Archive for August 23rd, 2019
“Alliance of Civilisations” on the domestic and international fronts the best antidote to the rise of hate, fear and intolerance through the abuse of social media
Posted by Kit in Fake News, IT, nation building, Sedition on Friday, 23 August 2019
Inisiatif UNAOC di peringkat domestik dan antarabangsa adalah penawar terbaik untuk kebangkitan sentimen kebencian, ketakutan dan tidak bertolerasi yang semakin menjadi-jadi melalui penyalahgunaan media sosial
Semalam, Indonesia telah menyekat akses Internet di Papua berikutan kebimbangan bahawa kenyataan perkauman dan jelek yang dimuat naik di dalam talian (online) akan mencetuskan lebih banyak protes keganasan di wilayah tersebut.
Tunjuk perasaan dan rusuhan menyebabkan beberapa bandar di Papua lumpuh minggu ini, dengan bangunan-bangunan dibakar dan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan tercetus di wilayah paling timur negara Indonesia itu.
Pemberontakan terhadap pentadbiran di Jakarta telah berlarutan untuk beberapa dekad di wilayah kepulauan tersebut, yang mana berkongsi sempadan dengan negara Papua New Guinea.
Indonesia memperlahankan perkhidmatan internet beberapa hari lalu bagi mengelak penyebaran berita tidak benar, komen provokatif dan perkauman yang menyasarkan populasi etnik Melanesia di Papua. Namun, ia hanya disekat sepenuhnya pada lewat malam semalam.
Awal bulan ini, apabila Perdana Menteri India, Narendra Modi bertindak memansuhkan Perkara 370 Perlembagaan India yang memberikan Jammu dan Kashmir (J & K) status istimewa dalam Kesatuan India, akses Internet disekat untuk kali yang ke-53 tahun ini.
Di India, tahun lalu, terdapat 65 sekatan dilakukan, manakala 176 sekatan berlaku sepanjang lapan tahun lalu, termasuk larangan selama enam bulan pada tahun 2016. Read the rest of this entry »