444 days after the historic change of government of May 9, 2018, it is time for a major review of Pakatan Harapan promise of a New Malaysia and 14GE Pakatan Harapan Manifesto


444 hari sejak pertukaran kerajaan bersejarah 9 Mei 2018, tiba masanya untuk menilai semula janji Malaysia Baharu Pakatan Harapan dan Manifesto PRU14 Pakatan Harapan

Rakyat Malaysia, termasuklah pemimpin Pakatan Harapan haruslah menyedari dan mengakui kekecewaan sejumlah besar penyokong PH yang telah mengundi untuk perubahan di dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei yang lepas, yang kini merasakan kerajaan Pakatan Harapan kini telah kembali mengikut jejak langkah kerajaan Barisan Nasional yang kita tumbangkan.

Saya percaya yang mereka sebenarnya silap, tetapi pada masa yang sama, kita mestilah boleh menyampaikan mesej dan meyakinkan mereka yang kekecewaan mereka ini adalah satu kesilapan dan kerajaan Pakatan Harapan sentiasa komited dalam memperbetulkan hala tuju negara ke arah suatu Malaysia yang baharu.

Majalah The Economist, dalam edisinya yang bertarikh 18 Disember 2018, menamakan Malaysia bersama dengan Ethiopia dan Armenia sebagai tiga negara tersenarai pendek sebagai “negara yang menerima tepukan” — kerana rakyat Malaysia yang “telah memecat Perdana Menteri yang tidak dapat menjelaskan kenapa terdapatnya USD700 juta di dalam akaun banknya”.

Namun begitu, edisi terkini majalah tersebut menzahirkan kekecewaannya terhadap apa yang dilihatnya sebagai kelambatan pelaksanaan reformasi dan berkata: “Jika PH tidak berjaya membangkitkan ekonomi negara, mereka mungkin akan melihat diri mereka menjadi pembangkang semula; dan jika mereka tidak memperbaiki demokrasi Malaysia, mereka mungkin akan menjadi pembangkang untuk bergenerasi lamanya.”

Malaysia kini berada di satu persimpangan, untuk mara kehadapan sebagai sebuah negara bertaraf dunia dengan polisi pembangunan negara yang inklusif yang memanfaatkan kepelbagaian budaya, kaum, agama, dan bahasa ataupun untuk mundur ke belakang, menjadi sebuah negara kleptokratik yang obses dengan politik perkauman dan agama yang memecah-belahkan perpaduan negara.

Marilah kita renung kembali pencapaian PH dalam 14 bulan yang lepas ini yang boleh dikatakan satu permulaan yang baik. Di mana PH telah membuat beberapa pelantikan yang teramat penting untuk menjayakan reformasi institusi, politik, dan demokrasi Malaysia Baharu, yang antaranya termasuklah:

– Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara, menggantikan Richard Malanjum yang telah bersara pada 2 April

– Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat

– Tommy Thomas sebagai Peguam Negara

– Azhar Azizan Harun ataupun yang lebih dikenali sebagai Art Harun sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya dan Dr Azmi Sharom sebagai Timbalan Pengerusi SPR

– Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara

– Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia

– Zulkifli Zainal Abdin sebagai Ketua Angkatan Tentera

– Ismail Bakar sebagai Ketua Setiausaha Negara

– Syed Zaid Albar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti

– Nik Azman Nik Abdul Majid sebagai Auditor-General

– Tan Sri Abdul Kassim Ahmad sebagai Ketua Pengarah GIACC

– Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull

PH juga telah berjaya meminda perlembagaan persekutuan untuk merendahkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun walaupun usul pindaan perlembagaan untuk memulihkan taraf Sabah dan Sarawak telah gagal kerana ketiadaan sokongan dua pertiga Dewan Rakyat.

RUU IPCMC yang telah lama dinantikan juga telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada sesi Parlimen yang lepas, memberikan masa selama tiga bulan kepada persatuan awam untuk memberikan maklumbalas dan pendapat mereka.

Kita boleh berdebat sama ada lebih banyak reformasi boleh dijalankan.

444 hari sejak pertukaran kerajaan yang bersejarah ini, kini masanya untuk Pakatan Harapan menilai semula manifesto dan janji-janji PH dalam PRU14 yang lepas.

Berikan PH ruang untuk berterus-terang dengan rakyat Malaysia dan mengakui, kalau ada, yang sesetengah janji yang dibuat itu adalah hampir mustahil untuk dilaksanakan dan saya percaya rakyat Malaysia akan menghargai usaha ini daripada kita cuba untuk menyembunyikannya.

Marilah juga kita menilai dan menyemak kembali, mana-mana janji yang kita tidak berjaya tunaikan dalam masa 100 hari atau pun dalam tahun pertama dan kita yakinkan rakyat Malaysia yang kita kini berada dalam hala tuju yang tepat untuk membina Malaysia Baharu dan 5 tunggak utama yang dijanjikan dalam Manifesto PRU14 Pakatan Harapan masih lagi menjadi panduan polisi kita.

