkan banyak kesan buruk. PH menang empat pilihan raya kecil (PRK) semasa tempoh ini.

Empat bulan pertama tahun ini, euforia perubahan semakin surut, kekecewaan mula timbul apabila banyak perkara kelihatan tidak berubah dan kerosakan, ketidakadilan, serta salah guna kuasa yang berlaku sejak enam dekad lalu tidak mampu dirungkai dalam tempoh 100 hari atau setahun, ditambah dengan fenomena kempen “Malu Apa Bossku” — tempoh di mana kerajaan PH tidak boleh melakukan apa-apa dengan betul seperti peristiwa penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom. PH kalah tiga PRK dalam tempoh ini.

Pada Mei dan awal Jun, arus mula berubah arah atas tiga faktor utama: sambutan ulang tahun pertama kerajaan PH di Putrajaya dengan tema “Kemakmuran Bersama”, kemenangan tipis dalam PRK Sandakan pada 11 Mei yang mana menghancurkan dua mitos dalam politik Malaysia — bahawa kerajaan PH dan Warisan di Putrajaya dan Sabah hanya kerajaan sepenggal, dan kekebalan kempen tidak tahu malu “Malu apa, bossku” — dan tempoh perbicaraan yang panjang membabitkan kes rasuah dan salah guna kuasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Namun tempoh pulih ini amat singkat, kerana sebelum pertengahan Jun hingga Ogos, timbul pula empat isu lain, iaitu rakaman video, tulisan jawi di sekolah rendah Cina dan India, Zakir Naik dan Lynas, yang disatukan untuk memberi persepsi bahawa kerajaan PH diambang kemusnahan.

Semoga perayaan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia ke-56 pada 16 September membawa Malaysia ke fasa politik kelima yang penuh semangat, harapan, dan optimisme terhadap pembinaan sebuah Malaysia Baharu sebagai sebuah negara bertaraf dunia dalam pelbagai bidang yang diceburi manusia dan menjadi antara negara yang menduduki tangga 30 teratas di dunia dalam tempoh sedekad menjelang tahun 2028, sebuah Malaysia yang menjadi juara Perikatan Peradaban yang inklusif dan merangkumi semua, sekaligus menafikan tesis “Clash of Civilizations” yang dikatakan sebagai tema global abad ke-21.

Rakyat Malaysia mesti mengembangkan pemahaman berhubung media sosial bagi mengupayakan diri untuk mengesan pembohongan, kepalsuan, berita tidak benar dan ucapan kebencian supaya kita semua mampu menolak godaan dan seruan puak oportunis yang terdesak yang ingin mencetuskan kecurigaan, keraguan, rasa tidak percaya, ketakutan dan kebencian, melagakan kaum dengan kaum, agama dengan agama, budaya dengan budaya dan tamadun dengan tamadun di Malaysia.

Mari kita buktikan kepada mereka yang cuba menghasut perlagaan di antara kaum dan agama di negara ini — yang mahu menjunamkan negara kita ke dalam kancah pergolakan, ketidakstabilan, dan huru hara dan memusnahkan harapan untuk Malaysia menjadi negara yang disegani di mata dunia — yang mereka salah sama sekali.

Walaupun saya tidak menjangka akan berpeluang melihat perubahan kerajaan yang bersejarah, aman dan demokratik pada 9 Mei 2018, demi kepentingan anak-anak dan cucu-cucu kita, kita mesti mengerakkan setiap tenaga untuk memastikan PH berjaya dalam misi kebangsaan untuk menetapkan semula dasar membina negara bagi membina satu Malaysia baharu yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti Malaysia Baharu sejajar dengan lima janji utama Manifesto PRU14 PH.

Kita tidak boleh berpuas hati atau mengambil remeh, kerana ini adalah satu-satunya peluang dalam sejarah negara untuk membawa negara ke landasan yang tepat dengan ciri-ciri perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti.

Saya percaya bahawa di dalam setiap hati rakyat Malaysia, inilah yang majoriti rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, mahukan.

Ya, saya percaya ada peluang untuk kerajaan PH menang PRU15 pada tahun 2023 dan meneruskan misi yang belum selesai iaitu membentuk Malaysia Baharu.

Mari kita pikul misi membina sebuah Malaysia Baharu ini bersama-sama.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada Selasa, 27 Ogos 2019)

===================================

The question “Can Pakatan Harapan win the 15th General Election in 2023” will elicit different answers from different groups.

To those who will pioneer the world’s first alliance of klepto-theocracy in a fortnight’s time, with each of the two component parties dragging along its subordinate parties, whether MCA and MIC in the case of UMNO or Ikatan and Berjasa in the case of PAS, the answer will be a loud and categorical “No”, for the UMNO-PAS alliance wants to be elected as the Malaysian Government in the 15th General Election and establish the first state of klepto-theocracy in the world.