Lima tunggak utama ini adalah:

– Meringankan beban rakyat

– Reformasi institusi dan politik

– Menjana pembangunan yang mampan dan saksama

– Pemulihan taraf Sabah dan Sarawak seperti mana yang diperuntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963, dan

– Mencipta satu Malaysia Baharu yang inklusif, moderat, dan dipandang tinggi di mata dunia.

Satu penilaian semula secara menyeluruh terhadap manifesto PH untuk menambah keyakinan rakyat bertambah penting dengan penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun — kerana untuk memenangi hati golongan muda, kita mestilah bersikap berterus-terang dengan mereka mengenai matlamat kita untuk suatu Malaysia dimana kemakmuran dikongsi bersama sambil menggalas sokongan mereka dengan idealisme dan visi kita.

(Ucapan Pembukaan oleh Timbalan Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen Lim Kit Siang di Simposium Ekonomi Malaysia “Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan” di Parlimen pada hari Jumaat 26 Julai 2019)

============================

Malaysians, including Pakatan Harapan leaders, must recognise the disappointment and disillusionment of large segments of PH supporters who had voted for the historic change of government in the 14th General Election  on May 9 last year, who believed that the Pakatan Harapan government in Putrajaya had gone back to the bad old ways of the previous Barisan Nasional government.

They are wrong, but what is more important is that we must be able to communicate and convince them that their disappointment and disillusionment while understandable are completely misplaced and that Pakatan Harapan remains as committed as ever in resetting the nation-building process to build a New Malaysia and is making progress in this direction.

The Economist, in its edition dated Dec.18, 2018, named Malaysia together with Ethiopia and Armenia in the three-nation finals list in its “ovation country of the year 2018” – for Malaysian voters who “fired a Prime Minister who could not adequately explain why there was US$700 million in his bank account”.

The latest edition of Economist, however, expressed its disappointment with the pace of reform and said: “If PH does not get the economy going, it may wind up in opposition for a few years; if it does not refurbish Malaysia’s democracy, it may be out of office for a generation.”

Malaysia is at the crossroads – to move forward to be a top world-class nation with an inclusive nation-building policy leveraging on the best qualities of the diverse races, religions, languages and cultures or to be relegated to the trajectory towards a failed, rogue and kleptocratic state obsessed by divisive and intolerant race and religious politics.

Let us acknowledge that we have made a good start in the last 14 months to build a New Malaysia where Malaysia can become a top world-class nation in every field of human endeavour.

The PH had made several good and important appointments to pave the way for far-reaching institutional, political and democratic reforms for a New Malaysia, including:

· Tengku Maimun Tuan Mat as Chief Justice, taking over from Richard Malanjum who had retired on April 2,

· Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof as Speaker of Parliament;

· Tommy Thomas as Attorney-General;

· Azhar Azizan Harun or better known as Art Harun as Chairman and Dr. Azmi Sharon as Deputy Chairman of Election Commission;

· Hamid Bador as Inspector-General of Police;

· Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus as Bank Negara Malaysia (BNM) Governor.

· Zulkifli Zainal Abdin as Chief of Armed Forces;

· Ismail Bakar as Chief Secretary;

· Syed Zaid Albar as Security Commission Chairman;

· Nik Azman Nik Abdul Majid as Auditor-General

· Tan Sri Abdul Kassim Ahmad as Director-General of National Centre for Governance, Integrity and Anti-Corruption;

· Latheefa Koya as Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner succeeding Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. 

The PH has amended the Constitution to lower the voting age from 21 years to 18 years although an amendment of the Constitution to fulfil the PH Manifesto pledge to restore powers to Sabah and Sarawak was defeated for lack of two-thirds parliamentary majority.

The long-awaited IPCMC Bill has been presented for first reading and the civil society given three months for public feedback and consultation.

We can argue whether more reforms could not be done.

444 days after the historic change of government of May 9, 2018, it is time for a major review of Pakatan Harapan promise of a New Malaysia and 14th General Election Pakatan Harapan Manifesto.

Let PH be frank with the people and admit where we have promised the impossible for I believe Malaysians will appreciate our frankness with their support and confidence largely intact.

Let us also identify the programmes and proposals which we cannot achieve in 100 days or in one year, provided we can convince our core supporters that the trajectory towards a New Malaysia is on track, and that the five pillar- promises towards the building of a New Malaysia, as contained in the 14GE Pakatan Harapan election manifesto remain our lodestar and guiding principle.

The five pillar-promises of a New Malaysia are:

· Reduce the people’s burden;
· Institutional and political reforms;
· Spur sustainable and equitable economic growth;
· Return Sabah and Sarawak to the status accorded in Malaysia Agreement 1963; and
· Create a Malaysia that is inclusive, moderate and respected globally. 

A major review of the PH Manifesto to regain public confidence is all the more imperative and important with the lowering of the voting age from 21 years to 18 years – for to win them to our side, we must be frank with the young generation on the objective of a New Malaysia with shared prosperity, while gaining their support with our ideals and vision.

(Opening Remarks by Deputy Chairman of Parliamentary Caucus of Reform andf Governance Lim Kit Siang at the Malaysian Economic Symposium “Malaysian Economy: Present & Future” in Parliament on Friday, 26th July 2019 at 9 a.m)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.