Except that they will not agree that the 15th General Election be held in 2023, as they would have wanted the 15th General Election to be held yesterday!

I have not asked the leaders of the four component parties of Pakatan Harapan, but my own answer to the question as to whether Pakatan Harapan can win the 15th General Election in 2023 is a tentative yes.

This will be going against the tide of public perception today about the Pakatan Harapan Government, for there is a school of thought that Pakatan Harapan is sure to be thrown out of Putrajaya if general election is held presently – just as it had fallaciously expected the Pakatan Harapan government to implode and disintegrate in a matter of months, and are now hoping that PH government would not last the full term but will stumble and disintegrate well before 2023.

It would be the greatest surprise to the PH sceptics if the Pakatan Harapan government serves out its full term and the 15th General Election is be held in 2023 and not earlier!

Malaysia is now entering its fifth political phase since the historic decision of the people to change the government peacefully and democratically in the 14th General Election on May 9, 2018.

The earlier four phases were:

1. From May 9, 2018 to the end of the year when the euphoria of change was palpable and PH seemed to be in an invincible position where it could do no wrong – and reversals like the pledge to ratify ICERD (International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) could take place without much adverse consequences. Pakatan Harapan won four by-elections during this period.

2. The first four months of the year, with the evaporation of the euphoria of change, the setting-in of disappointment and disenchantment that things were still very much the same and that the wrongs, injustices and abuses of power of six decades cannot be undone in 100 days or a year as well as the phenomenon of the “Malu Apa Bossku” campaign – a period where the Pakatan Harapan government cannot do anything right like the events leading to the withdrawal of the accession to the Rome Statute. Pakatan Harapan lost three by-elections during this period.

3. In May and early June, the tide turned because of three major factors: the first anniversary celebration of Pakatan Harapan government in Putrajaya with the theme of “shared prosperity”, the landslide by-election victory of Pakatan Harapan and Warisan in the Sandakan parliamentary by-election on May 11 which pulverised two myths in Malaysian politics – that Pakatan Harapan and Warisan in Putrajaya and Sabah are only one-term governments, and the invincibility of the shameless ‘malu apa, bossku’ campaign – and the long-running trial of former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak, for corruption and abuses of power.

4. But this period of recovery was short-lived, as from before mid-June to August, a quartet of issues, a videotape, Jawi writing in Chinese and Tamil primary schools, Zakir Naik and Lynas conspired to give the misperception that the Pakatan Harapan government is on the ropes.

Let the double celebrations of the 62nd National Day on August 31 and 56th Malaysia Day on September 16 usher Malaysia into a fifth political phase with the return of confidence, hope and optimism about the building of a New Malaysia to be a top world-class nation in various fields of human endeavour among the top 30 nations in the world within a decade by 2028, showcasing Malaysia as a triumph of an inclusive and all-embracing Alliance of Civilisations and rebutting the thesis of the Clash of Civilisations as the underlying global theme of the 21st century.

Malaysians must develop literacy in the social media to acquire the capability to detect lies, falsehoods, fake news and hate speech so that they will not succumb to the Siren Song of opportunists and desperados who want to incite suspicion, doubt, distrust, fear and hate, pitting race against race, religion against religion, culture against culture and civilisation against civilisation in plural Malaysia.

Let us prove wrong the political wet-blankets who want race to war against race and religion to war against religion in plural Malaysia, and for the country to be plunged into unrest, instability and chaos, destroying all hopes of Malaysia fulfilling her dream of becoming a top world-class nation of unity, freedom, justice, excellence and integrity – doomed to the trajectory of a failed and rogue state and a klepto-theocracy.

Although I had not expected to see a historic, peaceful and democratic change of government on May 9, 2018, for the sake of our children and children’s children, we must strain every sinew to ensure that Pakatan Harapan can succeed in the national mission to reset nation-building policies to build a New Malaysia of unity, freedom, justice, excellence and integrity in keeping with the five pillar-promises of the Pakatan Harapan 14th General Election Manifesto.

We must not be complacent or take things for granted, for this is the only a chance in the nation’s history to take the country to the high grounds of unity, freedom, justice, excellence and integrity.

I believe that in the hearts of hearts, this is what the majority of Malaysians, regardless of race, religion or region, want of Malaysia.

Yes, I believe there is a chance that the Pakatan Harapan government can win the 15th General Election in 2023 and continue with the unfinished mission of a New Malaysia.

Let us put our shoulder to the wheel to build a New Malaysia.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Tuesday, 27th August 2019)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.